Dadih antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang. Teksturnya yang lembut dan mudah cair juga sesuai jika mahu diberikan kepada anak kecil. Apatah lagi, jika ia disajikan dalam pelbagai perisa, pasti menambat hati anak-anak kan.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri hujung minggu nanti. Boleh ajak anak-anak untuk bantu sama di dapur. Pasti lebih meriah kan. Admin kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak cara buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat!
Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba ?? Sungguh, sangat-sangat sedap! ? Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! ?
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Dadih Full Cream
Ads
Bahan-bahan
1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara membuat:
••Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. ••Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api. ••Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. ••Siap untuk ditelan!!
Pernah tak dengar suami atau isteri berdengur? Mungkin juga ibu ayah atau ahli keluarga yang turut sama berkeadaan begitu. Pastinya ya!
Biasanya kita akan cakap, “penat tu, kerja tak berhenti atau tak cukup rehat sebab itu berdengkur.”
Hakikatnya ia bukan situasi yang boleh dibuat main, jika dibiarkan ia mungkin sebagai petanda kepada penyakit yang bahaya.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih
Apabila pasangan atau ahli keluarga anda mengalami tidur yang berdengkur, anda perlu ambil berat tentang hal ini.
Gejala berdengkur sebenarnya mungkin antara tanda kepada penyakit yang lebih berbahaya.
Perhatikan gejala-gejala lain : 1. Tidur dengan berdengkur 2. Terjaga ketika tidur dengan rasa sesak nafas dan terbatuk-batuk 3. Mengantuk pada waktu siang hari 4. Pening dan sakit kepala pada pagi hari 5. Anda perhati, pasangan anda tidur dengan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika tidur
Semua tanda ini adalah simptom yang perlu anda ambil perhatian. Kita panggil obstructive sleep apnea.
Jika tidak dirawat awal, ia boleh memberi komplikasi jangka panjang kepada organ tubuh seperti jantung, buah pinggang, otak dan lain-lain.
Makna OSA
‘Obstructive Sleep Apnea’ merupakan masalah yang berlaku apabila pesakit berhenti bernafas ketika tidur. Ia berlaku dalam beberapa cycle sepanjang pesakit tidur.
Ciri-ciri dan gejala terperinci masalah ini adalah seperti berikut:
– Berdengkur yang sangat kuat ketika tidur
– Mengantuk pada siang hari. Rasa lesu dan tak cukup tidur
– Berhenti bernafas ketika tidur. Ini boleh diperhatikan oleh orang sekeliling. Ibu bapa atau pasangan.
– Terjaga dari tidur secara tiba-tiba, tercungap-cungap dan rasa seperti tersedak
-Berat dan sakit kepala pada pagi hari
– Tidak fokus pada siang hari
Adakah anak anda atau pasangan anda alami gejala seperti ini? Jika ada, bawalah mereka berjumpa doktor.
Rawatan setiap pesakit berbeza. Sama ada penggunaan mesin CPAP, pembedahan atau hanya penurunan berat badan.
Rawatan:
Ramai bertanya saya rawatan untuk suami, isteri atau ahli keluarga mereka yang mengalami gejala berdengkur teruk, atau obstructive sleep apnea.
Tidur kadang tu sampai macam berhenti nafasnya. Macam mana nak rawat? Ada orang kata guna mesin CPAP sahaja, betul ke?
Langkah pertama anda perlu lakukan kepada orang yang anda sayang ialah kenalpasti gejala mereka (anda boleh lihat posting saya sebelum ini untuk gejala OSA lebih terperinci).
Jika mereka ada tanda-tanda seperti itu, bawa mereka untuk pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor yang memeriksa akan memberi nasihat kesihatan selepas pemeriksaan dilakukan.
Sekiranya doktor merasakan anda benar-benar mengalami gejala OSA, ujian sleep study perlu dilakukan. Di sinilah rujukan ke klinik pakar seperti ENT diperlukan.
Apa kami lakukan di ENT? Kami akan dapatkan lebih terperinci sejarah pesakit, lakukan pemeriksaan mulut, hidung, tekak dan masukkan kamera ‘flexible scope’ untuk pemeriksaan sangat lebih terperinci. Kami akan lihat dimanakah punca masalah pesakit ini ‘level of obstruction’ dan sejauh mana teruknya sekatan pada salur pernafasan.
Kemudian ujian sleep study akan dilakukan. Ini penting untuk menentukan type of apnea, level of OSA dan sebagainya. Ada apnea disebabkan oleh central cause, maknanya bukan disebabkan oleh salur nafas pesakit. Ini semua akan diketahui melalui sleep study ‘polysomnography’. Sebab itu ia sangat penting
Selesai sleep study dan pemeriksaan di klinik, kami akan bentangkan treatment plan khusus untuk pesakit. Setiap pesakit tak sama
Rawatan pesakit OSA merangkumi penggunaan mesin CPAP, pembedahan, penurunan berat badan, ‘lifestyle change’ dan banyak lagi.
Oleh itu, jika anda perasan ahli keluarga anda mengalami gejala dengkur yang kuat, dapatkan segera pemeriksaan kesihatan.
Detox merupakan salah satu jenis perawatan kecantikan untuk kulit dan wajah yang rajin dilakukan oleh dengan cara membuang toksin dalam badan.
Caranya dengan membersihkan usus yang mana segala toksin, lemak dan sebagainya yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar.
Bagi anda yang ingin melakukan proses detox ini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh AmiEra Farhann Johan.
Beliau mengamalkan minuman detox dengan menggunakan 3 bahan yang cukup mudah yang ada di dapur anda.
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita.. saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya bersalin secara pembedahan, susah nak kempis sebelum ni. Angin habis keluar, bila sendawa dan kentut rasa lega sangat.. tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
Bahan-bahan
-green tea cap boh 1 uncang
-halba 1 sudu besar
-halia suka hati nak letak banyak mana ( lagi banyak lagi bgus)
-air kosong 2 cawan
Note: untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu sudah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Cara-caranya:
Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku bolehlah minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ye.
Detox ni lelaki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, boleh keluarkan dan bantu turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya nih. Doakan saya pun mampu konsisten eh!
Yang nak cuba tu saya ucapkan selamat mencuba !
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun mengemas rumah setiap hari tetapi rumah kita hanya bersih daripada habuk dan kotoran sahaja tetapi tidak pula kekal harum aromanya.
Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.
Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!
Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.
Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.
Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.
Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.
Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.
#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.
#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!
#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.
#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.
#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.
Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.