
Nampak mudah tapi sebenarnya silap kiraan pasti tak menjadi. Itulah dilema ibu-ibu yang baru belajar nak buat Agar-Agar kerana tersalah masukkan jumlah air yang diperlukan maka tak menjadi. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Terlebih air lembik pula.
Itu belum part tiru resipi yang mana jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?
Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda terutama yang baru belajar masak agar-agar supaya dapat hasil dengan cantik dan berjaya.
Tips untuk beginner masak agar2 dengan cantik dan berjaya🤣

1. Basuh agar2 tali kering hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar2 tersebut dan padatkan dalam cawan/mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan.
Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbah agar2: air/apa2 cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah:
agar2 : cecair
1 bekas : 4 bekas (keras tapi kalau suka keras2 sikit ok dah cantik )
1 bekas : 4.5 bekas (sedang2 saja)
1 bekas : 5 bekas (lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat)
nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yg disukai.
Jadi tak perlu sukat2 beriya sangat timbangan agar2/isipadu cecair sekiranya tak yakin.
Insya Allah jadi agar2 tu nanti. Cubalah!

Kredit : Zaleha Rusli
12 Kegunaan Soda Bikarbonat Dalam Kegunaan Harian, Cantikkan Tubuh Pun Boleh, Sila Cuba!

Soda bikarbonat memang banyak kegunaannya. Tidak hanya sebagai bahan untuk membuat kek dan aneka pastri lain tetapi rupanya banyak kegunaannya dalam memudahkan urusan rumah tangga. Tak kurang juga untuk mencantikkan seluruh tubuh kita.
Walaupun tiada sebarang kajian yang membuktikan kesahihan ini namun ramai yang mencubanya. Paling utama rata-rata mereka yang mencuba beberapa petua menggunakan bahan ini memberi tindak balas yang cukup hebat.
Benarkah? Kita tengok apa soda bikarbonat mampu lakukan untuk mudahkan urusan harian kita.
1. Bersihkan Microwave
Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas berisi air. Kemudian panaskan di dalam mikrowave selama 2 minit. Hasilnya kesan kotoran yang melekat dan bau yang tertinggal pada microvawe akan hilang. Kesan minyak juga lebih senang dicuci.
2. Buang Black Head
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan masukkan 1/4 cawan jus lemon dalam mangkuk. Kacau sebati dan sapu rata ke muka. Biarkan sekejap selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
3. Putihkan Gigi
Campurkan sesudu soda bikarbonat dengan sedikit perahan jus limau nipis. Campurkan rata dan gosokkan pada gigi hingga nampak kesannya. Jika suka anda boleh juga menggunakan lemon atau buah strawberi.
4. Putihkan Muka
Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 2 gelas air. Gaul sebati dan sapu rata pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
5. Bersihkan Tandas
Soda bikarbonat merupakan pembersih semulajadi dan berkesan untuk mencuci. Taburkan sedikit serbuk soda ke atas lantai dan seluruh tandas kemudian biarkan seketika. Barulah dibilas seperti biasa. Kerja mencuci jadi lebih mudah dan kotoram ditanggalkan sekelip mata.
6. Hilangkan Bau Badan
Masalah bau badan utama adalah daripada bawah ketiak. Lakukan campuran 4 sudu makan bikarbonat bersama air (jangan cair). Kemudian sapukan dengan perlahan-lahan pada ketiak atau kawasan sekitarnya. Biarkan hingga kering.
7. Bersihkan Buah & Sayur
Cara paling tepat untuk menanggalkan bakteria dalam sayur dan buah adalah dengan mencucinya menggunakan serbuk soda. Rendam buah dan sayur seketika dengan soda kemudian basuh bersih dengan air mengalir. Bakteria akan turut tertanggal.
8. Manicure & Pedicure
Kuku juga mampu dirawat dan dicantikkan dengan bahan ini. Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat dan sedikit air. Gaul sebati dan sapukan pada kuku. Sental sedikit pada kawasan kuku yang agak keras dan bahagian tepi kuku. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam.
9. Segarkan Peti Sejuk
Bau kurang enak di dalam peti sejuk adakalanya buat kita rasa tidak selesa. Bancuh soda dengan air suam dan bersihkan seluruh peti sejuk dengan campuran bahan ini. Lebihan airnya, dibiarkan sahaja untuk menyerap bau-bauan lain.
10. Rawatan Kaki
Buang kulit kasar pada kaki dengan skrub daripada soda bikarbonat ini. Mulakan dengan mencampurkan air rendaman daripada soda ini. Campurkan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat ke dalam air.
Kacau sebati dan rendam kaki selama 20 minit. Boleh juga campurkan 3 titis essential oil seperti lavender. Untuk skrubnya, campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama sedikit air dan sentallah kulit kasar pada kaki hingga sempurna.
11. Cerahkan Kulit Wajah
Campurkan serbuk penaik dengan satu sudu besar jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran berkenaan pada kulit. Bilas selepas 10 minit. Untuk hasil yang lebih maksimum, bilaskan wajah dengan air suam.
12. Redakan Jerawat
Soda bikarbonat ini bukan hanya merawat jerawat bahkan dapat memutihkan kulit. Ambil sesudu soda bikarbonat dan bancuh bersama sedikit pencuci muka kegemaran anda. Sebatikan dan kemudian sentallah ke kulit wajah seperti mencuci muka seperti biasa. Bilas dengan air suam dan rasai hasilnya. Lakukan setiap hari.
5 Petua Nenek Latih Cucu Hafal Al-Quran. Ibu-Ibu Boleh Praktikkan Kaedah Ini!

Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017. Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh, 59 dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, 60 yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
- Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
- Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
- Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
- Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
- Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
Isteri Ni Bukan Nak Bermewah & Mengada-Ada Ajak Bercuti Sangat. Rupanya Dia Nak Keluar Daripada ‘Emotional Burnout’ Je!

Bawa isteri keluar jalan kejap pun mampu hilangkan penat, bosan dan stres, namun ramai suami yang tak sedar akan perkara ini. Apa lagi bila dia ajk bercuti. Apabila isteri ajak, ada saja alasan dan ada juga yang mengatakan isteri hanya mahu menghabiskan duit. Tak kurang yang mengatakan isteri mengada-mengada. Sedangkan ada sebabnya kenapa isteri berbuat demikian.
Baca perkongsian dari saudara Taufiq Razif. Moga bermanfaat buat suami isteri di luar sana.
Serius dulu saya ingat bercuti ni sia sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.
Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Yelah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.
Rutin yang sama ni je saya duk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ni perlahan lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.
Masa tu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ je!
Ni saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson kejap. Memang nampak bersinar sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia dah suka sangat dah. Ikut bajet masing masing je sebenarnya.
Selama ni kita duk ingat isteri kita manja dan mengada ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.
– Taufiq Razif –