Setiap pasangan suami isteri menantikan kehadiran si kecil dalam hidup mereka. Timbul rasa berdebar dan dalam masa yang sana teruja setiap kali melihat perkembangan si bayi termasuklah mengetahui jantina bayi ketika membuat imbasan.
Bagi pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil lapan bulan mengakui masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan itu.
Ain, 30, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, setiap kali membuat pemeriksaan dan imbasan, bayi dalam kandungan ‘menyorok’.
” Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan, bayi saya sangat ‘pemalu’. Susah betul saya nak tengok muka. Buat pemeriksaan 3D pun, memang tak boleh tengok, dia asyik menyorok saja.
” Doktor selalu cakap anak saya pemalu, tapi doktor mungkin lupa saya tak pemalu. Mungkin ikut bapa dia,” jelas Ain berseloroh.
Meskipun suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dikenali dengan sifat pemalu, Ain bagaimanapun menganggap suaminya itu sebagai pembawa tuah dan rezeki dalam kehidupan mereka.
” Saya anggap banyak rezeki selepas kahwin ini disebabkan Mirul. Bagi saya, he is my lucky charm… dia bawa rezeki kepada keluarga kami.
Ads
” Memang susah sangat nak tengok. Itu yang saya tak sabar nak bersalin dan tengok wajah bayi. Jantina pun tak tahu, bukan tak nak beritahu, tapi memang tak nampak.
” Seronok juga tak tunjuk jantina, sebab orang sekeliling saling berteka-teki mengenai jantina bayi dalam kandungan saya” ujar Ain lagi.
Ain yang dijangka melahirkan bayi pada 25 mei ini berharap dapat melahirkan anak secara normal.
” Sekarang usia kandungan sudah lapan bulan dan saya sangat gementar, Insya-Allah bulan depan bersalin. Doktor kata dalam 22 Mei, tapi saya menjangkakan lebih awal dari itu.
Ads
” Perasaannya sangat takut. Saya jumpa ramai kawan yang baru bersalin dan tanya perasaan dan pendapat mereka secara pembedahan atau normal.
” Ini kerana ramai cakap akan sakit, tapi saya tidak tahu apa perasaan sebab tidak pernah ada pengalaman bersalin.
” Walaupun takut, tapi teruja juga sebab nak tengok bayi macam mana. Tak sabar nak tengok muka macam mana.
” Kalau boleh nak cuba bersalin normal. Sebab lepas saya bersalin nanti dan tamat tempoh berpantang, saya terus masuk penggambaran JKK musim terbaharu.
Ads
” Kalau dapat bersalin normal senanglah saya nak jaga. Orang kata normal lebih senang sembuh jika dibandingkan dengan pembedahan,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Disember 2019 dan Ain telah mengumumkan kehamilannya pada 29 November tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah yang selamat menimang cahaya mata ketujuhnya di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya Zaquan Adha yang memberitahu isterinya melahirkan anak ketujuh mereka iaitu bayi lelaki pada 2 Ogos tengah hari semalam.
Zaquan juga turut memuat naik gambarnya yang setia menemani Ayu di dalam wad semalam.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Ayu tengah rehat, saya pula nak balik rumah untuk uruskan uri anak.
“Untuk suami di luar sana, biarlah kita yang uruskan, cuci dan tanam.
“Selain itu, saya juga nak ambil kakak dan juga abang-abang yang lain untuk tengok reaksi mereka dengan baby baru,” katanya menerusi Insta Story.
Paling istimewa, kelahiran anak baharu ini juga sebagai hadiah hari jadi ke-38 buat Zaquan.
Zaquan juga turut menerima ucapan hari lahir dan sebiji kek bagi meraikan bersama-sama bayinya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki kulit wajah yang halus dan licin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.
Kulit wajah yang kusam dan beberapa butir jerawat di wajah sahaja pun sudah memberi kebimbangan. Risau jika jerawat makin bertambah.
Tidak dinafikan kulit yang cantik dan menjadi idaman kebanyakan wanita seperti licin, tegang, anjal dan tampak kemerah-merahan.
Oleh itu, ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit ke pusat kecantikan. Malah memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli alat soleh untuk menutupi cela di wajah.
Namun, untuk kekal cantik bukan hanya bergantung kepada solekan semata tetapi dalaman juga harus diberi perhatian agar wajah kekal cantik walaupun tanpa solekan.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.
JUS TOMATO SUSU UNTUK KULIT GLOWING
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita. Kali ni mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihan nya bulak boleh di buat ice cube untuk buat masker
Bahan dan Cara Membuat :
Buah tomato 1 biji Susu rendah lemak 200ml 1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato. 2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Khasiat
Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
Menjaga kesihatan ni satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semulajadi. Selamat mencuba!
Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu. Bayi perempuan itu dilahirkan pada 7 November lepas.
“Dah bersalin beberapa hari lepas, cuma kongsikan hari ini. Yana akan berpantang di kampungnya di Johor,” katanya ringkas.
Terdahulu, Fadzil turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, suami Yana memuat naik gambar mereka sekeluarga. Yana dilihat mendukung bayi perempuannya yang masih belum dikongsikan wajahnya lagi.
Sementara itu, Yana dalam satu hantaran di Instagram miliknya juga turut memaklumkan dirinya akan berehat daripada dunia permainan video.
Assalam korang… alhamdulillah ABC dah selamat lahirkan baby gaming 🤣 & its a girl….👧🏻
Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan…semuanya telah dipermudahkan..
Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat & all the team.. servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga… bersalin di sini siap dapat hadiah carseat & gubahan bunga buah buahan 😀 utk Merdeka hingga Dec hujung tahun.
Alhamdulillah sekali lagi yana doakan buat ibu ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama & seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT…
Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari event, shooting & game streaming, #EnKetuaRumah @fadzilzahari & @aisymateen akan teruskan stream🎮, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu.” Tulis Yana di kapsyennya
Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.