Begini Cara Buat Tauhu Homemade, Guna 3 Bahan Je. Mudah, Menjimatkan & Lebih Bersih!

Share

Tauhu mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada antara anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaannya ibu-ibu akan membelinya di pasar. Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.

Lebih-lebih lagi, tauhu homemade pasti lebih sihat bahan yang segar dan organik, resepi dan caranya dikongsikan oleh Jumee Afuan. 

selamat mencuba!


Tauhu homemade.

Mood akak baik malam ni ..baru balik niaga pizza ni akak nak share resepi tauhu homemade simple jer ..

Bahan-bahan:

Kacang soya 1 kg rendam 1 malam.

Air

Sukatan air untuk kisar kacang

1 cawan kacang : 2 cawan air

Cuka makan 10 sudu makan.

2 Bakul yang sama saiz

 

Cara buat:

1.Lepas cuci kacang rendam 1 malam esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.

2.Kisar kacang dengan sukatan air kat atas tu pastu tapis . (Kisar sekali sahaja)

3.Tapis guna kain kasa

4.Masak air kacang soya hingga hilang bau mentah. Masak hingga mendidih dan masukkan cuka .

6.Biar hingga berketul.

8. Letak dalam bakul alas kain kasa.Tindih bakul dengan benda berat. Akak guna lesung batu.

9.Biar sejuk.Potong2 tauhu ikut saiz disukai.

10. Potong kiub letak tepung.

11. Kemudian goreng. Memang fresh dah lain sangat.