Alangkah hibanya hati bila melihat bayi seusia 54 hari pergi meninggalkan dunia akibat dari kecuaian keluarga sendiri. Lebih memeritkan apabila perbuatan itu sudah dihalang namun ada yang berdegil meneruskan juga.
Kisah ini terjadi di Indonesia apabila seorang bayi yang telah disahkan menghidap jangkitan kuman dan sesak nafas.
Pada awalnya, ibu kepada bayi tersebut ingin membawanya ke pusat rawatan berhampiran namun dihalang oleh keluarganya. Mereka berpendapat penyakit tersebut boleh diubati dengan minuman tradisional sahaja.
Meskipun dihalang, keluarga Puan Aya masih berdegil memberi bayi tersebut air air ramuan herba campuran daun kacang botol serta kencur walaupun sudah diberitahu bahawa ramuan tersebut tidak sesuai untuk bayi, tetapi keluarga tidak mengendahkan malah tetap memberikannya kepada bayi tersebut.
Ads
Kesan daripada ramuan herba tersebut, anaknya mula sesak nafas dan menghidap jangkitan paru-paru. Puan Aya yang panik melihat keadaan anaknya bergegas membawanya ke pusat rawatan walaupun dihalang oleh keluarga.
Ketika mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.
Baru sahaja Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang sebelum ini ditangguhkan berikutan cuaca panas. Namun semalam kita dikejutkan dengan berita yang ada seorang pelajar tingkatan tiga mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian.
Hal ini mendapat pelbagai reaksi dan antaranya yang meninggalkan komen awal di facebook Sinar Harian berkenan berita tersebut adalah Cikgu Fadli Salleh yang tidak asing lagi buat kita semua.
“Aduh. Baru je KPM benarkan aktiviti luar. Murid-murid baru je gembira, dapat berita gini tak sedap hati nak buat aktiviti luar masa PJ ni. Main bawah bangunan je la sementara ni. Seram” Itu antara komen awal daripada Cikgu Fadli Salleh bila terbaca berkenaan paparan berita ada seorang pelajar mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Ini sekali gus turut menarik perhatian ramai ibu ayah yang turut bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang dikatakan bakal terlibat dengan aktiviti merentas desa di beberapa sekolah.
Pelajar Alami Strok Haba, Gara-gara Aktiviti Larian
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu dibawa ke Hospital Pekan selepas mengalami simptom suhu badan terlampau melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat selain percakapan dan fungsi otak terjejas.
Menurutnya, pelajar tersebut diberi rawatan hidrasi dan sokongan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
“Pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) HTAA dan keadaannya semakin stabil,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.
Dr Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar dalam cuaca panas.
“Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.
“Sentiasa awasi gejala keletihan dan strok haba dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” katanya.
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
Pasti ramai yang geli bila banyak tahi cicak di tepi tingkap, tandas dan juga belakang langsir. Boleh hilang selera makan jugalah bila lihat kotoran najis ini.
Walaupun ia tidaklah membawa bahaya seperti lipas atau tikus, namun cicak masih lagi tergolong dalam kumpulan serangga perosak. kerana boleh mendatangkan penyakit.
Manakan tidak, haiwan ini makan lalat, nyamuk dan haiwan perosak lain. Jadi, bakteria daripada serangga yang dimakan cicak mungkin akan berkumpul di dalam tahinya.
Sebenarnya, ada banyak cara hilangkan tahi cicak di dinding. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang ada di rumah atau guna sahaja khidmat profesional!
Untuk kurangkan tahi daripada cicak di dinding rumah, pertama sekali anda perlulah tahu dari mana mereka masuk. Jangan lupa, cicak mempunyai badan yang fleksibel. Jadi, ia boleh masuk melalui rekahan-rekahan kecil di rumah.
Jadi, selepas anda kenal pasti dari mana cicak masuk, cuba tutup rekahan tersebut. Jika ia masuk dari tingkap, cuba pasang kasa dawai untuk menghalangnya daripada memasuki rumah.
2. Sembur Dinding Dengan Bahan Penjauh Serangga Semula Jadi
Anda tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk halau cicak dari rumah. Sebenarnya, ada banyak bahan semua jadi yang anda boleh gunakan sebagai penghalau cicak.
Sebenarnya cicak tidak menyukai bau yang kuat dan pedas. Ada juga yang kata cicak tidak sukakan bau bawang putih dan bawang merah.
Cara pertama, cuba campurkan beberapa sudu serbuk cili di dalam air panas. Kemudian, sembur pada kawasan dinding, tingkap dan pintu.
Selain itu, anda juga boleh kisar bawang bersama air dan gunakan campuran ini sebagai semburan. Tapi jangan sembur banyak-banyak, berbau bawang pula rumah nanti!
Jika anda tidak mahu sembur rumah dengan bawang, hirisan bawang putih sudah memadai untuk menghalau cicak. Letak sahaja beberapa ulas bawang putih di kawasan yang dikehendaki. Pasti kurang tahinya nanti!
3. Letak Ubat Gegat Di Tempat Banyak Tahi Cicak
Jangan ingat ubat gegat berkesan untuk lipas sahaja! Ia juga boleh digunakan untuk menghalau semut, lalat, kupu-kupu dan juga cicak!
Tidak rugi jika anda beli ubat gegat sebungkus dua. Letakkannya di kawasan yang ada banyak cicak seperti di bawah sinki, bilik air, dapur atau di sekitar peti ais.
4. Gunakan Campuran Serbuk Kopi Dan Tembakau
Tahukah anda, campuran kopi dan tembakau sebenarnya berkesan untuk membunuh cicak! Tak percaya? Cuba letakkan kopi dan tembakau dalam kain nipis. Kemudian gantung di tempat yang ada banyak cicak.
Keesokan harinya, anda mungkin akan nampak banyak bangkai cicak bergelimpangan di sekitar kain tersebut.
Selain itu, anda juga boleh campurkan kopi dan tembakau dalam satu bekas. Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi dan gaulkannya dengan campuran tadi. Letakkan umpan tersebut di kawasan kegemaran cicak seperti di belakang peti ais atau almari.
5. Kemas Rumah Untuk Elak Banyak Tahi Cicak
Kadangkala, cicak suka singgah sebab rumah kita bersepah! Cuba tengok kebun dekat luar, sudah berapa lama dibiarkan tak terjaga?
Jika ini yang berlaku, cuba habiskan masa hujung minggu untuk kemas rumah dan potong rumput yang tumbuh meliar di rumah.
Bersihkan kesan-kesan tahi yang melekat di dinding dan sembur dengan air bawang atau lada seperti yang diterangkan tadi.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...