Begini Cara Buat Pisang Agar-Agar Koktail. Patutlah Viral, Kreatif!

Share

Biasanya kita akan makan pisang mentah atau yang digoreng. Malah pisang adalah kegemaran ramai termasuk kanak-kanak. Menariknya perkongsian kali ini, apabila kulit pisang dijadikan sebagai agar-agar koktail. Jika anak-anak lihat mesti mereka teruja.

Ikuti perkongsian oleh puan AJ Idris  memang menarik dan kreatif.

Cubaan pisang untuk menyamar jadi agar-agar koktail. 

Ramai pulak yang nak tahu cara buat. Senang je, tak pakai acuan apa pun. Kalau pakai acuan takkan la lekat serat-serat pisang kat jelly tu ye dak?

Bahan-bahan

Pisang

Buahan-buahan campuran

Tepung agar-agar

Pisang, pastikan yang kulitnya tebal dan keras. Saya tak tau ni pisang apa, kulitnya hijau dan tebal. Dah masak dah ni.
Pastikan dia ada muncung dolphin ni.
Potong kulit kat bahagian tu. Hati-hati jangan sampai terputus.
Macam ni. Toreh kulit di bahagian ni je.
Pelawalah isi pisang tu keluar dengan sopan. Hati-hati kat sini supaya bahagian hadapan kulit yang ditoreh tadi tak tertanggal semua.
Bahagian hujung picit macam ni.
Elok je kan.
Isi mix berries dan tuangkan jeli jernih.
Tutup balik dengan kulit tadi. Ikat riben-riben gini ha supaya tak tertumpah.
Simpan dalam fridge sampai jelly keras.
Tara kuchaaaa. Siap!