
Ketam merupakan antara menu makanan laut kegemaran ramai. Masakan ketam masak cili mudah dah ringkas. Resepi perkongsian ramai ini dikongsikan oleh Siti Nurain Azmi.
Sis cuba tapi menjadi plk dah husband request nak lagi pulak #chilicrab ni
Bahan2 :
• 3 ekor ketam
• 4 ulas bawang putih, tumbuk
• 2 biji bawang kecik, tumbuk
• 4 tangkai cili api, tumbuk
• 1 inci halia, tumbuk
• 5 tangkai cili besar + 1/2 biji bawang besar (blend/tumbuk)
• 1 sudu taucu
• 2 sudu sos tomato
• 1 mangkuk air
• 1/2 mangkuk air tepung jagung (jika perlu)
• 1 biji telur
• secubit garam
Cara2 :
1. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2. Tambah kan taucu dan sos tomato
3. Perisa kan dengan garam
4. Masuk kan air sedikit dan biar kan mendidih
5. Masuk ketam dan gaul sebati. Biar kan hingga ketam masak
6. Kemudian pekat kan kuah dengan air tepung jagung (jika perlu)
7. Pecah kan telur kemudian tuang ke dlm kuah ketam. Gaul rata
8. Tabur kan bawang goreng & daun sup / daun bawang jika perlu
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Nurain Azmi
Resipi Roti Canai Homemade, Lembut Sampai Petang, Tak Liat Macam Selipar Jepun

Resipi Roti Canai Homemade, Lembut Sampai Petang, Tak Liat Macam Selipar Jepun
Roti canai telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Menerusi laman Instagram rasminya, Tasteatlas telah mengumumkan makanan kegemaran rakyat Malaysia ini sebagai makanan terbaik di Asia Tenggara
Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia. Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas.
Sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.
Selalu kita makan roti canai di kedai, apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, anda pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga. Roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal, kari dan sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Kredit resipi: Iza Haliza Mohd Zaid
Roti Lapis Daging Berkeju Ini, Garenti Sedap!

Sebenarnya pelbagai hidangan enak dan ringkas boleh dibuat menggunakan roti. Malah untuk membuatnya mudah dan menjadi kesukaan ahli keluarga. Roti Berlapis Daging Bakar adalah salah satu resipi yang mengunakan roti. Dengar menu ni pun sudah tahu gerenti sedap. Daging dan keju memang gandingan rasa yang mantap.
Rasa rangup dan keju pasti dapat memikat selera anak-anak untuk berbuka puasa. Dengan menggunakan bahan mudah seperti roti, susu segar, keju, daging dan sayur campur sudah pasti akan menjadi juadah menyelerakan buat seisi keluarga. Memang sedap dihidangkan ketika berbuka puasa! Menerusi facebook pemilik resipi ini, puan Sue M Arukin kita ikuti cara-cara membuatnya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Roti Berlapis Daging Bakar. Beberapa tahun dulu pernah viral kejap resipi ni. Harini saya buat lagi untuk buka puasa kejap lagi. Mana tau ada yang nak resipinya dan cuba buat, di bawah ada resipinya.
Bahan-bahan:
8-10 keping roti (saya guna roti whole meal)
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Parutan keju secukupnya (Parmesan/mozzarella/cheddar)
Bahan-bahan inti:
300grams daging/ayam kisar
1/2 cawan kacang peas frozen
1 batang lobak merah – parut
1 tangkai daun bawang – cincang
1 labu bawang besar – dadu kecil
4 ulas bawang putih – cincang halus
1/2 sudu teh campuran Italian Herbs kering
Garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Untuk membuat inti; panaskan 1 sudu makan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang dan bawang putih hingga wangi, masukkan daging kisar dan tumis hingga daging bertukar warna. Masukkan kacang peas, lobak merah, daun bawang dan Italian Herbs lalu kacau rata. Tambah garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa. Ketepikan.
2. Bancuh telur bersama susu hingga sebati dan letakkan sedikit garam.
3. Sediakan bekas casserole lalu sapu sedikit mentega di dalamnya.
4. Roti di celup dalam bancuhan telur dan susun menjadi lapisan dasar dalam casserole. Sendukkan inti daging menjadi lapisan kedua kemudian taburkan parutan keju. Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan. Akhir sekali tabur lebihan keju di bahagian paling atas.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 40 minit atau hingga masak.
Happy Cooking!
Sumber: Sue M Arukin
Apam Milo Guna 4 Bahan, Elok Sungguh ‘Kejadiannya’. Kena Cuba Buat, Memang Puas Hati!

Kalau kita hendak senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sebiji kek, tentu bermacam-macam ramuannya.
Tidak kurang juga ada sebahagian ramuannya, kedengaran janggal disebut dan sekali gus mematahkan semangat ada antara kita untuk menyediakan hidangan kek dek kerana terasa leceh untuk mengadakan bahan-bahan tersebut.
Tapi tidak jika menyediakan resipi nan satu ini. Apam Milo hanya menggunakan 4 bahan sahaja, dan cukup mudah untuk disediakan.
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap..
First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
Bahan-bahannya bukan membahan ok :
1) Telur 6 biji
2) Tepung gandum 2 cawan
3) Gula pasir 2 cawan
4) Milo setengah cawan
Cara-cara buat:
-Pukul telur +gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik( tiha guna blander jer)
-masuk tepung gandum, blander lagi sampai sebati ( rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)
-adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi buh milo dan kacau-kacau sampai sebati.
-tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-berbunga (ikut suka x tak ada paksaan)
-kukus 20minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)
Siap
Adunan nie tiha dapat dua loyang kecik tapi tak sampai malam dah habis.
Kredit: Fatihatul Hakimah