Pernah tak ibu-ibu rasa teringin nak makan mi goreng basah, tapi bila buat dan cuba di rumah, hasilnya tidak seperti yang diinginkan? Sebenarnya tak susah pun. Sangat mudah dan ringkas je cara nak buatnya tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap.
Nah admin kongsikan resipi untuk ibu-ibu cuba masak untuk suami dan anak-anak.
Bahan👇
1 bungkus Mee kuning dibilas dan tos…
10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos..
1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos..
1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6 ..
4 sudu besar Cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1sudu besar kicap pekat
5 sudu kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan kecil air putih
2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan tumbuk
110 biji cili api
3 ulas bawang putih
- Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara membuat:
- Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar.
- Tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.
- Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee.
- Masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil..
- Masak dan kacau2 bagi sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap.
- Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap2 tu semua dah cukup.
Kredit : Resepi Kak Long
“Alami ‘Heart Burn’ Yang Teruk & Lebih Penat.” Siti Nurhaliza Dedah Alahan Yang Dialami!
Umum mengetahui akan Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata kedua tidak lagi lagi. Dalam satu temu bual, Penyanyi nombor satu negara ini berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.
“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.
Menurut Siti, terdapat perbezaan hamil bayi lelaki berbanding sewaktu beliau hamilkan Siti Aafiyah dahulu.
“Saya tiada mengidam macam-macam kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Agak sedih sedikit lah kerana saya memang peminat makanan pedas.
“Jadi kebanyakan makanan saya hanya lah sup dan masakan kampung yang ringkas.
“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas jadi terpaksa elak makanan sebegitu.
“Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.
“Selain itu, perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kongsinya kepada Astro Gempak.
Tambah Siti lagi sejak hamil dia jarang masuk ke dapur kerana simptom seperti loya dan mudah penat.
“Saya jarang sangat masuk dapur lebih-lebih lagi ketika hamil trimester pertama. Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng.
“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun.
“Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.
“Tapi Alhamdulilah, kini dah masuk trimester ketiga ni saya sudah mula masuk dapur untuk sediakan makanan Aafiyah atau masak untuk suami jika dia teringin nak makan masakan saya sekali sekala,”ujarnya lagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Astro Gempak
Perkahwinan Tak Bahagia Bila Semua Benda Isteri Buat. Suami Relaks, Lupa Tanggung Jawab
Setiap perkahwinan ada pasang surutnya, ada bahagia ada masanya bermasam muka bila tidak sependapat. Namun itu lumrah dalam sesebuah rumah tangga. Sebab tu komunikasi penting dan saling memberi serta menerima antara satu sama lain. Barulah rumah tangga aman bahagia.
Jangan hanya satu pihak sahaja memberi, yg lagi satu tidak menyumbang apa-apa. Kerana perkahwinan bukan hanya sekadar mahu bahagia semata-mata, masalah yang melanda dibiar sepi dan hanya satu pihak sahaja berusaha mengatasinya.
Jika ada ‘rasa yang tak kena’ dalam rumah tangga, kena meluahkan dan cari jalan penyelesaian. Usah menafikan demi menjaga hati yang tersayang, kelak ia akan menjadi barah dalam perhubungan anda suami isteri.
Nak bahagia kena baca perkongsian dari Ustaz Datuk Kazim Elias ini. Menurutnya ada 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no ??????
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ? Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Kredit : Ustaz Datuk Kazim Elias
“Mini Choc Marshmallow Cake, 10 Minit Siap..”-Idea Kreatif Perkongsian Ibu Ni Raih Perhatian!
“Mini Choc Marshmallow Cake, 10 Minit Siap..”-Idea Kreatif Perkongsian Ibu Ni Raih Perhatian!
Kadang-kadang buntu juga kita mak-mak ni bila ada majlis di sekolah yang memerlukan anak-anak untuk membawa makanan. Apatah lagi jika kita tidak punya banyak masa untuk menyediakan menu yang menjadi kegemaran anak-anak seperti kek coklat, muffin, cupcake dan sebagainya.
Jadi apa kata anda ‘cedok’ idea yang dikongsikan oleh Puan Hayfa Hilal ini, tak sampai 10 minit siap dia menyediakan Mini Choc Marshmallow Cake!
Sekali pandang memang nampak menyelerakan, pasti anak-anak teruja untuk menikmatinya.
Ini perkongsiannya.
Brg kedai rm2 eco shop!
“Alkisahnya, kelas si adik nak buat jamuan Raya. Biasanya ibu bawak sandwich or makanan berat je…kali ni Cikgu dah tetapkan kelas dia kene bawa manisan. Memandangkan kat umah tak da oven, ditambah ibu bz memanjang minggu ni…sempat g kedai rm2.40 eco shop je.”
“Mencari idea….kalau-kalau ada something yang sesuai…Tiber jumpa marshmallow mini cake ni…rasa dia boleh tahan. Dalamnya ada lapisan marshmallow…terjumpa juga marshmallow bentuk macam icing sugar kat kedai tu….ok la tu…10 minit dah siap. Paper cup pun kt eco. Jadi la mini choc marshmallow cake……janji makanan yang dibawa ke sekolah habis dimakan anak-anak..”
Bahan-bahan :
Cake Bite Mini
marshmallow mini
Papar cup
Hiasan
Cara Membuatnya:
1.Susun paper cup dengan kemas.
2. Masukkan Cake bite mini ke dalam paper cup.
3. Letakkan marshmallow mini di atasnya dan cucuk dengan hiasan.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club