Pastinya ibu-ibu adalah orang yang paling sibuk mengemas.Daripada dapur sehingga ke ruang luar kediaman menjadi tumpuan. Segala habuk dan sawang takkan dibiarkan melekat pada perabot rumah.
Tapi jangan bab habuk dan sampah saja yang diberi perhatian, bab barang-barang dalam rumah juga penting.
Tentu ada yang menghadapi masalah terutama ketika menyapu habuk pada kipas. Habis habuk-habuk berterbangan, jika dibiarkan melekat pula pada barangan lain.
Untuk memudahkan ibu-ibu mencuci kipas dengan pantas dan mudah tanpa menyebabkan habuk-habuk berterbangan sehingga mengotorkan ruang di dalam rumah, bolehlah cuba tip ini.
Kipas yang dicuci tidak berhabuk kembali dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Selain mudah, ia juga menjimatkan kerana tidak perlu berbelanja lebih. Selamat mencuba
1. Masukkan sarung bantal pada bilah kipas. Kemudian, tarik sarung bantal ke bahagian atas dan bawah bilah kipas.
2. Tarik semula kain tersebut dan habuk serta kotoran yang ada akan turut dibersihkan juga.
3. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.
4. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.
5. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
6. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.