Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Haid : Haid Datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran 5 ke 6 hari.
Perancang : Pil perancang makan setiap bulan dan tak pernah skip.
Bila bersalin : Bersalin pada 19/10/2022 hari rabu pada pukul 8.45 pagi. Telah disambut oleh suami. Bersaksikan anak sulung yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Sakit mcm mana: Sebelum saya bersalin, malam tersebut dalam jam 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali. Apabila keesokan harinya, rasa tidak selesa di perut makin terasa seolah olah sembelit ingin membuang air besar.
Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi. Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan. Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami.
Ads
Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans. Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami. Suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut. Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami.
Sepanjang 9 bulan ,saya tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahim saya. Kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan. Syukur allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia.
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
Sikap tidak tidak pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menjadi punca penularan jangkitan Covid-19 di Terengganu sehingga kluster Kg Matang terbesar di Hulu Terengganu setakat ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum raya. Beliau berharap perkongsian di facebook miliknya mengenai kluster ini menjadi iktibar untuk memutuskan rantaian Covid-19.
KLUSTER KG MATANG
Kluster terbesar di Hulu Terengganu setakat ini. Hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum Raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya 2 buah keluarga.
Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung sambung dan anda boleh sambung sendiri cerita ini…
Kluster Kg Matang telah merebak ke tiga (3) buah Kg iaitu Felcra Bukit Kepah, Kg Tengkawang dan Kg Pulau Kudat dan ianya masih aktif.
Kita rasa tak apa lagi kalau jangkitan dalam famili sahaja sebab pematuhan SOP dalam famili diakui sangat sukar. Namun jika melibatkan beberapa famili, jiran tetangga dan pejabat2 akhirnya merebak hingga ke beberapa buah Kg. Rasa kesal dan nak marah sangat sebenarnya….
Seramai 127 kes positif dikesan dari Kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke 5. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang. Tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah Kg tadi. Masih ada 975 sample sedang menunggu keputusan.
Jika keadaan begini berterusan dan kluster baru tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster tu serentak?
Jika keadaan begini berterusan mampu ke kita landaikan lekuk epid dalam masa 2 minggu ini?
Pematuhan SOP
Kisah kisah begini sering saya ceritakan untuk memberi iktibar kepada masyarakat bahawa jika PEMATUHAN SOP dipandang ringan dan berterusan dilanggar ini akibat yang akan kita tanggung. Jika nak buat sesuatu FIKIR ORANG LAIN. JAGA ORANG LAIN. JANGAN FIKIR DIRI KITA SAHAJA
Pagi semalam turun ke HT bermesyuarat dan meninjau aktiviti saringan bersasar yang dibuat di Felcra Bukit Kepah yang sebahagian Kluster Kg Matang.
Baru 10.30 pagi tapi panas sudah membahang. Ceruk Kg begini mana ada dewan beraircond. Petugas kesihatan berpeluh dengan muka merah merang dengan pakaian PPE. Penduduk pun sama juga peluh rejak bawah kanopi. Kanak kanak menangis dicalit hidung.
TOLONG fahami kesusahan KITA SEMUA jika pandemik COVID 19 berterusan begini. JANGAN PENTING DIRI SENDIRI akibatnya orang lain yang terkena mudaratnya.
KAWALAN KENDIRI sangat penting. Jika kita kekal DUDUK RUMAH kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. InsyaAllah. Pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat.
TOLONG dengar nasihat kami😔😔
Sebut sahaja pasal kejutan, mesti ramai yang suka terutamanya kaum wanita. Tidak kiralah kejutan apa – apa sekali pun, pasti akan rasa bahagia jika menerimanya. Bila dah berkahwin, sudah pasti isteri akan menerima kejutan yang banyak, tidak kurang juga suami.
Kejutan yang diberi tidak semestinya berupa bentuk dalam mata wang ataupun benda. Masa yang diluangkan juga merupakan salah satu bentuk kejutan untuk pasangan. Yang paling penting, usaha dan konsistensi yang ditunjukkan dalam menyalurkan rasa cinta antara pasangan.
Seperti yang sedang tular di media sosial baru – baru ini, selebriti Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi perhatian apabila cara beliau menyambut ulang tahun isterinya, Syafiqah Aina.
Untuk pengetahuan, Hafiz Mahamad tidak pernah gagal untuk menyambut ulang tahun isteri tercinta setiap tahun. Tahun 2023 merupakan sambutan kali ke – 55 yang dilakukan oleh beliau demi kebahagiaan isterinya.
“Abang taknak hadiahkan perkara yg awak mampu beli, tp abang akan beri apa yg tak mampu awak beli.
“Saya sewa 1 panggung wayang semalam ada sebab, mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang / drama.” kata Hafiz Mahamad menerusi postingnya di Instagram.
“Saya hadiahkan 1 documentary pada dia. Ya Allah, tujuan saya, saya nk dia tahu tanpa dia sedar banyak dh kebaikan yg dia buat. Orang kata, “Baik kita, biar orang ceritakan. Dalam documentary tu, banyak kebaikan yg mereka ceritakan ttg awak”
Menurut Hafiz, menunaikan haji bersama – sama ibu bapanya merupakan satu impian yang sangat diinginkan oleh isterinya. Jadi, visa haji dijadikan satu kejutan yang sangat tidak ternilai untuk sambutan ulang tahun isterinya kali ini.
“Dari tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nk bawa mama ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama sama & saya tak sangka Visa lulus 3-4 hari sebelum Birthday Aina.”
“Saya sembunyikan berita ni untuk bagitahu pada hari Birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Ainaa. Tahniah sayang”. Kata Hafiz Mahamad.
Untuk rekod, Hafiz Mahamad telah mengahwini Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Raisya Arisa dan Rayqal Arees.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.