Ketika ini ramai mangsa banjir dalam proses membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur. Pastinya barang treding kini adalah water jet atau penyembur air tekanan tinggi.
Miliki peralatan begini dapat memudahkan kerja membersih rumah dengan cepat dan mudah untuk buang lumpur. Tak akan hilang dengan cepat jika hanya sental guna berus.
Bagi yang bercadang untuk membeli barang ini yang berharga ratus ringgi, pastikan pilih yang berkualiti supaya boleh digunakan tiga hingga empat jam. Bagi yang murah sedikit kekurangan penggunaan hanya 2 jam sahaja. Selanjutnya nak tahu cara yang betul memilih water jet ikuti perkongsian saudara, Cikgu Zahran Panduan memilih water jet untuk membersih rumah ketika banjir.
Water jet ni ada beberapa jenis. Ada yang pakai karbon dan ada yang pakai motor. Yang jenis biasa tu menggunakan karbon. Bila habis karbon kena ganti baru. Yang ini biasa kena direct dari paip.
Yang jenis motor biasanya ada fungsi menyembur dan menyedut..boleh sambung dari paip atau menyedut dari tangki. Biasanya yang ni mahal sikit tapi tahan lama.
Kekuatan water jet dinilai menggunakan bar dan watt. Biasanya 120 bar bersamaan 1200 watt. Lebih besar bar atau watt maka lebih laju semburan air. Beli jenama yang selalu kawan-kawan pakai.Jenama yang dah terbukti.Mahal tidak semestinya tahan.
Hos noozle atau senapang gun tu kalau dapat yang panjang berjela 10 meter lagi bagus. Sebab kalau hos panjang kita boleh gerak bebas tanpa perlu ubah water jet tu berkali-kali. Tapi dengan syarat, mesin tu tidak terjejas fungsinya. Kalau dah panjang sangat kang tak laju pula pancutan airnya.
Wayar plug mesti panjang dan kalau boleh lepas guna dia roll sendiri masuk ke mesin. Haaa ini untuk memudahkan capaian kepada punca elektrik. Boleh la cuci motor jauh sikit dari pasu bunga emak tu.
Kalau yang ada roda lagi baik. Senang disimpan. Nak tengok jenis water jet yang baik boleh klik link