
Perkongsian pelawak terkenal, Ajak Shiro untuk membuat kejutan kepada anak-anaknya pulang dari sekolah akhirnya tidak kesampaian apabila mereka belum sampai di rumah lagi.
Video dengan durasi beberapa saat itu serta kapsyen yang ringkas sudah memadai mengambarkan Ajak pandai melayani anak-anaknya.
Selain tegas dalam mendidik anak-anak, kadang kala, unsur humor kena ada juga agar anak-anak merasai kasih sayang kita sebagai ibu bapa.
Ikuti video Ajak yang kelihatan bersungguh-sungguh menunggu anak-anaknya. Mungkin cara ini boleh dipraktiks kan agar menjadi pemanis dalam keluarga.
Sumber: Instagram Ajak Shiro
“Selagi Masih Bernyawa, Saya Akan Jaga Dia”, Luah Wanita Ni Yang Telah Lama Anggap Dirinya Ibu Pada Anak OKU!

Menjadi seorang ibu bukan mudah, bahkan menjadi ibu juga bukanlah suatu beban. Begitulah apa yang dirasakan oleh wanita ini bilamana menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak OKU yang kini telah pun berusia 13 tahun. Kasih sayang dan layanan yang diberikan sama seperti menjaga anak sendiri.
Ikuti kisah sepenuhnya tentang kemurniaan hati wanita bergelar ibu ini sebagaimana dikongsikan oleh Sinar Harian.
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia”
“Selagi masih bernyawa, saya akan jaga dia,” itu luahan seorang ibu yang kini menggalas tanggungjawab menjaga seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU), Muhammad Danish Iskandar Abdullah, 13, yang ditinggalkan kepadanya sejak berusia empat bulan.
Noraini Muda, 43, dari Kampung Laut, di sini, berkata, biarpun pada mulanya agak berat hati untuk menerima ‘kehadiran’ anak istimewa itu, belas kasihan yang timbul kini telah menumbuhkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi.
“Saya agak berat hati untuk terima dan menjaga sepenuhnya anak ini disebabkan faktor ekonomi. Saya tak bekerja dan hanya mengharapkan wang daripada suami yang bekerja turun ke laut untuk tampung perbelanjaan kami sekeluarga.
“Lagipun, masa tu dua anak saya masih kecil dan bersekolah. Namun, apabila mengenangkan nasib, saya lapangkan dada, buka hati untuk reda dan terima sepenuhnya kehadiran dia di dalam hidup saya.
“Sehinggalah kini, kasih sayang terhadapnya tidak berbelah bahagi. Begitu juga suami (Rozmi Awang), 50 dan dua lagi anak saya (Muhammad Afifruddin) 25 dan (Muhammad Hasrol Hizam) 21,” katanya.
Anggap Anak Sendiri
Noraini berkata, dia juga telah menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya sendiri dan tidak mungkin akan pulangkan semula ke pangkuan keluarganya.
“Sayang… memang saya sayangkan Muhammad Danish. Saya tak akan bagi kepada orang lain. Kalau saya mati pun, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tak harapkan orang lain menjaga dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minum dia yang memerlukan penjagaan teliti,” katanya.
10 tahun ditinggalkan tanpa khabar berita
Mengimbau kisah bagaimana Muhammad Danish Iskandar boleh berada di bawah jagaannya, Noraini tidak menyangka permintaan ibu kanak-kanak itu supaya dia mengasuh selama sebulan sekadar ‘penyedap kata’.
“Mulanya dia hanya minta saya jaga anak dia selama sebulan saja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh anak orang.
“Tetapi, sangkaan saya meleset kerana daripada sebulan… jadi dua bulan, dan seterusnya, malah dalam masa dua tahun, dia hanya datang untuk membawa lampin pakai buang dan susu anaknya saja.
“Selepas tempoh itu, selama 10 tahun Muhammad Danish Iskandar di bawah jagaan saya, tak ada khabar berita dari dia. Saya juga gagal menghubunginya,” katanya.Muhammad Danish Iskandar hidap ‘celebral palsy’
Bercerita mengenai tahap kesihatan Muhammad Danish Iskandar, kata Noraini anaknya itu kerap mengalami sawan ketika berusia enam tahun.
“Masa tu kali pertama dia kena sawan ketika dalam jagaan dan saya terus bawa dia ke hospital.
“Dia kena tahan dan doktor ada maklumkan kepada saya penyakit yang dihidapinya.
“Sebelum itu saya tak tahu anak ini anak istimewa kerana ibunya hanya bagi tahu dia ada mengalami sawan dan lemas ketika dilahirkan.
“Tapi, saya dah boleh jangka sebab tumbesaran dia tak sama dengan kanak-kanak lain,” katanya.Bertemu ibu sebenar awal tahun lalu
Terbaharu, dia bertemu ibu kepada anak angkatnya itu ketika proses penukaran hak penjagaan ke atas kanak-kanak terbabit.
“Nak dijadikan cerita, masa nak buat MyKad Muhammad Danish ketika dia tahun lepas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) minta saya bawa ibunya sekiranya masih ada.
“Saya beritahu dah lama tak ada khabar berita daripada ibunya. Selepas itu, JPN berjaya menghubungi ibu kepada anak ini menerusi maklumat MyKad ibunya yang tertera pada surat beranak.
“Jadi, secara kebetulan, kami bertemu dan terus berbincang untuk urusan penukaran hak jagaan ke atas Muhammad Danish,” katanya.
sumber : Sinar Harian
“Lepas Main, Cuci Kereta Sama-Sama. Bonding Time.” Nak Keluar Rumah Tak Boleh, Ayah Ni Buat Buat Aktiviti Dengan Anak Dapat Pujian!

Bonding time…Bijaknya ayah ini main peranan ajak anak bersama buat aktiviti. Waktu PKP inilah ada masa untuk bersama dengan ahli keluarga.
Lepas main nanti sama-sama cuci kereta tu, main air pula, memang sesuai sangat aktiviti ni dengan anak-anak kan.
Cukup happening dan buat anak-anak gembira dan tidak rasa terkurung di dalam rumah. Lagipun kereta boleh cuci, momen dengan anak-anak itu akan menjadi ingatan dan di simpan untuk dikenang kelak.
Aktiviti si ayah ini memang lain dari yang lain. Bijak Daus IpinSenah’son menerusi page Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mengambil hati anak-anak yang bosan terkurung di rumah. Dia mengajak anak-anaknya bermain warna sambil cop tangan pada kereta. Nampak menyeronokkan terutama anak-anaknya.
Aktivti pkp.. nak kuar rumah tak boleh… Sel2 otak berhubung… Harta dunia dan harta akhirat..
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Pentingnya Doa Kehidupan Manusia, Kena Ada 4 Ini Ketika Memohon Kepada Allah. Ustaz Ini Kongsi Caranya.

Doa merupakan bahagian penting dalam setiap usaha manusia. Berdoa bererti kita memohon kepada Allah agar dapat memenuhi hajat dihati.
Doa juga bererti berbicara kepada Allah Ta’ala. Dengan berdoa maka segala urusan kehidupan hidup menjadi lebih mudah.
4 WAJIB ADA DALAM DOA