HomeKekeluargaan“Bayi Perempuan Dia Baru 4 Bulan, Tak Sempat Merasai Ciuman & Dakapan...
“Bayi Perempuan Dia Baru 4 Bulan, Tak Sempat Merasai Ciuman & Dakapan Arwah.” Lelaki Maut Perselisihan Di Jalan Raya, Isteri & Keluarga Redha, Mahu Keadilan Sewajarnya
Insiden pergaduhan yang akhirnya membawa maut kepada Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29 benar-benar mengejutkan semua pihak. Arwah yang meninggal dunia dilanggar kereta selepas kejadian perselisihan faham dengan pemandu lain di susur Bandar Baru Bangi turut memberi kesan kesedihan amat mendalam terhadap ahli keluarganya.
Lebih memilukan, arwah yang berkahwin tahun lepas dan mempunyai seorang anak yang hanya berusia 3-4 bulan yang belum sempat mengenali wajah dan mendapat kasih sayang daripada ayahnya.
Sementara itu, adik ipar arwah, Zafri Amier melalui akaun media sosial miliknya meluahkan rasa kehilangan atas pemergian Danial yang disifatkan sebagai seorang yang prihatin terhadap keluarga.
“Masih rasa seperti ini semua mimpi buruk. Saya sangat rindukan abang Dan. Abang dalam perjalanan balik bawakan kami piza, tapi tuhan lebih sayangkan abang. Berehatlah dengan tenang, abang. Saya sayang abang.
“Paksu janji, paksu akan jaga awak dengan baik Sharifah Dian Malika binti Syed Muhammad Danial, paksu akan sentiasa ada untuk awak macam mana baba ada untuk awak,’ ujarnya lagi yang berjanji mahu menjaga anak saudaranya itu.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang, semalam.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.
Ads
“Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
Katanya, dia mengakui ahli keluarga menerima pelbagai spekulasi berkaitan kejadian menimpa menantunya itu berikutan penyebaran status serta video yang dimuat naik di media sosial sejak semalam.
“Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
Ads
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran.
“Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya.
“Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan.
“Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya..
Menurut, Mohd Rozhan lagi, mereka redha dan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa polis untuk menyiasat tragedi yang menimpa menantu kesayangannya itu.
“Saya terima keadaan ini (pemergian Muhammad Danial) dan serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan. Saya berharap kematiannya dapat keadilan sewajarnya.
Ads
“Cuma kami sekarang sangat sedih keadaan bayi perempuan dia baru 4 bulan tidak sempat merasai ciuman dan dakapan arwah. Jadi saya perlu menguatkan diri demi cucu dan anak perempuan saya demi kelangsungan hidup dan masa depan cucu saya.
“Anak perempuan saya (balu arwah) tenang menerima pemergiannya dan kita sebagai Islam menerima qadak dan qadar, sebagai ibu bapa kami yang perlu tabah dan kuatkan diri demi masa depan anak cucu,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas upacara pengkebumian Allahyarham di Tapak perkuburan Islam Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota di sini.
Mohd Rozhan berkata, Allahyarham merupakan anak yang baik dan begitu menghormati orang tuanya.
“Menantu ini (Muhammad Danial) adalah seorang Hafiz yang hafal al-Quran, sangat hormati orang tua.
“Walaupun dia tinggal dengan saya di sini Bandar Putra, setiap minggu dia tak pernah lupa bawa keluarga kecil mereka jumpa emak dia Shah Alam dan itu rutin setiap Jumaat selama lebih setahun ini,” katanya sambil sebak mengenangkan arwah.
Menurutnya, arwah dan isterinya menuntut bersama di United Kingdom sebelum mendirikan rumah tangga dan kedua-duanya bekerja sebagai pengurus bank.
“Arwah bekerja sebagai pengurus di Ibu Pejabat Maybank di Jalan Tun Perak manakala anak saya (balu arwah) Pengurus bank United Oversea Bank (UOB) di Jalan Melaka,” katanya.
Katanya, semasa kejadian arwah dalam perjalanan balik ke Bandar Bukit Mahkota dengan membawa piza.
“Saya terjumpa pizza yang dibelinya dalam keretanya di lokasi kejadian semalam,’ katanya sebak.
Sumber: harian Metro & MalaysiaGazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada sikap memberi dan menerima dari kedua belah pihak baik suami mahupun isteri tidak boleh hanya sekadar menerima namun tidak mahu memberi. Itu menyebabkan rumah tangga menjadi pincang sekali gus mengundang konflik.
Usah terlalu membiarkan isteri melakukan semuanya sendirian, mungkin ada antara wanita yang suka berdikari namun kena ambil tahu juga. Elakkan ego yang tinggi melangit, andai berlaku perbalahan usah dibiarkan berpanjangan.
Isteri merajuk minta dipujuk namun suami hanya endah tak endah sahaja patut membaca perkongsian dari wanita bernama Marliya Ramli. Hadam apa yang ingin disampaikan.
SUAMI YANG PAPA KEDANA.
1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.
2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang. #apeni
3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.
4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.
5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.
6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.
6 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?
7 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…
8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.
9 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.
10 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.
11 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.
12 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.
13 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.
14 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.
Sekali sekala menarik juga kita layankan selera anak-anak yang suka makan coklat bar dengan kita buat sendiri ramuannya. Tidak susah mana pun untuk membuatnya dan menariknya lagi kita boleh masukkan bahan-bahan seperti kekacang, buah-buahan kering atau sebagainya mengikut citarasa yang diingini.
Tidak dengan itu, pelbagai jenis bentuk boleh kita hasilkan dengan menggunakan acuan tertentu dan ini akan menarik minat anak-anak untuk menikmati coklat dengan rasa yang lebih menyeronokkan.
Jadi, apa kata kita ketahui dahulu resipi membuatnya sepertimana yang dikongsikan oleh Nenie Suehoney untuk menyediakan Bubble Rice Choco Bar, Selamat mencuba.
BUBBLE RICE CHOCO BAR
BAHAN BAHAN
500 gm chocolate masakan (sue guna milk compound brand berry’s)
25 ml Minyak masak (optional~tak letak pun xpe~letak myk, choc cepat melt)
bubble rice secukupnya
***boleh juga letak kismis/kekacang
PENYEDIAANNYA
1. Bakar (dalamm oven) bubble rice pada suhu 120°c selama 10min lebih kurang/sehingga rangup…ketepikan
2. Double boil chocolate masakan sehingga cair sepenuhnya….masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit choc ke dalam mould/cetak
4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.
5. Tuang coklat yang dicairkan tadi ke atas bubble rice sehingga menutupi keseluruhan permukaan…hentak-hentak sedikit mould untuk ratakan.
Ektra tip : Pastikan choc suam2 kuku sebelum tuang ke atas bubble rice utk elakkan lemau
6. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika…. Dah sejuk/beku…boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia dimakan.
Ektra Tip : Sue letak minyak masak sikit, jd nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras… Just nice macam kita beli dekat kedai.
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak telalu pedas, pastinya juga turut digemari oleh anak-anak.
Nak buat sendiri Sos Thai yang sedap dan tahan lama? Tak susah pun, cuba dulu resipi yang dikongsikan oleh Nurul Mansor. Bukan je sedap malah tak guna banyak bahan.
nak bagitahu..
tadi sis buat sos thai tu sendiri..
grill lokching kelate ni,kirim dengan member beli di klate.. dap sungguh sos ni,pedas manis masam..sebijik macam g makan dekat padang besar aritu.
nak resepi sos thai ke?
dah edit resepi ni…
Bahan-bahan
cili besar 4biji
cilipadi merah n hijau campur je segengam
bawang putih 6ulas
*kisar 3bahan di atas ni
gula secawan
cuka secawan
garam 1sudu kecik
Cara membuat:
*lebur je semua atas kuali.kacau mendidih.slow api.masuk air bancuhan tepung ubi . siap!!
mudah je haih.
*tepung ubi 1sudu je.air bancuh ikut suka.janji dia lebur.jangan masuk serbuk tepung dalam sos.nanti berketul.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.