Komunikasi amat penting dalam sebuah keluarga. Melalui komunikasi antara ibu bapa dengan anak remaja diharapkan dapat membantu sebuah keluarga yang bahagia.

Melalui perkongsian lelaki ini, Ammar Kamilin menjelaskan bahawa komunikasi dengan remaja ada cara tersendiri yang ibu bapa kena tahu.

Ikuti panduan ini.

Begini Cara Komunikasi Dengan Anak Remaja. Ibu Ayah Guna Soalan Mengumpan Bila Berbicara Dengan Anak.

Dalam status sebelum ini, ada saya sebut tentang ‘probing questions’ atau dalam bahasa Melayu, ‘soalan mengumpan’.

Beberapa rakan memohon supaya dijelaskan apa maksud dan contohnya.

Rakan dalam bidang ‘coaching’ atau ‘mentoring’ lebih mahir dalam perkara ini. Namun, untuk perkongsian asas dan ringkas, saya ceritakan apa yang ada di dalam pengetahuan saya.

Soalan begini, sesuai dipraktikkan apabila bercakap-cakap dengan anak remaja. Tujuannya, kita mahu lebih banyak mendengar daripada membebel. Kita tak mahu terlalu dominan senario, “I’m talking, you listen!”. Perlu diseimbangkan dengan ‘Let them talk, we listen.’

Remaja memang diketahui lebih suka menyimpan dan memendam daripada meluahkan perasaan pada sesiapa.

Anak saya mengesahkan kenyataan itu semalam. Dia bercerita betapa rakannya banyak memendam perasaan, sehingga ada masa, kawan itu dilihat menangis di ceruk dinding. Jauh dari kawan-kawan.

Saya mengikuti rapat perkembangan rakannya, jika perlu, saya bercadang mahu membantu. Moga anak itu baik-baik saja.

Balik kepada apa itu ‘soalan mengumpan’?

Kebanyakan kita mungkin selalu praktikkannya, cuma tidak sedar bahawa amalan itu ada nama dan ilmunya.

Begini Cara Komunikasi Dengan Anak Remaja. Ibu Ayah Guna Soalan Mengumpan Bila Berbicara Dengan Anak.

Senario 1.

Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.

Kita pun bertanya, “Seronok sekolah hari ni?”

“Macam biasa.”

“Kawan-kawan semua ok di sekolah?”

“Ok.”

“Banyak kerja rumah hari ni?”

Ads

“Ada laa…”

“Malam ni, buat ya.”

“Hmm…”

“Penat eh sekolah?”

“Sikit laa…”

“Nak abah tolong apa-apa?”

“Takpe.”

“Boleh buat sendirilah?”

“Boleh.”

-Tammat-

***

Soalan-soalan ‘tertutup’ di atas adalah soalan yang mengundang jawapan mudah dan pendek daripada anak remaja.

Soalan begini, dianggap ‘no brainer’. Tak perlu fikir panjang untuk jawab. Bibir boleh melontar jawapan sendiri.

Soalan yang mengundang jawapan, ya atau tidak. Ok atau tidak. Sudah atau belum. Jawapannya hanya sepatah perkataan sudah mencukupi.

Ads

Anak remaja dah lemau dengan rutin sekolah. Bertanya perkara yang rutin, meloyakan mereka untuk menjawab.

Remaja sangat sinonim dengan perkataan, ‘bosan’. Sebaiknya, elakkan soalan sama setiap hari yang menambah kebosanan mereka.

***

Begini Cara Komunikasi Dengan Anak Remaja. Ibu Ayah Guna Soalan Mengumpan Bila Berbicara Dengan Anak.

Senario 2.

Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.

“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”

(Dia akan berfikir lama. Mencari apa yang menarik dan boleh diceritakan.)

“Belajar, macam biasa je. Cuma tadi, kitorang discuss pasal Nani yang tiba-tiba menangis dalam kelas.”

(Kita boleh baca tersirat, perkara belajar itu tidak terlalu besar bagi dia. Tapi, ‘friendship’ adalah tumpuan utama. Ya, pada peringkat umur ini, persahabatan no. 1. Mereka boleh merudum akademik, hanya disebabkan tidak diterima masuk dalam kelompok tertentu. Kawan-kawan dia adalah kembar lain mak, lain bapak.)

“Oh, kenapa dia menangis?”

“Kita orang syak, dia ada masalah dengan bapa dia. Dengar dia cakap dalam telefon, dia macam tak puas hati, bapa dia tak layan dia macam abang dan kakak yang lain.”

(Remaja mempunyai banyak konflik diri. Salah satunya, ‘self-acceptance’ oleh keluarga, rakan dan orang ramai. Mereka mahu diterima dengan cara, mendapat ‘recognition’ dari orang sekeliling. Ramai yang menjauhkan diri dari ahli keluarga, kerana tidak mendapat ‘pujian dan sokongan’ yang diperlukan. Biasanya, apabila apa yang diminati, lari dari apa yang dimahukan ibu bapa.)

Ads

“Oo… Siannya… So, apa plan korang?”

“Kitorang tak tahu lagi. Sebab kitorang pernah tanya, tapi dia taknak cerita detail. Dia kata, biar dia pendam sorang-sorang. Kitorang risau juga, itu sebab tak boleh biar dia tinggal menyendiri. Nampak dia kat mana-mana sudut, kitorang tarik ikut sekali. Kitorang macam try to supportlah.”

(Kita boleh nampak, kematangan seorang remaja pada jawapan yang diberi anak kita.)

-Tammat-

***

Berbanding senario 1, senario kedua banyak menggunakan soalan terbuka. Soalan yang jawapannya perlu ulasan.

Saru contoh lebih jelas, soalan sama, tapi jawapan boleh berbeza.

Kita tanya anak,

“Hari ni ada benda menarik di sekolah?”

Dia boleh jawab, ADA atau TAKDE.

Tetapi jika kita ubah kepada,

“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”

Dia perlu juga memberikan ulasan. Kerana soalan meminta APA?

Kesimpulannya,

Untuk mencungkil lebih banyak cerita dari anak, banyakkan soalan,

APA
KENAPA
BAGAIMANA
MACAM MANA
MENGAPA

Soalan-soalan ini, boleh mengundang jawapan terbuka.

Boleh juga mantapkan perbualan dengan ‘filler’ seperti, 
Ooo, Aha…, Hmm…, I see…, Betul juga ya…

Perkataan tersebut, jika disebut dan disertakan penuh emosi berminat, tambah pula dengan memek wajah yang empati, akan mengundang keseronokan kepada remaja untuk terus bercerita.

Itu saja parents.
Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI