Sudah tentunya ramai yang suka makan cucur udang. Rasanya yang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap memang terangkat keenakannya.
Tapi nampak senang nak buat, hakikatnya untuk menyediakan hidangan cucur udang kena tahu rahsianya. Kebiasannya bila buat cucur udang ini akan hadapi masalah terlalu lembik dan serap minyak. Untuk mendapat cucur udang yang sempurna ikuti resipi ini.
Selanjutnya ini perkongsiannya.
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
*Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng nanti.
CARA NAK GORENG:
Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
*Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas tu, guna senduk lain untuk letak atas dia.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Rebus cili & bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Sumber: Tyra Manan