
Nasi dagang dan nasi impit adalah salah satu menu yang popular di pantai timur. Menu ini tidak lengkap jika tidak ada sambal kelapa. Istimewanya sambal ini, ia menjadikan menu ini lebih sedap.
Kepada yang belum tahu cara membuat sambal kelapa ini, boleh ikut resipi ini. Mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan selayang@kembong
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk
Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai dihiris nipis
1 keping gula melaka – tumbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Rebus ikan dgn 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dgn air separas ikan.
(Panggang pun boleh)
2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.
3. Tumbuk bawang merah, halia dan serai.
4. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yg dah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka
5. Perasakan dgn gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing
Selamat mencuba!
Credit : Suhada Azid
Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Mak Mentua Lalu Pun Tak Perasan. Wow, Terlajak Mudah, Jom Cuba!

Rasa tak lengkap hidangan kalau tak ada Sambal belacan. Sebab itu, kalau nak makan kena ada menu i, barulah berselera kan?
Apabila ada menu yang satu ini barulah lengkap menikmati hidangan tengah hari. Silap-sila makan pun terlajak kalau sambal belacan benar-benar power. Terlalu menikmati dan melayan selera tak mustahil mak mertua lalu pun tak perasan. Inilah penangan sambal belacan.
Jadi kali ini kami kongsikan resipi sambal belacan yang disediakan oleh selebriti chef Sherson Lian untuk dicuba.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
30gm belacan
5 biji cili merah
5 biji cili padi
150gm bawang kecil
150gm tomato-dibelah empat
4 sudu besar jus limau kasturi
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil gula
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.
2.Kemudian gorengkan belacan seketika.
3.Masukkan bawang kecil dan tomato. Kacau lagi seketika.
4.Angkat bahan-bahan tersebut dan kisar dengan menggunakan pengisar.
5.Perisakan dengan jus limau kasturi, cuka, gula dan garam mengikut citarasa anda.
6.Hidangkan sambal belacan bersama ulam-ulaman.
Sediakan Sendiri Makanan Anak Bulus, Sebab Cara Ni Lagi Jimat!

Sekiranya makanan kucing yang kita berikan tidak digemari oleh kucing, reaksi pertama yang diberikan kebiasaannya kucing tidak akan makan makanan tersebut. Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai pemilik kucing hendaklah segera mencari apa yang digemari oleh kucing peliharaan kita.
Ini memandangkan kucing-kucing ini akan sanggup menahan lapar dari makan dan ini mungkin akan memudaratkan jika dibiar berlarutan. Oleh itu, apa kata kita cuba untuk sediakan sendiri makanan kucing dengan pilihan ramuan yang segar dan berkhasiat. malah apa yang lebih penting, kos untuk menyediakan makanan kucing lebih murah jika dibandingkan membeli yang sedia ada dipasaran.
Pun begitu perlu diingat, jika anda ingin menukar jenis makanan sedia ada ke jenis atau perasa yang baru, anda perlu memberikannya sedikit demi sedikit selama beberapa hari, untuk mengelakkan kucing menolak makanan baru dan untuk mengurangkan kebarangkalian stomach upset pada kucing.
Di sini ada dikongsikan cara untuk membuat makanan kucing yang berkhasiat dan pastinya digemari oleh kucing-kucing sebagaimana yang dilakukan oleh pencinta kucing Christine ini. Jom cedok ilmu!
“Sini saya share cara saya buat Wet food untuk anak bulus.”- Christine
Bahan-bahan :
Labu
Ikan Lumahan/ikan kembung besar
Agar-agar
Cara Penyediaan :
1. Labu dipotong dadu.
2. Bersihkan ikan Lumahan (ikan kembung besar).
3. Ini agar agar tali yang saya pakai.
4. Masukkan labu dalam belanga untuk direbus. Sukatan air, agak-agak ikut kuantiti labu dan besar periuk.
5&6. Labu dan ikan yang sudah masak, tunggu suam supaya senang asing kan isi.
7. Isi ikan dan labu sedia di lenyek,saya pakai tu potato smasher saja sebab tiada blender bah ni mami kucing. Exercise kasi sado tangan
8. Bahan yang siap dilenyek .
9. Masukkan agar agar tali 1 paket tadi di dalam air rebusan labu. Tidak perlu tambah air pun tidak apa.
10. Tunggu agar agar cair dan terus masukkan makanan yang sudah dilenyek. Tunggu 10 minit.
11. Siap untuk disejukkan sebelum masukkan dalam kontena (bekas).
12. Tadaaa, siap pun makanan anak anak bulus. Sedia dimasukkan dalam peti sejuk. Besok pagi boleh diberikan kepada anak bulus.
sumber : Christine Sindih Chirstopher
Petua Goreng Ikan Tak Melekat, Meletup & Rangup Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Mak-Mak Patut Cuba Ni!

Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit