Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Ads
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh. Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Ads
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Ads
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN SAMPINGAN
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan membedung bayi sejak dulu diamalkan dalam masyarakat Melayu kita. Selain membuatkan bayi selesa, amalan ini begitu banyak kelebihannya.
Pun begitu kata Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom, bedung bayi bukan dilakukan tanpa sebab namun perlu mengikuti kesesuaiannya dengan cuaca di negara kita. Ikuti perkongsiannya.
Menerusi perkongsiannya, beliau juga turut menjelaskan perbandingan antara bedung bayi di Malaysia dan luar negara.
Perbandingan tersebut dijelaskan kerana terdapat satu komen daripada pengguna media sosial yang menghentam bedung bayi di Malaysia.
“Benda paling pelik saya pernah tengok. Tak pernah buat dekat anak saya macam ini,” komennya.
Difahamkan bedung dipakai di Malaysia adalah tidak sama dengan luar negara kerana kain lebih nipis mengikut kesesuian suhu semasa.
Bedung di Malaysia tak sama dengan bedung luar negara?
Semalam saya terbaca satu komen dari ibu di Malaysia yang membalas komen nenek mat salleh. Saya kira dah level nenek sebab nampak berusia.
Ya jenis bedung yang dipakai tidak sama. Kebiasaanya di Malaysia kita akan memakai kain yang nipis sesuai dengan suhu di Malaysia.
Dan kebiasaanya kita akan menggunakan teknik bedung yang ‘membalut’ dengan kemas untuk mengelakkan tangan bayi mudah terkeluar atau terjaga sewaktu tidur.
Dan kalau di barat biasanya mereka menggunakan bedung jenis instant dan sebahagiannya berkain tebal. Matlamatnya masih lagi sama. Untuk memberi rasa hangat dan selesa seperti di dalam rahim untuk bayi 0-3 bulan.
Secara tidak langsung ia membantu bayi tidur lebih lama tanpa terganggu oleh pergerakan refleks. Faktor utama dalam membedung bayi adalah pastikan bayi selesa, boleh bernafas dengan baik, dan tidak terlalu panas semasa dibedung.
Untuk ibu menyusu, bedung sangat membantu untuk bayi diposisikan dengan betul dan menyumbang kepada kejayaan penyusuan awal kelahiran.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, baru-baru ini.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai, namun, enggan mendedahkan tarikh berpisah. Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik Nad mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.
Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah bukan perkara mudah.
“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.
“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya pada BH Online.
Diasak bila dan punca bercerai, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu enggan mengulas lanjut.
“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.
“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.
Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.
Setiap kejayaan anak itu pastinya akan membanggakan ibu bapa. Impian pastinya ingin melihat anak dapat menjejakkan kaki ke menara gading.
Namun, kita hanya merancang, jika belum sampai rezekinya, ada sahaja halangan yang mendatang.
Muat naik hantaran penyanyi bersuara merdu, Datuk Nora Ariffin merestui minat anak perempuannya, Putri Dahlia bagi menceburi dunia hiburan iaitu bidang nyanyian.
Keputusan itu diambil setelah permohonan anak ke pusat pengajian tinggi masuh belum berjaya.
MOHON TIGA BUAH UNIVERSITI TAPI MASIH BELUM ADA TAWARAN
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebenarnya Putri Dahlia bercita- cita nk jadi guru bahasa Inggeris, memandangkan saya pun selalu baca bahawa kita amat kekurangan guru-guru bahasa inggeris terutama sekali diluar bandar.
Sebagai ibu, mmg saya sokong bila dia memilih utk jadi pendidik, Kerjaya yg sangat yg mulia.
Tapi malangnya, semua application ditolak, walaupun layak..UPSI , UITM, UIAM semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki…never give up. Mungkin kena cuba lagi..
Akhirnya Putri Dahlia fokus kpd nyanyian & mencipta lagu, tulis lirik, & produce song, persis Johan Nawawi.
Sbg ibu, saya hanya support &’ berdoa agar anak yg byk mewarisi bakat arwah Johan ni berjaya dunia & akhirat. In Shaa Allah.