Hakikatnya tidak ramai yang mengemari buah avokado ni. Di sebalik rasanya yang kurang menarik, tanaman ini mengandungi banyak kebaikan yang harus diketahui bersama.
Pokok Avokado atau nama saintifiknya “Persea Americana”. Kelebihan buah avokado yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.
Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado
1. Mengawal Tekanan Darah
Avokado merupakan sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2. Menggalakkan Kesihatan Mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
3. Melindungi Daripada Kanser
Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4. Menyembuhkan Nafas Berbau
Ads
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
5. Ciri-ciri Anti-Penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu mengingkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
6. Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaan untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
7. Mengekalkan Kesihatan Jantung
Ads
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandung vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
Minuman yang mempunyai tenaga dan banyak nutrien. Sesuai untuk diambil sebelum berpuasa atau melakukan Intermittent Fasting.
1. Kisaran isi avokado yang kaya dengan lemak sihat bersama susu segar Farmfresh.
Ads
2. Letak dua atau tiga sudu madu asli. Boleh gantikan 2-3 titik stevia.
3. Letakkan 2-3 sudu minyak zaitun OLIVIE.
4. Tambahkan secubit garam bukit.
3. Letakkan sikit air atau ais. Bertujuan untuk menjadikan berasa sejuk dan mengurangkan kepekatan air avokado tersebut.
Sesuai untuk 6-8 orang.
1) 3 biji avocado
2) 500 ml susu segar
3) 500 ml air sejuk
4) Secubit garam bukit
5) 2-3 sudu Madu atau 2-3 titik Stevia
6) 2-3 sudu minyak zaitun OLIVIE
InsyaAllah minuman avokado yang berkrim, bertenaga, bernutrisi dan sedap.
Kaya dengan tenaga, mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, vitamin C, E. Sesuai juga untuk wanita hamil dan menyusukan anak.
Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.
Sebelum ini tular tentang nama pelakon dari Singapura, Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof disebabkan beberapa faktor.
Rentetan daripada itu, isteri kepada pelakon tersebut, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal disebabkan konflik yang berlaku antara suaminya dan Aaron Aziz dan pengarah filem tersebut yang mula berpanjangan.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Diyana menjelaskan dia tidak menyangka akan melalui detik sukar sebagai pengurus kepada suaminya kerana beliau banyak menangis sepanjang pengurusan projek lakonan filem tersebut.
Menurutnya lagi, beliau tidak pernah berkongsi apa-apa di media sosial dan hanya bersikap tenang, namun kali ini hatinya sakit dan berasa terpanggil ke depan untuk mempertahankan suaminya.
“Ini bukan disebabkan rezeki yang ditarik balik sebab saya percaya Qada dan Qadar. Tetapi tindakan yang dikenakan sangatlah tidak sopan.”
Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon itu menjelaskan situasi ini banyak mengajarnya untuk melihat dengan siapa kita perlu meletakkan kesungguhan, dan dalam masa yang sama berbudi bahasa sangatlah penting.
Di perkongsian awal, Diyana mendedahkan suaminya mengalami kecederaan tulang belakang adalah berpunca dari penglibatan beliau dalam filem KL Gangster namun, posting tersebut dipadam dan diubah selepas ianya meraih perhatian ramai.
Tambah Diyana lagi, beliau bersyukur kepada Allah kerana melindungi suaminya dari meneruskan projek lakonan ini. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelindung.
Luahan daripada isteri Aaron Aziz telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat isteri pelakon itu.
Sumber : Instagram Diyana Halik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup ini perlu sentiasa berwaspada dan beringat, memandangkan hari esok kita tidak tahu apa akan terjadi kepada diri dan ahli keluarga kita. Itu sebab jugalah, orang tua-tua selalu berpesan agar sediakan payung sebelum hujan.
Begitu jugalah halnya dalam mempersiapkan keluarga kita sekiranya diri kita yang pergi dahulu mengadap Ilahi.
Andai ditanya, apa persiapan kita lakukan agar anak-anak dan pasangan tetap dapat hidup selesa tidak melarat?
Jika masih kabur tentang hal ini, elok kiranya kita baca perkongsian ini.
SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?
1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.
2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.
3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.
4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.
5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.
6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.
7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.
Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.
8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.
9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.
10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.
11. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.
Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.
Sumber : Azizul Azli Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.