Bebola ikan kalau dimasak sup dan dicampurkan bersama sayur-sayuran terpilih yang menjadi kegemeran keluarga, nyata sudah cukup memberikan menu yang ringkas dan berkhasiat untuk santapan keluarga. Begitu juga bila bebola ikan ini dijadikan perencah di dalam masakan bihun goreng atau mee goreng, nyata bertambah enak rasa hidangan yang dimasak.
Apatah lagi andai bebola ikan tersebut disediakan sendiri dengan menggunakan isi ikan tenggiri yang segar, pasti keaslian rasa ikan dapat dinikmati sepenuhnya dalam setiap masakan yang dimasak. Malah tiada ada lagi keraguan timbul berkaitan status halal, mahupun tahap kebersihan bebola ikan yang dimakan.
Untuk itu, jom ketahui cara membuatnya sebagaimana yang dikongsikan di akaun Parmiati Binti Suyudi.
Resepi Bebola Ikan. Bersih, halal, lembut. Gebu, sedap,100% Homemade
..meh Ramai ramai buat sendiri..
Sedap ratah macam tu pun sedap.. Kalau suka boleh letak inti ketam, sotong. Ikan salmon dan cheese.. Goreng dan cicah dengan sos. Buat sup pun boleh. Goreng mee pun boleh semua boleh.
Bahan Bahan yang Diperlukan
2 kg Ikan tengiri, buang tulang dan kulit ambil isinya.
1 Cawan ice Bahan A
1 Cawan Tepung Gandum Faiza
1/3 sudu teh Baking powder
2 sudu teh garam
2 sudu Makan Gula kastor
2 sudu Makan lada sulah
1 sudu Makan lada hitam
Tapis semua bahan di atas dalam satu bekas.
Ads
2 sudu makan minyak bijan, kalau takde boleh letak Minyak masak biasa
1 biji telur dipukul
1 cawan air sejuk
Step 1 : Rebus Air dlm periuk
Step 2 : Kisar isi ikan dengan ice. Sedikit demi sedikit hingga habis.
Ads
Step 3 : Dah habis kisar semua, ikan letak dalam satu mangkuk. Masukkan telur dan minyak bijan. Kacau sebati. Saya guna hand mixer sebab nak cepat. Kalau takde boleh guna senduk.
Step 4: Masukkan air sejuk tadi dan kacau lagi.
Step 5: Masukkan semua bahan tapis kacau sebati dan gebu.
Ads
Step 6: Tangan Bungkus dengan plastic ke apa apa yg patut. Ambik sedikit
Step 7 : Tekan keluar macam ni.
Step 8 : Ambik sudu, congkel sama dia kohkohkoh . Masukkan dalam periuk rebusan air tadi. Rebus hingga bebola ikan timbul atau hingga masak .
Ramai antara kita kini menanggung kerinduan yang berat terhadap ibu ayah yang berada di kampung setelah sekian lama tidak dapat berjumpa. Bukan sahaja kerana jarak menjadi pemisah malah situasi semasa jangkitan Covid-19 yang semakin serius menjadikan kita perlu reda dan kekal patuh dengan SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan orang tua di kampung.
Berkongsi kisah tentang ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, sanggup tidak bertemu dengan ibu ayah walau telah berada di kampung halaman. Bukan caranya untuk dia dapat singgah dan bertemu orang tua yang begitu dirindui dengan pelepasan yang diberikan.
Sungguh walau kerinduan bersarang di hati, namun demi menjaga keselamatan orang yang paling disayangi, dr ini hanya melihat dari kejauhan sekadar menyampaikan kiriman Popia Simpul untuk mama.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tumpang bersedih dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh seorang frontliner ini.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah.
Popia Simpul Untuk Mama
Dua hari lepas aku ke Kelantan dari Johor Bahru atas urusan penting. Aku dapat surat kebenaran rentas negeri dari polis atas satu tujuan itu sahaja. Aku pastikan minyak kereta penuh bertujuan untuk tak singgah mana-mana stesen minyak untuk memastikan tiada langsung kontak sepanjang perjalanan.
Aku bertolak pukul 8 pagi kemudian tiba di Kelantan pukul 4 petang. Aku rehat di rumah sendiri semalaman sementara tunggu keesokan pagi untuk tujuan seperti diminta kebenaran rentas negeri.
Aku bawa satu bekas popia simpul yang dipesan oleh isteri untuk diberikan pada mama. Dalam perjalanan itu aku hanya memandang botol tu.
“Abang, nanti berikan pada mama kalu abang singgah. Gantung saja kat pagar rumah mama,” pesan isteri – bermain-main ditelinga.
Hati aku meronta-ronta mengenangkan mama dan abah yang jaraknya kurang 1 kilometer dari tempat aku. Nak jumpa orang tua tak boleh memandangkan tujuan rentas negeri atas urusan penting lain. Aku tak mahu ambil kesempatan dengan cara menipu.
Lagipun SOP keluarga kami perlu ‘self-quarantine’ 10 hari dan ‘swab test’ mesti negative baru boleh jumpa mama dan abah. Abah baru habis kemoterapi 3rd cycle dan mama pula berisiko tinggi dengan pelbagai co-morbid walaupun mama sudah mengambil dos pertama vaksin.
Mereka perlu dikuarantin di rumah supaya tiada langsung kontak dengan sesiapa. Lalu, pagi sebelum aku pulang ke Johor, hati aku sangat resah. Semalaman tak dapat lelapkan mata. Ya, terasa mama dan abah sangat dekat. Rumah mama hanya dalam perjalanan ke tempat urusan aku.
Aku pergi juga depan rumah dan hanya memandang kearah rumah mama. Nak lepaskan rindu setelah memandu 700km pergi dan 700km balik dalam tempoh masa 33 jam yang ada.
Aku berhentikan kereta depan pagar, lalu aku gantungkan popia simpul di pagar depan rumah. Kebetulan adik aku ada dihalaman rumah, dia ternampak dan ambil popia simpul tu.
Kebetulan juga aku ternampak kelibat abah.
“Abah! Abah! Adik mie nak balik JB dah! Lambai tangan skit abah!” Teriakku dari jarak sangat jauh.
Lantas aku naik kereta dan tak semena-mena mataku berkaca. Aku terus menangis dan air mata bercucuran. Aku rindu peluk cium abah dan mama. Aku bukan anak derhaka kerana tak mampu jumpa mereka walaupun aku seorang anak yang nakal dan tak dengar cakap orang tua. Ini adalah atas permintaan mereka.
“Jangan balik jumpa abah dan mama buat masa ni. Telefon saja ya.” Itu pesan mereka dan persetujuan semua adik beradik. Aku tak mahu bawa jangkitan COVID-19 kepada mereka walaupun aku sendiri adalah frontliner, aku berkelengkapan PPE penuh semasa menjalankan tugas. Lagipun aku sudah menerima 2 dos vaksin.
Aku menangis sepanjang perjalanan kerana tak tertahan lagi. Ya, aku lakukan ini demi putuskan rantaian COVID-19.
Lihat saja sekarang. Ada agamawan rentas negeri atas tujuan undangan, lalu singgah ke tempat untuk tujuan lain. Ada selebriti meLangkawi negeri, ada artis meNilai apa yang nak dibeli, kenduri kendara dan majlis ramai-ramai dikatakan penting takyah cakap.
Kalian tengoklah kereta dijalanan atau highway sekarang. Ramai-ramai ni nak bawa balik COVID-19 new variant beraya dikampung ke? Aku merayu sekali lagi, patuhlah SOP. Mari kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh hati dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Dr ini dan mengharapkan agar semua antara kita faham dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Melayan selera anak-anak dan suami menjadi satu kepuasan bagi seorang isteri. Apatah lagi jika semua resipi yang dimasak ‘menjadi’ dan enak pula rasanya. Memang puas hati!
Jadi apa kata sekiranya seisi keluarga gemarkan makan kek, oleh itu kita jamu mereka dengan kek brownies yang enak ini.
Menyediakannya juga cukup mudah, apatah lagi bila menggunakan sukatan cawan, sesiapa pun boleh buat.
Jadi jom kita lihat resipi yang dikongsikan ini.
Alhamdulillah menjadi lagi..resepi yg sama pernah sis kongsikan dalam group ini..ada yg pernah buat ikut resepi sis kh mesti menjadikan..
Cuma kali ni sis guna majerin sbb tu saja yg ada di dapur sis skg..sis share balik resepi yg sis guna ya
*Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan*
*Bahan A*
1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja)
1 cawan dark chocolate Beryl’s
*Cara*
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
*Bahan B*
1 cawan gula perang
2 biji telur Gred A
*Cara*
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
*guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
*Bahan C*
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan
*Cara untuk satukan smua bahan*
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8″x8″. Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.
Selamat mencuba (^_^)
Hebat rasanya kalau kulit wajah kita yang berusia ini bila disentuh terasa lembut seperti kulit bayi. Tentu wajah juga akan terlihat awet muda dan menawan.
Nak tahu apakah caranya, jom ikuti petua yang diamalkan oleh wanita ini untuk penjagaan kulit wajahnya kekal halus dan mulus.
“PETUA KULIT MULUS BAK BAYI”
Actually petua ni bukan ayu yang reka tapi beberapa tahun lepas masa kerja cashier drugstore ade customer nak bayar bagitau.So kita credit akak tu la ye.
Bahan-bahan :
Tomato
Minyak bayi
Cara Penyediaan :
1. Hancurkan tomato dan titiskan minyak bayi. Pastikan jangan terlalu halus untuk mudah disapukan pada seluruh wajah.
2. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Boleh juga dibiarkan semalaman.
3. Setelah itu cuci bersih dan kesannya dapat dilihat wajah terlihat pinkish berseri dan kulit wajah terasa lembut.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.