
Cendol merupakan antara minuman pencuci mulut yang digemari ramai. Cendolnya di campur dengan santan, pulut, ais, gula melaka dan palinh best durian. Memang terangkat!
Resepi cendol;
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung beras
-2 sd makan tepung ubi
-3 cawan air pandan
-1/2 sd kecik air kapur
-sedikit garam
-sedikit pewarna hijau
Cara-cara
-bancuh semua bahan ,kemudian tapis
-masak atas api sederhana ,sentiasa kacau sampai likat dan berkilat
-sediakan besin berisi air sejuk + ais
-masukkan adunan cendol dakam piping beg
– paipkan adunan cendol
-sedia dihidangkan mengikut citarasa.
Siap cendol! Boleh dicampur dengan bahan-bahan seperti ais, santan , gula melaka. Tambah durian memang superb!
Selamat mencuba!
Kredit: haslindawati omar
Resipi Kue Tiaw Goreng Rindu. Patutlah Bila Goreng Tak Hancur & Rosak, Ini Rupanya Rahsia Wanita Ni!

Sedapnya dapat menikmati Kue Tiaw Goreng panas-panas, ada pula jeruk cili memang terangkat ni kan. Tapi ada satu perkara yang buat ibu-ibu susah hati bila nak goreng Kue tiaw iaitu ia mudah lembik dan hancur.
Jadi, untuk ibu-ibu yang nak elak perkara ini berlaku, admin kongsikan tip yang dimuat naik oleh Golden Roses. Selamat mencuba!
Abaikan kuali yg comot tu..
Kueytiow goreng rindu nama diberi..
Rindu zaman berniaga dedulu..
Mak n arwah abah org berniaga..pagi berniaga,petang berniaga..
bazar ramadan pn setiap tahun msti open table..
Pasar malam juga salah satu tapak income yg kami ada..
Selain nasi lemak,kuih muih, n makanan lain..
Mee,bihun & kueytiow jugak slh satu jualan yg terlaris kt gerai kami..
Membesar dgn pnglamn itu..secara xlangsung sy didedahkan ,bermacam2 masakan,termasukan kuih muih tradisional sejak awal umur 5/6 tahun.
So masa 7tahun tu dh boleh beraksi sndiri didapur tanpa bantuan mak..
Kalau dlu rs terbeban sbb hilang rasa memori kanak2.nk main dgn kwn2 pn masa tu xberapa nk ada..
Tp bila makin membesar..bru faham ape erti pengalman.
Ok bukan cerita tu sbenarnya yg nk dikongsi,
sebenarnya mmg xlalu dh nk mkn nasi..so kt mengueytiow jelah harini..sbb kueytiow ni slh satu fav sy dan suami..
Kat sini msti ada yg suka sgt kueytiow goreng mcm kami kan??
KUEYTIOW GORENG RINDU
By: golden roses
BAHAN²
________
kueytiow (2pack)
• Sawi / kucai / taugeh (sy xmasukkn kucai atau taugeh)
• cili kering (blend dgn bawang besr sebiji)
• bawang putih 4ulas 🟣
• bawang merah (3ulas) 🟣 •bawang besar (sebiji)🟣
• Ikan bilis ( 3 cubit )🟣
• Sos ikan ( 4 SB)
•Sos cili life (4SB)
•Sos tiram (3SB)
•Kicap lemak manis (sy guna jenama jalen) (3 SB)
•Kicap mee (2SB utk cantikkan warna)
•Garam & gula (ikut selera)
•Serbuk perasa (ikut selera)
•Ayam/isi ketam & fishball (nk guna perkakas lain pn bole)
•Telur (2butir)
•Sedikit air (ikut selera nak basah mcmn)
P/s : BLEND BAHAN YG BERTANDA 🟣
#GORENG_CARA_SAYA
Panaskan minyak dlm kuali..
Goreng ayam dlu..(sbb minyak gorengan tu buat kueytiow lg sedap.)
Agak dh kekuningan,masukn bahan blender yg bertanda 🟣 td..
Biar sekejap smpi kuning keemasan..masukkn batang sawi..bila dh lembut elok..baru masukkn cili blender..
Kacau n biarkan smpi cili garing.
Masukkn garam,gula,serbuk perasa,sos cili,sos tiram,kicap manis,sos ikan & kicap mee.
N sambung kacau..smpi naik bau..masukkn air..(kalau ikut sukatan sy..hanya setengah gelas je)
Then pecahkan dua butir telur (jgn kacau)
Biar kan sekejap smpi dh membeku dlm.kuali baru kacau sikit bg rata..kacau jgn smpi telur berketul atau terlebih hancur..
Baru masukkn kueytiow..
Kacau smpi smua rata dgn pes.
Baru masukkan sawi..
Kacau dengan api besar..sekejap je..then tutup api.
Siappp…🤗
#TIPS_IKHLAS_DARI_SY :
1)KALAU NAK MASUKKN TAUGE PN BOLEH ..TP TUTUP API DLU..BARU MASUKKN TAUGEH..
SUPAYA TAUGEH X LEMBIK & RANGUP.
BEGITU JUGA SAYUR YG BERDAUN..MASUKKN PALING AKHIR..SUPAYA SAYUR XLAYU N HILANG RASA..
2) PASTIKAN KUEYTIOW @ MEE YG DIBELI BUKAN DARI PETI SEJUK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK..
KUETIOW/MEE AKN ROSAK,HANCUR/PATAH BILA DIGORENG.
3) KACAU MEE,KUEYTIOW ATAU BIHUN IKUT SATU HALUAN..DAN JANGAN SESEKALI TEKAN DGN SUDIP..UTK MENGELAKN TEKSTUR MAKANAN TU HANCUR DAN PATAH.
4) JGN KACAU TELUR LEPAS DIPECAHAKN DIDLM KUALI..SEELOKNYA BKARKAN SEKETIKAN UTK ELAKN MASAKAN JD HANYIR,BENYAI DAN WARNA MEE PUCAT.
SELAMAT MENCUBA🤗🤗
Biji buah tembikai jangan dibuang, ada manfaat dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Air rebusan dari biji tembikai dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit. Nak tahu kena baca info ini.
Buah tembikai sememangnya amat dikenali dengan kandungan airnya yang amat tinggi selain kaya dengan vitamin serta mineral yang bermanfaat untuk tubuh badan manusia. Biasanya hanya air sahaja diambil manakakala bijinya dibuang. Tetapi ada juga yang cuba menyemai untuk ditanam semula.
Sebenarnya, biji buah tembikai amat berguna untuk manusia? Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat dalam membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang, penyakit jantung dan beberapa penyakit lain. Jom semak apa lagi khasiat yang terkandung di dalam biji buah tembikai ini.
Khasiat Biji Tembikai
Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang. Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;
Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.
Mencantikkan Dan Menjaga Kulit
Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.
Mengawal Diabetes
Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.
Memperkuatkan Ketahanan Rambut
Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.
Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan
Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.
Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.
Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna.
Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!
Resipi teh biji tembikai!
Sediakan 20-30 biji tembikai.
Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.
Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.
Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!
Cecair Merah Pada Daging bukanlah Darah, Tapi Ada Khasiat Tersendiri.

Apabila kita beli daging mentah dan segar pasti kita perasan ada cecair yang kita sangka darah. Tapi ia bukanlah darah seperti yang disangkakan.
Cecair merah tersebut sebenarnya protein yang dipanggil myoglobin. Fungsinya adalah untuk menyimpan oksigen di dalam sel-sel otot.
Protein ini juga yang menjadikan “warna” daging merah dan seterusnya juga memberikan warna yang sama untuk cecair yang kita sangka darah itu.
Ketika kita masak, myglobin bertukar warna jadi warna coklat. Itulah tanda kita tahu daging sudah dimasak.
sumber: Petua Ibu