Ada pelbagai cara untuk kita mendidik anak solat. Walaupun sibuk dengan urusan, ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak mencintai solat.
Alangkah bagusnya jika ibu bapa menyemai pendidikan untuk solat seawal umur dua atau tiga tahun
Mendidik anak kecil menunaikan solat bukanlah satu proses yang sukar, jika kaedah yang kita gunakan betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat dengan anda.
12 Cara Ajar Anak Supaya Rajin Solat
1. Selalu Solat Depan Anak
Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa-apa jua perkara pada mata anak-anak. Mereka akan menyerap dan meniru secara tidak langsung setiap apa yang ibu bapa mereka lakukan. Oleh itu gunakan kelebihan ini dalam mengajar anak kecil untuk bersolat.
Solatlah di tempat yang sentiasa dapat dilihat oleh anak. Contohnya ruang tamu. Selalunya anak-anak kecil akan meniru gaya kita solat. Itu adalah petanda yang bagus kerana mereka sudah berminat dan rasa ingin tahun tentang solat.
2. Ajak Anak Solat, Bukan Suruh
Anda perlu mengajak anak anda solat berjemaah bersama-sama anda, bukan menyuruhnya solat sendirian. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat.
Walaupun anak baru berusia 2-3 tahun, ajaklah mereka supaya solat di sebelah kita. Pada usia ini bakat meniru mereka sangat hebat.
Lakukan secara konsisten setiap masa untuk mengajak anak pada awal waktu. Dengan cara ini kita menanamkan mindset supaya mereka bersedia setiap kali masuk waktu solat.
Jika anak-anak sudah bersekolah, ajak anak solat subuh bersama-sama sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.
3. Minta Laungkan Iqamah
Setiap kali solat berjemaah, minta anak untuk melaungkan iqamah. Mungkin mereka malu atau tidak tahu pada mulanya, tetapi bimbinglah mereka untuk melaungkan iqamah dengan betul.
In shaa Allah, ini bukan sahaja mengajar mereka untuk berasa yakin, malah akan membuatkan mereka timbul rasa tanggungjawab setiap kali solat. Jika anda ada lebih dari seorang anak lelaki, boleh gilirkan tugas untuk melaungkan iqamah.
Ads
4. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas
Kuatkan bacaan anda dalam solat supaya anak kita boleh dengar. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak anda ingat akan surah-surah lazim yang sering kita bacakan.
Anak juga akan memahami bagaimana tertib (langkah-langkah) dalam solat dilakukan.
5. Bersalaman Dan Peluk Anak Lepas Solat
Penting untuk kita bersalaman dengan anak-anak setiap kali selesai solat. Bersalaman yang diikuti dengan pelukan dan ciuman bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, malah dapat memberi persepsi positif kepada anak bahawa solat ini sebenarnya salah satu aktiviti untuk berkasih sayang.
In shaa Allah, ia akan membuatkan anak anda rasa gembira dan setiasa menunggu waktu solat.
6. Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif
Jika anak menunjukkan kelakuan yang baik seperti tekun dan tidak bermain-main semasa solat, berikan mereka pujian. Dengan cara ini mereka akan sentiasa gembira dan semakin tekun untuk solat.
7. Ajar Wuduk Langkah Demi Langkah
Ads
Sebenarnya, cara mendidik anak kecil solat adalah bermula dari wuduk. Jika wuduk sempurna, in Shaa Allah solat juga akan sempurna. Ajarkan anak anda mengambil wuduk yang sempurna. Bimbing secara tersusun. Tampalkan poster wuduk bergambar dalam bilik mereka.
Bersabarlah, mungkin perkara ini mengambil masa untuk dilakukan dengan sempurna oleh anak. Tetapi ia akan berbaloi jika mereka sudah pandai. Perhatikan juga setiap kali dia mengambil wuduk dan tegur secara terus jika dia melakukan kesilapan. dengan cara ini, setiap teguran akan kekal dalam ingatan mereka.
Jangan serahkan perkara ini kepada guru agama semata-mata.
8. Tazkirah Santai Selepas Solat
Ambil sedikit masa selepas solat untuk memberi tazkirah kepada anak-anak. Tidak perlu terlalu formal. Cukup dengan gaya bersahaja dan menyentuh perkara-perkara asas seperti rukun solat, soal jawab bacaan surah lazim, kisah nabi-nabi dan isu-isu semasa.
Pada waktu ini, jiwa anak-anak lebih tenang. Oleh itu, ia adalah waktu yang terbaik untuk memberi pengajaran kerana mereka akan lebih mudah untuk menyerap setiap apa yang anda sampaikan.
9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan
Ajarkan anak untuk menghormati azan. Apabila terdengar azan dilaungkan, berhenti bercakap dan beritahu anak supaya diam. Sebutkan cara menjawab azan dengan jelas supaya anak juga boleh mendengar.
Selepas itu, baca bersama-sama dengan anak doa selepas azan. Sentiasa praktikan ini tidak kira dimana jua, sama ada di rumah ataupun di luar rumah.
Ads
Ini dapat memberi contoh kepada anak bagaimana untuk menghormati azan, secara tidak langsung mengajarkan anak membaca sendiri doa selepas azan.
10. Bawa Anak Ke Masjid
Adalah satu rahmat yang besar jika rumah anda berdekatan dengan masjid.
Bawa anak anda ke masjid untuk solat berjemaah bersama-sama. Ini bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan suasana solat berjemaah dan menanamkan semangat cintakan masjid.
Jika anda sibu, usahakan untuk mencari ruang dan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk pergi ke masjid bersama dengan anak-anak.Mungkin anak-anak akan bermain-main dan bising, tetapi salah satu kaedah mengawal anak adalah mengajak mereka solat disebelah.
Mungkin anda tidak dapat solat di saf hadapan, tetapi anda dapat mengawal tingkahlaku anak-anak agar tidak menggangu jemaah lain.
11. Tegur Dengan Lembut Kesilapan Anak
Selepas sesi berdoa, biasanya adalah waktu sesuai untuk menegui kesilapan anak. Ingat tegurlah anak dengan lembut. Mulakan dengan pujian.
Setiap kali ingin memperbetulkan sesuatu kesalahan, tarik perhatian anak dengan puji mereka. Ia bukan sahaja mengekalkan fokus anak, malah ia adalah kaedah mendidik yang sangat baik setiap anak-anak.
Jadikan setiap sesi solat medan untuk bermesra, bukan untuk tempat melepaskan kemarahan. Ingat mereka masih kecil, jangan jadi ibu bapa pemarah.
12. Belikan Telekung Atau Kopiah Yang Cantik
Salah satu cara untuk meningkatkan mood anda adalah dengan membelikan merekea kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan juga kopiah.
Lebih-lebih lagi jika telekung atau kopiah itu cantik. Dalam bab itum berikan kebebasan kepada anak untuk memilih apa yang dia suka.
Adat dalam rumahtangga. Ada pasangan punya pantang larang yang kena dihormati oleh pasanganya.
Walaupun berkahwin, masing-masing sudah biasa cara hidup yang dijalani sekian lama. Agak susah untuk ubanya.
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini. Semoga ia menjadi penanda aras untuk pasangan saling melengkapi antara satu sama lain.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Setiap orang ada ‘kepantangan’ masing-masing. Termasuklah pasangan kita. Apabila meniti lebih lama usia perkahwinan, akan semakin banyak kita kenali apa kegemaran dan apa yang tidak disukai (kepantangan) pasangan kita.
Saya teringat, lama dah dulu saya ada menonton 1 filem Inggeris. Ada satu pasangan suami isteri ni yang merupakan kawan baik sejak belajar dan akhirnya berkahwin. Bestfriend jadi life partner lah orang kata.
Kepantangan si isteri adalah suami yang menipu dan merokok kerana tak silap, bapanya meninggal kerana kanser paru-paru disebabkan tabiat merokok. Jadi dia sangat pantang jika suaminya merokok.
Sampaikan waktu itu rumah mereka sedang direnovasi, si isteri tadi terjumpa satu kotak rokok di satu sudut rumah, habis disoalnya penyelia pekerja yang sedang renovate rumah. Waktu tu penyelia kata memang takde pekerjanya yang merokok.
Entah macam mana, si suami terjebak dengan orang ketiga. Awalnya mampu jugalah dia mengelak namun, akhirnya suami tadi gagal mempertahankan kesetiaannya kerana curang dengan wanita lain hingga membawa ke katil.
Satu hari, si suami isteri ini pergi ke mall peralatan rumah untuk memilih jubin lantai. Si suami bertanya pilihan si isteri. Nak pilih jenis yang laminate ala-ala rupa kayu atau pilih betul-betul kayu. Yang ori kayu tu tentulah mahal kosnya. So apakata pilih yang kayu ‘tiruan’ tu. Jimat banyak.
Jawapan si isteri, “aku tak suka benda ‘fake’. Kalau kau bukan kayu, tak perlulah nak berpura macam kau kayu,” dengan mimik muka serius. Si suami rasa lain macam. Seolah si isteri memerlinya. Lalu….
“I slept with someone,” si suami berterus terang. Isteri berpaling pada muka suami. Mata dia bergenang.
Waktu tu saya ingatkan si isteri ni hendak mengamuk. Sebaliknya dia bertanya, “kau merokok ke?” rupanya kepalanya terus teringat insiden dia terjumpa kotak rokok haritu. Suaminya terus menafikan dan ingin keluar dari rumah. Yelah, tipikal isteri mestilah marah bila suami curang hingga ke katil dengan wanita lain. Tapi isteri dia boleh accept hal tu.
Kemudian, rumah mereka siap direnovasi. Si isteri mengemas-ngemas rumah dan terjumpa kotak rokok. Alamak, kali ni jelaslah memang ia milik si suami. Nak tuduh siapa lagi sebab dah tak ada orang lain dalam rumah tu.
Isterinya mengamuk, memecahkan cermin, dihumbannya semua barang suami ke luar. Dia memang pantang sangat-sangat kalau suami menipu dan merokok. Nah, berbeza sangat impaknya apabila diusik ‘kepantangannya’ kan?
Dia boleh accept suami curang dengan wanita lain hingga berzina, namun tak boleh tolerate dengan suami yang menipu dan merokok di belakangnya.
Akhirnya di penghujung cerita, si isteri meninggalkan nota, ‘I want divorce’ sambil menyusun banyak kotak rokok di tepi nota itu sebagai ‘hint’ bahawa dia dah tahu hakikat suami menipunya.
JANGAN BUAT MAIN HAL REMEH
Apa yang saya belajar dari kisah ini ialah, jangan sesekali buat apa yang pasangan kita tak suka, walau hal itu remeh bagi kita.
Kalau tahu isteri tak suka kita bergurau senda tentang bab poligami, janganlah buat.
Kalau tahu isteri tak suka kita cuci mata, ‘like’ gambar perempuan dekat media sosial, jangan buat.
Kalau tahu suami tak suka kita bermekap dan berwangian berlebihan, tak jaga ikhtilat dengan rakan sekerja, jangan buat. Of course hal ni dilarang agama juga.
Kalau tahu suami jenis pantang tak ada kicap jalen atas meja setiap kali makan, haa isteri kenalah pastikan ada kicap atas meja siap-siap. Ni contoh sahajalah kan.
Main point dia, sebab kita tak tahu betapa kepantangannya itu boleh menyebabkan mereka hilang percaya, hormat dan sayang pada kita.
Sanggup ke ambil risiko?
Belajar hormati pendirian pasangan kita. Nama pun pasangan, maknanya kita sudah bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihannya. Makin lama usia perkahwinan, tentu semakin kita kenal pasangan kita.
_
Kadang bila baca statistik penceraian di Malaysia dan lihat sebab musababnya, ada yang rasa macam tak logik bercerai sebab pasangan suka picit ubat gigi sebelah atas, sedangkan dia suka picit sebelah bawah.
Namun, kadang kita lupa. Hal yang dianggap kecil tetapi jika seringkali dilakukan, lama-lama dari merajuk boleh bertukar jadi marah, meluat dan lama-lama jadi benci. Lama-lama dari sayang, sudahnya nak tengok muka pun tak sudi.
Kata kuncinya, hormatlah pasangan kita. Termasuklah segala ‘kepantangannya’ tadi. Walau hal itu macam remeh bagi kita, tetapi mungkin bagi pasangan kita, ia sesuatu yang boleh menyebabkannya rasa tersentuh dan melukakan hati.
Kredit: Intan Dzulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang setiap ibu bapa akan over parenting atau berlebihan melindungi anak lantaran bimbang keselamatan anak. Semua yang anak buat ibu ayah akan melahirkan kebimbangan.
Namun, tahukah anda sikap begini akan menjejaskan keyakinan diri anak, sekali gus sikap empati dalam diri terjejas.
Begitulah juga yang dialami oleh bapa ini Mohd Fhais melalui perkongsiannya di laman facebooknya mengenai sikapnya yang terlalu over parenting. Beliau berkongsi panduan untuk mengenai situasi ini.
Jangan Jadi Punca Anak Gagal !
Annur rania dulu takut pasir. Menangis dia kalau kita suruh pijak pasir walaupun pakai kasut. Nak main korek korek pasir macam ni lagi lah jauh. Geli katanya..
Mulanya tak perasan tapi lama kelamaan baru nampak yang rania ni takut mencuba benda baru dan kurang keyakinan diri.
Selepas di sedilik rupanya punca rania takut mencuba dan kurang keyakinan ialah dari saya sendiri.
Kerana jadi bapa berlebihan ( OverParenting )
Saya percaya semua ibu bapa sama, mesti tak sanggup melihat anak sendiri sedih, gagal, cedera, buat kesilapan dan struggle dalam hidup. Kalau boleh tak mahu anak lalui semua kesilapan yang kita dah buat waktu kecil. Impian mahu anak ada masa depan yang lebih baik dari kita.
Tolong sarungkan selipar, sentiasa bagitahu mana selipar kaki kiri dan selipar kaki kanan, dukung dia sebab takut dia berlari dalam mall dan angkat dia keluar dari kereta takut dia tersadung kaki, serba serbi di betulkan sebelum pun ia berlaku. Annur rania tak rasa susah dan sukar sedikit pun.
Tanpa di sedari cara kita sebenarnya yang terlalu mengawal ( OverControl ), terlalu melindungi ( OverProtect ) dan terlalu fokus kesempurnaan ( OverPerfect ) akhirnya memakan diri sendiri dan memakan diri anak.
Niat asal mahu membantu dan meringankan beban akhirnya menjadi satu bebanan yang menghukum diri.
Akibat dari overparenting tadi anak tidak mampu buat keputusan sendiri, semakin hilang keyakinan diri, self esteem rendah, tiada kemahiran atasi masalah ( Undevelop Coping Skill ) dan tidak pernah belajar dari kesilapan.
Pengalaman adalah guru no 1 di dunia, jika ini pun kita tak bagi peluang pada anak belajar maknanya kita mahu anak menjadi bodoh seumur hidup.
Sejak dari itu saya mengambil langkah ‘One Step Back’ dengan tidak fikir untuk sediakan pengalaman yang sempurna untuk annur rania dan biar dia terokai pengalaman dia sendiri.
Sentiasa beri semangat untuk dia terus mencuba tanpa beri petunjuk ( hint ) supaya dia boleh berfikir, belajar buat keputusan dan jika gagal itu pengajaran untuk dia.
Alhamdulillah.. hasil jatuh basikal 2-3 kali sekarang rania dah pandai bawa basikal, sekarang dah tak geli pasir lagi bahkan suka buat castle pasir. Rumah pun dah tambah berselerak dengan toys sebab rania suka cuba combine toys ikut imaginasi dia.
Baru boleh menarik nafas lega bila nampak anak dah boleh survive tanpa ibu bapa.
Anak kita tak akan jadi pandai hanya dengan ajar perkara yang betul semata-mata, tanpa kesukaran dan kegagalan tak mungkin dia dapat belajar.
Mahu anak berjaya itu biasa, yang luar biasa ialah ibu bapa yang sanggup melihat anak gagal demi kejayaan lebih besar.
Mohd Fhais Overparenting atau terlebih manja membunuh impian anak kecil kita
P/s : Jom belajar kenali potensi anak kita dengan lebih dalam di telegram saya. Ada banyak tip rumahtangga dan parenting dalam tu. Join di sini –t.me/CoretanFhais
** Follow ByRara Kids & Baby untuk banyak lagi koleksi pakaian kanak-kanak yang shantik macam seluar ( Shantik Pants ) yang annur rania pakai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanggal 2 Mei yang lalu, penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu,
Perkongsian itu dibuat penyanyi duet lagu Aku Cinta itu menerusi akaun Instagram masing-masing.
Raya pertama buat Khawla dan Daddy Ibu ❤️
Selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin 🙏
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Ernie Zakri.
Pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly mengakui teruja dapat meraikan Aidilfitri bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy , Ibu & Khawla ❤️. Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber 🐣,” tulis Syamel dikapsyennya.
Keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon rona biru. Sebelum ini, mereka memilih untuk tidak mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka atas alasan masih belum bersedia.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...