“Beauty With Brain”. Graduan Cemerlang UMS Nyanyi Lagu Shila Amzah Raih Perhatian

Share

Ini namanya ‘beauty with brain’. Bukan sahaja cantik tetap cemerlang dalam bidang akademik.

Malah mempunyai suara yang mempersonakan juga adalah kelebihan yang jarang dimiliki oleh semua orang.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Tular  di media sosial seorang graduan terbaik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dipilih untuk memberikan ucapan telah menambah ‘seri’ di penghujung kata-katanya.

Pelajar berkenaan, Kristy Samunting difahamkan terpilih menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24 dan terpilih untuk memberikan ucapan pada hari tersebut.

Seperti pelajar yang lain, Kristy yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada mulanya menzahirkan rasa syukur serta memberi kata-kata semangat kepada graduan lain yang berada di dalam dewan.

Namun apabila menghampiri kata-kata akhir, Kristy membuat kejutan kepada semua pihak dengan menyanyikan serangkap lagu Shila Amzah bertajuk Memori Tercipta membuatkan ramai yang terpesona dengan suaranya.

Momen indah itu dapat ditangkap semasa siaran langsung Majlis Konvokesyen UMS yang disiarkan di laman Facebook UMS pada minit kira-kira 02:41:37.

“Saya mengakhiri ucapan saya, bukan dengan serangkap pantun tetapi dengan serangkap lagu.

“Mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama takkan ku lupa..” nyanyi Kristy mengakhiri ucapannya

Tindaknnya itu berjaya menyentuh hati para graduan di mana detik-detik indah mungkin terbayang di saat Kristy menyanyi rangkap lagu yang membawa seribu maksud, ditambah dengan bunyi latar belakang yang didendangkan.

Kristy merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) dan merupakan pelajar pertama ASTiF yang menerima anugerah istimewa itu.

Memetik Awani, Kristy terkejut dirinya diberi anugerah tersebut kerana kebiasaannya ia akan disandang oleh pelajar dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi, akaun dan sebagainya.

“Saya mahu buktikan kepada orang ramai, walaupun mengambil seni muzik bukan bermakna hanya mampu menjadi artis sahaja, namun ada lebih banyak cabang lagi kita mampu lakukan dalam dunia seni ini,” katanya memetik Awani.

Kristy merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik dan berbangsa Kadazandusun.

Sumber: UMS/Facebook & Awani

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club