“Bebel Sambil Nangis, Curahan Hati Sungguh.” Anak Luah Perasaan, Warganet Minta Sharnaaz Ahmad Letak ‘Subtitle’!

Share

Memasuki usia dua tahun lebih, Jebat Jayden yang merupakan anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering menjadi tumpuan ramai. sementelah si ayah dan ibunya sering memuat naik perkongsian mengenai anak sulung mereka ini di laman instagram masing-masing.

Walaupun belum fasih bercakap namun gelagatnya sering membuatkan ramai terhibur. Baru-baru ini, Sharnaaz memuat naik satu video berdurasi 2 minit menunjukkan Jayden sedang menangis di dalam kereta.

Di dalam video berkenaan jayden meluahkan perasaannya sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa punca menyebabkan si kecil itu menangis kerana tidak memahami butiran percakapannya.

Berat mata melihat, Berat lagi masalah negara jebat jayden.

Demikian kapsyen yang ditulis Sharnaaz tanpa menerangkan situasi yang berlaku pada anaknya itu.

 

Rupa-rupanya Jebat mahu bermain permainan boling di dalam kereta namun dalam masa yang sama tidak membenarkan ayahnya memberhentikan kereta. Apa yang membuatkan Jayden menangis apabila pin bolingnya akan terjatuh apabila kereta tersebut bergerak.

Sambil menangis Jayden ‘membebel’ kepada ayahnya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang diperkatakan oleh anak lelaki pelakon berkenaan.

jayden yang belum fasih bercakap tetapi tetap berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Sharnaaz dengan menggunakan bahasa ‘asing’.

Ramai yang terhibur dan bersimpati terhadap Jayden. Dalam masa yang sama, ada yang meminta Sharnaaz dapat meletakkan subtitle supaya mereka dapat memahami apa yang dikatakan oleh Jayden.

zizanrazak869 Tunggu keluar netflix baru ade subtitle ni. Sabar sikit lg…
beto_kusyairy Ya Tuhan…curahan hati sungguh!
elizadsharifuddin Nampak berat sungguh masaalah Jebat nih . Haha. Comey sungguh !
msmaia379 Comey dia dok kata tak boleh nangis sambil tunjuk jari tapi dlm dok kata nangis jugak. Haha comey. Treasure this moment mamu, nanti depa besaq kita akan rindu moments2 ni semua
niesyasyazandrieana Ya allah xtau la aunty nk sedih ka nk gelak, nampak berat sgt masalah hebat nie😘 apa laaa y dia geram sampai sakit hati sgt tu yaaa jebat
momoromolo Penuh dengan penceritaan & pengharapan dalam tangisan. Syahdu sungguh Jebat 😅 anak aunty pun stress klu pin tu jatuh sblm waktunya.
Bang kami perlu subtitle
azlin_sha Berat mata memandang……. Jebat dh meluahkan rasa dia tue😂😂
faradianaadnan Ada subtitle tak jebat utk video nie 🥰😂
nik_mohd_azri Bang kami perlu subtitle utk penerangan permasalahan jebat 😂😂
nr.hiidaayaahh Sedihhh sungguh tu 😂😂😂 nk main benda tu dlm kete aduhaiiiiiii budak comel betul @sharnaazahmad
@noornabila
Panjang curhat Jebat
skinny.pndaa Tengok sampai habis, pastu translate kan 😂
qibstakeaway Dia nak apo tu?? Haha kesiann nye dia.. Cuteee la jebat nangis sambil marah2 tu. Panjang sungguh curhatttt jebat. Haha.

Sumber sharnaazahmad