Begini Cara Buat Cendol Homemade. Rupanya Mudah Aje!

Share

Cendol merupakan antara minuman pencuci mulut yang digemari ramai. Cendolnya di campur dengan santan, pulut, ais, gula melaka dan palinh best durian. Memang terangkat!

Selain beli, boleh cuba buat di rumah cendol ni. Boleh cuba resipi ni. Mudah aje!

Resepi cendol;
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung beras
-2 sd makan tepung ubi
-3 cawan air pandan
-1/2 sd kecik air kapur
-sedikit garam
-sedikit pewarna hijau

Cara-cara

-bancuh semua bahan ,kemudian tapis
-masak atas api sederhana ,sentiasa kacau sampai likat dan berkilat
-sediakan besin berisi air sejuk + ais


-masukkan adunan cendol dakam piping beg
– paipkan adunan cendol
-sedia dihidangkan mengikut citarasa.

Siap cendol! Boleh dicampur dengan bahan-bahan seperti ais, santan , gula melaka. Tambah durian memang superb!

Selamat mencuba!

Kredit: haslindawati omar