
Tidak sebagai makanan tambahan dan aksesori, kentang ada masanya boleh bertukar menjadi menu utama. Tak gitu? Begitu juga rangkaian snek ringan berasaskan kentang yang semakin popular.
Selalunya setiap kali beli kentang, kita jarang beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?
Suhu Bilik
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.
Buang Kentang Busuk
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.
Jangan Simpan Dengan Bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.
Jangan Basuh
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.
Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?
Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.
Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80. Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.
Sebelum Tidur Waktu Terbaik Untuk Bersembang. Supaya Suami Atau Isteri Sedang Mengalami Depression Pun Kita Perasan.

Di dalam sesebuah rumah tangga kena saling bekerjasama dan memahami antara satu sama lain.
Usah jadikan masa dan kesibukan kerja sebagai penghalang untuk anda suami isteri berkomunikasi. Kurang berkomunikasi boleh mengundang pelbagai masalah. Ambil masa sejenak duduk bersama pasangan anda.
Pinjamkan bahu dan telinga anda buat seketika, dengarkan celoteh biarpun hal yang remeh temeh sudah mampu membuatkan pasangan anda tersenyum bahagia.
Jom baca perkongsian dari Ruqayyah Farhani. Ringkas namun sangat bermanfaat untuk suami isteri.
Sebelum tidur ialah waktu yang terbaik untuk suami dan isteri bersembang bertanya khabar dan perihal diri. Apa yang terjadi pada hari tersebut, ada masalah atau tidak, ada yang nak diluahkan apa-apa, waktu ini adalah yang terbaik.
Bila seharian pasangan berjauhan samada keduanya bekerja ataupun suami sahaja yang bekerja, pasti banyak benda yang ingin diceritakan. Bukan sembang beria-ria pun, kadang-kadang itulah ‘quality time’ antara pasangan selepas seharian berpisah. Isteri lega ada tempat untuk luahkan, dan suami pula gembira apabila isteri bertanya perihal kerja ataupun perihal lain yang berkaitan.
Bagi saya dan suami, setiap malam sebelum tidur ialah waktu yang terbaik untuk kami bersembang. Bila anak sudah tidur, yang ada hanyalah kami berdua.
“Abang, jom sembang?”
Kadang-kadang tiada topik yang serius pun untuk bersembang, cukup sekadar kita tahu apa yang jadi di office, ada masalah kerja ke, macam mana keadaan diri okay ke tidak, tadi makan apa, ada jumpa berita-berita menarik ke. Kita berkongsi cerita apa yang terjadi pada hari itu.
Bagi isteri pula, dia pasti ingin meluahkan apa-apa, dia ingin didengari, ingin berkongsi apa yang ada di hati. Jika dia suri rumah, dia pasti ingin bercerita apa yang terjadi sepanjang menguruskan anak, dan membuat kerja-kerja rumah.
Waktu inilah yang terbaik untuk kita bercerita, isteri akan membuka mulut apabila kita mengorek dan bertanya betul-betul tentang keadaan dirinya, stress ke, perasaan okay ke tidak. Tanya betul-betul supaya kita tahu keadaan pasangan kita. Bagi isteri yang bekerja pula, pasti juga ada yang ingin dikongsikan bersama suami.
Contoh bila isteri luahkan, “Hari ini penat sangat jaga anak, nak buat kerja rumah lepastu anak ini menangis. Sepahkan itu ini, tak sempat nak makan atau sebagainya”.
Percayalah, ketika itu yang isteri mahukan adalah kata-kata penghargaan, “Terima kasih jaga anak-anak kita”, Bagitau kita sayang dia dan perlukan dia. Isteri akan merasa saaaaangat lega dan gembira. Biarpun ucapan yang sama disebut berhari-hari oleh suaminya. Perasaannya terasa dihargai dan difahami.
Dan ketika itu isteri akan merasakan bahawa hari esok adalah hari yang dinanti-nantikan untuk meneruskan rutin dan merasa bersemangat, kerana perkara terakhir yang dia dengari sebelum melelapkan matanya adalah kata-kata penghargaan dan sokongan dari suami.
Jika ada habit yang sukar diubah, seperti setiap malam sebelum tidur, mesti suami dan isteri akan mengadap telefon sampai dah betul-betul nak tidur dah, lepas tu wish “goodnight bye-bye”, kemudian terus lelapkan mata. Maka sangatlah rugi masa tadi tidak diisi dengan bersembang ‘quality time’ antara pasangan. Masing-masing senyap dan diam menghadap telefon bimbit, sibuk scroll sehingga kita tidak lagi bercakap dan bertanya khabar pasangan yang ada di sebelah kita.
Yang depan mata, tidak ditanya. Sibuk nak ambil tahu yang jauh. (Scroll instagram & fb, twitter).
Amatlah rugi
Semoga kita saling mengenali pasangan kita. Kenal yang betul-betul kenal, supaya suami atau isteri yang sedang mengalami depression pun kita perasan.
Selamat bersembang!
Ruqayyah Farhani.
Dr Ini Kongsi Petua Hilangkan Pening Dengan Cara Makan Dan Fizikal. Boleh Cuba!

Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Biskut Semperit Dahlia Nak Elok Bentuk Kelopaknya, Ada Tips Kena Tahu. Barulah Nampak Cantik Terletak!

Melihat sahaja biskut semperit yang terhidang, perkara pertama yang akan mata kita akan fokus adalah pada bentuk kelopaknya. Ada orang boleh buat nampak cantik sangat, macam bunga dahlia yang berkembang. Tapi tidak kurang juga ada yang ‘gagal’ membentuk adunan hingga menjadikan biskut semperit dahlia ini terlihat melepek dan tidak menarik.
Sebenarnya, ada tips dan petua untuk dapatkan bentuknya yang menarik dan ini telah pun dikongsikan oleh Jj, jom semak untuk pastikan kita dapatkan hasil kuih yang memukau!
Asik lalu lalang kan kite buat la… Pink tak boleh tak ada kalau saya la…. Hehehe
JJ copy paste resepi dan tips dari owner sila baca…. Untuk adunan jj tak guna mixer hanya guna senduk kayu…..
SAMPRIT DAHLIA versi susu
Sumber dari dapur Amatur
Di cuba oleh Jalilah JJ
250g buttercup
50g gula castor (JJ guna gula icing untuk lenggok bunga yang cantik)
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Masukkan buttercup dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkn susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh… dan doh ni SANGAT LEMBUT ye… Klau doh yang terhasil keras, maknanya sampai kat sini pun step dah tak betul… (pastikan sukatan betul)
4. Bahagikn doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal. Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi… sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
5. Boleh lah di tekan atas dulang yang telah di gris.
6. Bakar suhu 160°c selama 15 – 20 minit ikut kesesuaian oven masing-masing. Guna api ats dan bawah ye…
Cara hasilkan semprit berwarna
Posted by Jalilah JJ on Monday, 20 May 2019
TIPS dan SOALAN-SOALAN yang biasa DITANYA… (saya jawab siap-siap kt sini, so jangan tanya dah tau… Sila baca dengan nada yang penuh kasih sayang yee… hehee)
SOALAN : Kenapa pakai buttercup? Apa lagi jenis mentega yang boleh guna? Boleh tak pakai margerin biasa?
Jawapan : Boleh pakai ANCHOR untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai buttercup sebab lebih murah dan rasanya masih sedap… Jangan pakai margerin biasa, nanti rasa dia lari.
Tips : Bila keluarkan butter dari peti ais, rehatkan di luar sekejap supaya butter kita lembut sikit (tapi masih dalam suhu sejuk) kemudian baru gunakan.
SOALAN : Dalam resepi tak pakai telur? Kenapa?
Jawapan : Dalam resepi ni tak pakai TELUR… saya ulang, TAK PAKAI TELUR… sebab telur akan menyebabkan kuih samperit jadi sangat gebu dan lerai… samprit kita akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya…
SOALAN : Tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum.
Jawapan : Dalam resepi ni juga TAK PAKAI TEPUNG GANDUM. Kenapa? Dah memang resepinya begitu… hehee… inilah yang dinamakn resepi, betul tak?
Tips : Tepung gandum akan buatkan samprit keras bila sejuk… dan rasanya macam tepung jee…
SOALAN : Susahnya nk tekan samprit. Nk patah jari rasanya, nk buat mcmana ye?
Jawapan : Sebaik saja doh siap diadun, SEGERA tekan guna acuan ketika doh masih lembut.
Tips : Sentiasa tutup doh supaya tak keras. Adunan mudah mengeras kalau terdedah pada angin. Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkn 1 – 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati.
SOALAN : Kenapa samprit saya jadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar?
Jawapan : REHATkan dulu samprit yang dah ditekan. Jangan terus bakar. Saya akan biarkan bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar…. biar dia rehat lama-lama pon tk apa… lagi lama samprit kita terdedah pada angin, ia akan jadi lebih keras dan kelopak bunga samprit kita nanti akan lebih ‘TEGUH’… tak ada la kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau… bila dah dibakar nnti, samprit kita akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut. Kalau nak samprit kita cantik, kena la maintain saiz sentiasa yee…
SOALAN : Dah ikut tips di ats tp samprit sy ttp kembang lps dibakar. Macam mana ye?
Jawapan : Kalau setakat kembang sikit tu biasa la sis… Saya buat pun kembang gak sikit.
Tapi mungkin juga ada masalah dengan SUHU masa bakar.
Cuba fahami karenah OVEN masing-masing… kalau sebelum ni sis pakai suhu 160 tapi samprit masih kembang, cuba kurangkn ke 150 dan tambah masa membakar lagi 5 minit…
Kalau sebelum ni sis menggunakan rak yang bawah, kali ni cuba gunakan rak tengah oven tu…
SOALAN : Saya tak ada acuan macam tu. Boleh guna acuan lain?
Jawapan : Boleh je sis, sebab acuan tak mempengaruhi rasa… cuma mempengaruhi mata jee… Saya guna acuan ni sebab membentuk kelopak yang cantik.
Acuan ni saya beli kat kedai barang-barang kek. Kat pasaraya saya tak pasti ada ke tak.
SOALAN : Ada antara bahan-bahan ni yang saya tak ada… boleh tak saya ganti? Saya tak nak guna susu, nak guna gula sahaja… Saya tak ada tepung castard, saya ganti dengan tepung lain?
Jawapan : Soalan nak minta menderhaka pada resepi ni yang paling saya lemah nie… hahaaa …Jawab saya senang je…. Kalau tak cukup barang, jangan buat! Pergi beli barang dulu…
Kalau tak suka itu, tak suka ini dan nak ganti dengan bahan lain… jawabnya senang, cari resepi lain jangan guna resepi ni… (Hahaaa bahayanya sebab saya dah gelak sorang-sorang ni)
Fuhh… ok.. itu semua tips dan rahsia-rahsia saya menyamprit… dan saya dah turunkan semuanya buat sis-sis tersayang… Sorry panjang pulak saya berleter…
Yang penting nak buat apa pon kena ikhlas dan penuh kasih sayang… hehee…
Saya halalkan pada yang sudi nak share resepi ni…
Selamat mencuba…
sumber : Jalijah JJ via MAHN