Bagi yang suka membuat kek, pelbagai resipi baru nak dicuba kan. Bila menjadi memang seronok sangat. Asyik membakar sahaja sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak.
Bgai ibu-ibu yang nak bersihkan oven , sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.
Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.
1. GUNAKAN AIR
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan ovensupaya ia mudah untuk dibersihkan.
2. CUKA
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven.Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.
Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.
2. SODA BIKARBONAT
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan ovenyang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.
4. LEMON / LIMAU NIPIS
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.
Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.
5. SPRAY CUKA
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut. Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.
Ads
MUDAH & BERKESAN
Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.
Menyimpan pelbagai makanan dan bahan memasak di dalam peti ais adakalanya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Berikut di kongsikan 5 tips jaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.
1. Gunakan Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Gunakan Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Gunakan Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Gunakan Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5.Cuci terlebih dahulu
Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahun baru azam pun mesti baru kan, apa agaknya azam anda tahun ini. Ada tak yang nak menyimpan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Ramai yang mungkin memberi alsan sukar untuk menyimpan, ada sahaja perkara yang membuatkan hasrat tersebut tidak dapat dicapai. Tetapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan.
Nah, admin kongsikan tip oleh Wan Nor Adilahini yang sememangnya efektif dan dalam masa setahun berjaya mengumpul Rm4,074.
Menurut Adilah,pada tahun 2007, dia tidak berjaya menabung membuatkan dia nekad tidak mahu usik duit simpanan dan mula menabung pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2018.
– RM1 (simpan RM1 setiap hari. Setahun genapkan RM400)
– RM5 (Simpan setiap minggu 2 keping total, genapkan 108 keping jadi RM540)
– RM10 (simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100)
– RM20 (Simpan 2 keping setiap bulan jadi RM500 25 keping)
– RM50 (simpan setiap bulan genap. Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember total RM300)
– RM100 (simpan setiap bulan ganjil. Jun, Mac, Mei, Julai, September, November Total RM600)
– Duit syiling kalau ada masuk tabung
Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM4074. Insyaallah sambung lagi 2019. Ujar Adilah, dia bertekad untuk menyimpan seperti tahun lalu dan tidak mahu buat separuh jalan sahaja.
Lazimnya hidangan satay adalah menu yang wajib ada di pagi raya. Menu ini sememangnya menjadi kegemaran ramai yang enak dimakan bersama nasi impit atau ketupat nasi atau pulut.
Jika dahulu hidangan satay akan dibakar di atas bara api (dapur arang) kemudian di renjis sedikit minyak serta kena sentiasa balik-balikkan. Selain itu, ada juga cara masak satay dalam oven dengan api atas bawah. Semakin mudah cara nak masak satay.
Manakala menerusi facebook, Riena Eris berkongsi resipi bakar satay dengan menggunakan air fryer. Tak perlu menggunakan arang atau oven. Selain tu, rasa pun sedap!
IKUTI PERKONGSIAN INI
Gambar hiasan
1st trial homemade satay ayam dan daging versi air fryer di musim pkp puas hati. Kalo tak de af bako cam biase je ye pakai arang atau pun dalam oven
Tips nak dapat kan satay cantik berkilat, balik-balik satay dan sapukan madu, air dan minyak serai sikit.
Resepi Satay Isi ayam 1kg potong kiub Daging lembu 1/2 kg potong kiub Bhn blend Bwg putih 5 Bwg besar 1 Halia 2 inci Serai 4 Blend semua bhn kt ats then bahagikan 2 bekas tuk ayam & daging 2 sb jintan manis 2 sb jintan putih 2sb serbuk kunyit 1sb serbuk ketumbar 14 sb gula putih (x nk manis bole kurangkan) 3 sb gula merah
Daging dan ayam potong kiubIni bahan-bahan
Cara penyediaan:
Perapkan semua bahan-bahan tadi ke ayam ngan daging yg dipotong kiub sebatikan perap semalaman dalam peti ais lagi lama perap lagi sedap Cucuk satay dgn lidi & bakar dlm air fryer 40 minit suhu 180-200c
Perapan daging dan ayamPerap semalam dalam peti ais lagi sedap. Buat malam raya. Pagi raya dah boleh masak.Masak dalam air fryer
Mudah Aje Buat Kuah Kacang Air perapan satay tadi jangan buang boleh guna untuk kuah kacang cuma tambahkan 10 tangkai cili kering di blend & tumis 1 serai ketuk Kacang tanah yang digoreng & kisar Air asam jawa Masak sampai pecah minyak perasakan dengan gula & garam.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...