Nasi dagang dan nasi impit adalah salah satu menu yang popular di pantai timur. Menu ini tidak lengkap jika tidak ada sambal kelapa. Istimewanya sambal ini, ia menjadikan menu ini lebih sedap.
Kepada yang belum tahu cara membuat sambal kelapa ini, boleh ikut resipi ini. Mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan selayang@kembong
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk
Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai dihiris nipis
1 keping gula melaka – tumbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Rebus ikan dgn 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dgn air separas ikan.
(Panggang pun boleh)
2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.
3. Tumbuk bawang merah, halia dan serai.
4. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yg dah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka
5. Perasakan dgn gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing
Selamat mencuba!
Credit : Suhada Azid