Apalah dosa seorang bayi yang baru sahaja berusia 3 bulan sehingga dia yang sedang nyenyak tidur ditekup dengan bantal oleh bapanya sendiri sehingga meninggal.
Lebih menyedihkan lagi, mayat bayi yang tidak berdosa ini telah ditemui di dalam timbunan sampah berdekatan rumahnya.
Bayi malang ini dilaporkan hilang ketika sedang tidur nyenyak di rumahnya. Bagi menjejaki bayi ini, pelbagai usaha telah dibuat oleh ahli keluarga juga jiran bagi menemuinya.
Namun apa yang memeranjatkan adalah rupa-rupanya, si bapa merupakan dalang di sebalik kematian si kecil itu.
Lebih mengejutkan apabila lelaki dari Indonesia itu berpura-pura bimbang dan menyertai keluarga membaca surah Yasin 41 kali dan ayat Kursi 110 kali, sebagai ikhtiar mencari bayinya yang hilang.
Suspek, Mohammad Sholeh Ika Saputra yang berusia 20 tahun itu juga melakukan ritual menabur beras yang dicampur kunyit dan garam di sekeliling rumah kononnya mahu membantu pencarian bayinya, Naura.
Ads
Tetapi siapa sangka, itu hanyalah helah suspek bagi menutup kesalahannya.
Tindakan kejam suspek hanya terbongkar selepas suspek mengaku membunuh si kecil itu dengan cara menekup dengan bantal sehingga mangsa lemas dan tidak bernafas.
Mayat si kecil itu kemudian ditemui dalam timbunan sampah di tebing sungai Kampung Kaliampo, Margorejo di kota Pati, Jawa Tengah iaitu kira-kira tiga kilometer dari kediaman suspek.
“Kami terkejut kerana sebelum ini dia melaporkan anaknya hilang dan saya juga melihat dia berkumpul dengan keluarga membaca doa supaya anak ditemui.”
Ads
Semasa soal siasat, suspek memaklumkan dia agak emosi dan terganggu dengan tangisan bayinya namun dia kini menyesal dengan tindakannya itu.
“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tindakan spontan menekup anak yang kecil dengan bantal hingga meninggal.”
Difahamkan, ketika kejadian telah berlakunya pertengkaran antara suspek dan isterinya kerana wanita itu memberitahu kurang selesa tinggal di rumah ibu bapa suspek selain menuntut perceraian.
Ads
Menurut penduduk kampung, suspek yang berkahwin muda itu tidak bekerja dan masih hidup di bawah tanggungan ibu bapa yang berniaga di pasar.
Aktiviti mewarna dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Semuanya demi melatih kekuatan tangan dan daya kreativiti anak-anak dan bermain dengan warna ketika mewarna.
Aktiviti ini juga turut menjadi aktiviti utama di Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang berlangsung pada pada 24 dan 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Berbeza dengan festival kanak-kanak yang dibawakan Pa&Ma sebelum ini, kali ini kemeriahan cukup terasa dengan penyertaan lebih 50 buah taska dan tadika serta menghimpunkan lebih 2,000 pengunjung.
Perbarisan Cilik Mega Gamat!
Sebagai pembuka tirai festival ini, kesemua murid-murid dari taska dan tadika ini terlebih dahulu menyemarakkan acara dengan Perbarisan Cilik Mega yang menghimpunkan lebih seribu kanak-kanak sebelum berarak masuk ke ruang pentas utama untuk acara Mari Mewarna Saya Anak Merdeka.
Anak-anak kecil dari 50 buah sekolah yang menghimpunkan lebih 1000 kanak-kanak tadika ini berbaris seawal sembilan pagi dan tepat jam 10 pagi, kesemuanya dibawa berarak memasuki ruang legar di pentas utama.
Masing-masing memegang sepanduk dengan nama tadika yang diwakili mereka. Semuanya cantik dan segak berjalan ketika perbarisan.
Tidak ketinggalan juga guru-guru yang sentiasa menyokong kuat dan menjaga anak-anak dengan begitu baik sekali.
Mari Mewarna Mendeka Cungkil Daya Kreatif Anak
Selepas selesai berarak, kesemua kanak-kanak dari 50 buah tadika ini kemudiannya mengambil tempat untuk aktiviti mewarna secara mega dimana melibatkan lebih seribu kanak-kanak.
Ketika aktiviti mewarna ini, kanak-kanak diberikan kertas warna dan diberikan masa selama satu jam untuk mewarna. Anak-anak kecil ini ternyata menunjukkan kepakaran masing-masing dan begitu leka mewarna bertemakan Saya Anak Mereka.
Ternyata hasilnya tidak mengecewakan bila mana masing-masing mempamerkan hasil yang cukup cantik dan kemas.
Paling menarik pastinya pelbagai ragam anak-anak kecil ini ketika aktiviti mewarna. Kesungguhan mereka memilih warna dan dipadankan dengan kesesuaian tema seharusnya dipuji. Cantik dan kemas sekali.
Tidak pulang dengan tangan kosong semata-mata, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut berbesar hati untuk menghadiahkan seramai 30 peserta dengan akaun Simpan SSPN bernilai RM50 yang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Selain itu sebanyak 50 hadiah saguhati berupa cenderahati turut diberikan kepada semua peserta yang tidak berjaya.
Semuanya pulang dengan penuh kegembiraan dan satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular video simulasi penculikan yang dilakukan oleh sebuah tadika untuk memberi kesedaran kepekaan pada kanak-kanak. Rata-rata ibu bapa yang meninggalkan komen memuji usaha cikgu-cikgu bagi memberi kesedaran pada kanak-kanak berkaitan aktiviti yang sedang menular sekarang.
Simulasi penculikan yang dilakukan oleh tadika tersebut adalah untuk melatih anak murid supaya tidak terpedaya dengan ajakan orang yang tidak dikenali memandangkan kanak-kanak cepat terpengaruh dengan orang yang baik dengannya dan mudah disogok denga napa-apa lebih-lebih lagi mainan atau gula-gula.
Selepas simulasi tersebut, tenaga pengajar di tadika tersebut telah melakukan satu sesi ‘talk’ supaya apa yang berlaku mendapat gambaran jelas dalam kalangan anak murid mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai ibu bapa yang meninggalkan komen positif kepada tenaga pengajar dan berasakan simulasi ini adalah sangat praktikal.
Melihat dalam video tersebut kelihatan ada kanak-kanak yang menangis dan takut, adakah simulasi ini terbaik untuk mereka? Ingat! Mereka masih kanak-kanak.
KEBURUKAN
Adakah cukup dengan memberikan simulasi ini pada kanak-kanak? Pihak sekolah juga harus alert dengan perkara ini. Adakah cukup dengan keselamatan yang ada? Ketatkan keselamatan bukan sekadar cctv.
Saya pernah ke tadika, pintu tidak ditutup dan apabila di tinjau ada kanak-kanak sedang memakai seluar, baru keluar dari tandas. Persoalannya, dimana guru yang mengawasi kanak-kanak itu?
Penyamar? Menyamar?
Ingat! Ramai guru terdiri dari wanita dan sudah menjadi trend memesan makanan di Grab Food, Food Panda, Shopee Food dan lain lain. Bukan cikgu-cikgu sahaja boleh menyamar sebagai penculik, penculik juga boleh menyamar menjadi penghantar makanan, sebagai ahli keluarga, sebagai penghantar barang dan sebagainya.
Bagi kanak-kanak yang hyper dan kurang matang, mereka akan mengangap ini adalah gurauan di kemudian hari kerana otak meraka akan teringat pada situasi di mana cikgu melakukan simulasi tersebut. Mungkin ada yang memahami objektif simulasi itu diadakan tapi berapa peratus yang memahami kerana kanak-kanak masih belum matang dalam memahami situasi yang cukup berat ini.
Siapa Di Sebalik Topeng?
Kanak-kanak akan merasakan mungkin ini adalah surprise dari keluarga atau cikgu-cikgu. Kerana dalam sesi talk tersebut, cikgu-cikgu sudah reveal yang penculik itu adalah mereka jadi tidak mustahil jika berlaku lagi, mereka akan menganggap ini hanya gurau sahaja
Ingat!!! Bukan orang bertopeng sahaja yang terlibat dalan kes penculikan ini, kadang kala orang yang dipercayai lebih licik menjalankan aktiviti penculikan ini kerana tahu rutin harian anak-anak kita.
Trauma Berpanjangan
Kanak-kanak yang lemah semangat akan mengalami tauma dari situasi yang dialaminya. Ia akan memberi kesan selamanya dalam kehidupan dan kemungkin akan menghidap sakit mental apabila trama itu menguasai diri.
Belum Matang
Kanak-kanak masih belum matang untuk memahami kenapa cikgu-cikgu mengingatkan mereka mengenai hal ini. Kena ingat! Pemahaman mereka tidak sama seperti orang dewasa. Mungkin selepas simulasi ini mereka akan lebih positif dan tenang kerana merasakan ianya adalah lakonan untuk mengajar mereka.
Video Viral
Video eksperimen ini telah mendapat lebih 16 juta tontonan di Tiktok. Kanak-kanak juga adalah salah seorang dari yang menontonnya. Ada ibu bapa yang memberi anak-anak mereka menonton untuk memberikan pengajaran serta menerangkan pada mereka mengenai penculikan atau paling senang ‘Van Putih’.
Anak-anak akan bertanya Kenapa.. kenapa.. kenapa… dan pada akhirnya kita akan menjawab.. “Itu lakonan sahaja. “
Jadi apa yang akan disetkan dalam minda mereka mengenai simulasi ini? Bahaya mengenai penculikan atau lakonan?
CONTENT
Aplikasi tiktok terkenal dengan paparan video-video viral dan ramai yang terkejar-kejar mencari content untuk meraih jutaan tontonan.
Bila ianya dimuatnaik lebih-lebih lagi di Tiktok, kanak-kanak akan merasakan itu content dan apabila mengetahui itu lakonan, mereka mungkin akan terikut-ikut membuat content seperti itu.
Eksperimen simulasi penculikan ini adalah baik untuk memberi pengajaran pada kanak-kanak tapi bukan yang TERBAIK.
Treatment untuk kanak-kanak sangat berbeza dan tidak boleh pukul sama rata. Semua pihak seharusnya memainkan peranan agar kes penculikan ini agar tidak berleluasa. Medium yang tepat juga haruslah digunakan dan yang paling penting adalah sikap bersatu padu di kalangan masyarakat. Ini adalah senjata utama untuk membanteras jenayah.
Baru-baru ini tular di Tiktok, sepasangan pengantin bersanding dengan mengenakan baju sekolah
Pada mulanya, ingatkan acara tersebut adalah tema majlis ‘Kembali Ke Sekolah’ namun sangkaan meleset. Majlis tersebut memang majlis persandingan antara Nur Jannatul Zafirah dan Muhammad Firdaus Alias dari Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Jann yang baru sahaja berusia 18 tahun ini, dia telah mendirikan rumahtangga selepas tamat persekolahan dan selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Katanya, dia seperti pasangan lain yang inginkan sebuah majlis yang meriah, pakai baju pengantin yang cantik dan mahal dari pereka fesyen terkenal.
“Tapi apabila difikirkan semula, biarlah berbelanja besar untuk kehidupan selepas berkahwin dan bukannya masa bersanding.”
“Kos baju sekolah kami cuma RM 150 sahaja berbanding harga ribu-ribu kalu pakai baju designer.”
Cerita Jan lagi, konsep persandingan ini di pilih atas sebab-sebab tertentu.
Sebagai seorang yang terlibat dengan perniagaan sejak berusia 15 tahun, Jan kini sudahpun bergelar stokis untuk sebuah produk minuman kesihatan.
“Saya bermula menjadi stokis terbaik dengan jualan mencecah RM 1 juta. Walaupun ketika itu masih bergelar pelajar, saya mampu buktikan saya boleh melakukannya.
“Karakter ‘budak sekolah’ ini adalah sebagai personal branding. Sebab saya mahu mengekalkan identiti ini di majlis bersanding.”
Menurutnya lagi yang merupakan anak bungsu dari 7 beradik ini, dia beryukur kerana majlis persandingan ini dihadiri oleh 500 – 600 tetamu. Kos perbelanjaannya adalah dari hasil kejayaan perniagaan mereka.
“Berniaga ketika masih belajar bukanlah mudah. Apatah lagi nak raih jualan mencecah RM 1 juta. Sebagai pelajar, cabarannya adalah untuk membahagikan masa antara keduanya, bisnes dan pelajar.”
“Lebih-lebih lagi nak ambil SPM. Itu belum lagi mulut orang yang cakap negatif kepada pelajar yang berniaga.. ada yang cakap ‘masih belajar tapi ada hati nak buat bisness.”
Kata Jan, sejak usia 6 tahun lagi dia sudah menjadi anak yatim. Ibunya adalah ibu tunggal yang membesarkan mereka adik beradik dengan pendapatan sebagai tukang jahit.
Berpegang pada prinsip ‘beauty with brain and money,’ yang ana walaupun mencari rezeki di bangku sekolah tetapi pendidikan tetap diutamakan.
“Alhamdullilah, pada usia 16 tahun saya mampu tanggung diri sendiri dan walaupun berusia 17 tahun, saya dah beli kereta untuk ibu secara tunai. Nak pergi honeymoon ke London nanti pun hasil duit bisnes.”
“Ilmu tatap penting, jangan lupa pendidikan dan habiskan sekolah. Sekurang-kurangnya kena habiskan SPM sebagai persediaan masa depan.”
Jan berkata dia akan menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di masa akan datang.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...