Bayi mirip Tengku Mahkota Pahang, Muhammad Arshaka popular di media sosial, Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju. Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikTok meraih perhatian ramai.
Bayi Mirip Tengku Mahkota Pahang, Muhammad Arshaka Popular Di Media Sosial
Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan mula mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.
Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.
Ads
“BAGAIMANAPUN, WAKTU UMUR LIMA KE ENAM BULAN, SAYA ADA KONGSI SATU VIDEONYA DI TIKTOK DAN RAMAI TINGGALKAN KOMEN MENGATAKAN WAJAH ANAK SAYA MIRIP TENGKU HASSANAL.
“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.
“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.
Tengku Ampuan Pahang Pun Setuju
Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.
LEBIH MEMBUATKANNYA TERHARU APABILA MENDAPAT KOMEN DARIPADA BONDA TENGKU HASSANAL IAITU TENGKU AMPUAN PAHANG, TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.
“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“SETAKAT ITU SAJA DAN JUJURNYA, SAYA DENGAN SUAMI BERHARAP DAPAT BERTEMU TENGKU HASSANAL, KALAU BOLEH NAK BERGAMBAR SAMA UNTUK KENANGAN CUMA BELUM ADA KESEMPATAN,” KATANYA.
Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.
“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).
Ads
“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.
18 haribulan lalu menandakan sudah genap tiga tahun penyanyi, Bunga Citra Lestari kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, pelantun ‘Wanita Terbahagi’ ada berkongsi di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia bersama-sama ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Noah Sinclair, 14, hadir menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di Jakarta, Indonesia.
Dalam perkongsian tersebut, Bunga yang memakai jubah berwarna merah jambu sedondon berselendang turut menghiasi kubur Allahyarham dengan kelopak bunga-bungaan segar.
“Hey you, anaknya (Noah) udah gede nih (anak kita sudah besar ni)”, tulis Bunga seakan-akan berbicara kepada arwah suaminya.
Dalam pada itu, Bunga turut memuat naik kata-kata pujangga popular yang disebutkan pakar psikatri serta aktivis kemanusiaan terkenal, mendiang Elisabeth Kubler-Ross dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dalam hidup.
“Realitinya, kamu akan sentiasa berduka cita.
“Kamu tidak akan sama sekali dapat melupakan kehilangan orang tersayang, sebaliknya kamu akan cuba belajar untuk terus kuat untuk hidup tanpa mereka.
“Kamu akan pulih dan kembali bangkit di sebalik kehilangan yang terjadi.
“Kamu akan jadi kuat semula, tapi ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi.
“Walaupun begitu, kamu tetap jalaninya juga demi hari-hari mendatang,” tulis Bunga memetik kata-kata Elisabeth yang menulis tentang lima peringkat kesedihan yang akan dilalui individu akibat kehilangan insan tersayang.
Betul ke belikan anak mainan satu pembaziran? Bagi sesetengah ibu bapa, membelikan anak mainan mungkin dirasakan satu pembaziran. Tak kurang juga yang merasakan hanya buat sepahkan rumah.
Menurut Dr Redza Zainol, hakikatnya mainan sangat membantu perkembangan minda anak-anak kecil kita. Bukan hanya otak bahkan, kekuatan fizikal seperti jari jemari juga turut dirangsang sebaiknya dengan hanya bermain. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
“Eh, betul ke ni?”
Anak kecil ni dirujuk ke klinik kanak-kanak sebab masih belum boleh bercakap. Bila diambil sejarah pesakit, rupa-rupanya dia cuma bermain dengan 1 biji bola saja di rumah.
“Dalam rumah puan cuma ada 1 biji bola untuk anak main? Tak ada apa-apa permainan lain?” saya cuba mencari kepastian.
Ibunya kata memang tak ada. Tercengang juga saya sebab mereka bukan dari keluarga yang susah. Saya duk terbayang anak ni main dengan sebiji bola tu setiap hari, setiap minggu.
Kanak-kanak kerja mereka ialah bermain dari pagi sampai ke malam. Kalau boleh sampai tak nak mandi, tak nak makan sebab nak sambung bermain.
“Permainan apa yang saya patut beli untuk anak?” tanya ibu ni.
Mungkin baru tersedar yang dirinya kurang ilmu tentang perkembangan anak.
Antara permainan asas yang bagus untuk anak ialah blok.
✔️ memperbaiki skil anak menggunakan otot jarinya.
✔️ asas kepada imaginasi dan pembinaan dalam fikiran anak.
✔️ belajar konsep saiz, berat, bentuk dan konsep stabil.
1) Fasa pertama
Pada awalnya, anak sekadar pandai mengalihkan blok dari satu tempat ke tempat lain.
2) Fasa kedua
👉🏻 Usia 15 bulan – bina menara setinggi 2 blok
👉🏻 Usia 18 bulan – bina menara setinggi 3 blok
👉🏻 Usia 2 tahun – bina menara setinggi 6-7 blok
👉🏻 Usia 2.5 tahun – bina menara setinggi 7-8 blok, bina blok berbentuk keretapi.
3) Fasa ketiga
👉🏻 Usia 3 tahun – bina menara setinggi 9-10 blok, bina jambatan menggunakan 3 biji blok.
✅ Untuk anak yang suka membaling, belikan “foam block” yang ringan. Tak ada lah kes anak tercedera.
✅ Untuk anak yang dah pandai mendengar arahan, boleh belikan blok kayu.
✅ Pilih blok yang ada pelbagai warna, bentuk dan saiz. Sambil bermain, boleh belajar kenal warna, bentuk dan saiz.
✅ Pilih blok yang boleh buat binaan bebas (tak terikat pada bentuk yang spesifik).
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kehidupan selesa, bukan bererti hidup didalam banglo serba mewah dengan 10 bilik serta dekorasi yang menawan.
Ada yang mempunyai kediaman yang sederhana dan sempit sudah cukup membahagiakan buat dirinya.
Hakikatnya rezeki setiap manusia, berbeza dengan manusia yang lain. Kehidupan selesa mempunyai pelbagai definisi buat kita semua.
Ada orang cukup baginya lalui kehidupan tanpa bergantung pada orang lain dengan memiliki rezeki dengan baik untuk keluarganya.
Begitulah yang digambarkan sebuah keluarga ini menerusi perkongsian di facebook milik puan Ina Mat Isa. Biarpun hanya mempunyai keluasan rumah hanya 20 X20 dengan satu bilik dan satu bilik air,tetap meluahkan rasa syukur memiliki kediaman sendiri.
Biarpun mengambil masa dua tahun, untuk siap sepenuhnya, keluarga ini tetap meraikan kediaman milik mereka ini yang serba sederhana. Moga ada rezeki, buat keluarga ini besarkan rumah kemudian hari.
Apa yang jelas, keluarga ini bahagia mengikut caranya tersendiri. Biarpun rumah kecil dan serba kekurangan, namun itulah ‘syurga’ buat keluarga ini.
Rumah kecil kami sekeluarga, keluasan 20×20, amik masa hampir 2 tahun untuk siap sepenuhnya. 1 bilik dan 1 bilik air. Dari buat beam, ratakan tanah 10 lori tanah 3 tan, angkat tiang, ikat bata, buat berdua dengan suami,.kecuali part last ikat bata bilik dan buat bilik air, plasta bahagian dalam dan lantai upah orang.
Baru duduk lebih kurang 4 bulan, masih lagi tiada bekalan elektrik ( kami guna lampu solar), air guna tubewell pun korek sendiri berdua dengan suami.
Alhamdulillah rasa seronok sangat dapat duduk rumah sendiri, walaupun kecil namun sangat selesa untuk kami 5 beranak.
Dapat bantuan NGO
Saya edit sedikit. Sebahagian dari bahan binaan kami dapat sumbangan dari hardware, masa tu kami dah bina separuh, kemudian ada NGO datang melawat (saya ada 3 anak istimewa, seorang dah meninggal awal tahun lepas), dengan bantuan ngo kami dapat sumbangan bahan binaan. Total kos ( termasuk bahan binaan yang di sumbangkan) dalam 15k untuk siapkan rumah ni.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.