Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi

Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila bayi tersayang meninggal di dunia setelah dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak.

Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga yang tidak menyangka itulah adalah hari terakhir buatnya bermanja bersama anak tersayang.

Pada usia 6 bulan anak pergi menemui Ilahi setelah pihak hospital memberi pertolongan cemas.

Mesti Baca: Sempat Rasa Jadi Bapa 10 Minit Je Bayi Meninggal. Isteri Pula Menyusul Selepas Koma Akibat Sesak Nafas, Sebaknya!

Mesti Baca : Bayi 15 Bulan Meninggal Dunia Kepala Tersangkut Kain Buaian. “Anak Saya Tidak Pernah Tidur Buai”- Bapa

Mesti Baca: Allahuakbar, Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Kerusi Bayi

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi

Ads

Tak terjangkau di fikiran bagaimana orang dewasa tergamak meninggalkan bay 6 bulan di dalam bilik tapa pengawasan (unsupervised) selama 6 jam!

Alfatihah buat Haura Najia Binti Mohd Kamaruddin Helsa, berumur 6 bulan meninggal dunia setelah 6 jam dibiarkan tanpa pengawasan pengasuh.

Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi:

27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pnggilan dari taska mengatakan bby Haura tidak sedarkan diri. Sy segera ke taska dn pihak taska memaklumkan telah bawa bby Haura ke klinik berdekatan dan dlm beberapa saat dimaklumkan bby sy dibawa ke Hospital Melaka.

Sy terus ke ETD Hospital Melaka dan bby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkn bby haura dtg dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit cpr diberikn nadi bby sy ada semula namun terlalu lemah.. Bby haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan ank saya 50-50 utk survive n andai survive tidak akan mnjadi bby haura yg dahulu. Bby sy diletakkan di bawah PICU.

Suami berjumpa n bertanya kepada penjaga bby apa yg berlaku di taska dan dia berkata jam.

10 lebih haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dr bilik bby.

Ads

Dia masuk semula dan nmpk haura terlungkup tetapi tidak membetulkn kedudukan haura kerana nmpk haura mcm boleh bernafas. Dia masuk semula utk memandikan bby pada jam 4ptg dan tgk haura sudah tidak sedar kan diri..

Ya Allah bby haura sy di biarkan dr jam 10pg dn hanya dilihat pada jam 4 ptg shj.. Betapa struggle bby haura sy utk bernafas hgga bby sy pergi selamanya.. Allah… Allah..

 

Mlm 27 Oktober Pakar merawat memaklum bhw bby sy poor progress. Sy dan suami dibenarkan utk berada di PICU sentiasa.

28hb progress bby semakin menurun. Dalam jam 4 ptg pakar memaklumkan progress bby haura semakin tidak cntik dan memaklumkan buah pinggang bby sudah tidak well function. Organ2 bdn sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.

29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari bby haura kami telah menemui penciptanya.

Ads

Di sini sy dan suami dengan rendah diri mohon doa dr semua utk kami dapatkan keadilan utk bby kami dan juga utk bby2 yg lain.. Sy mengharapkn pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska2 lain.

Salam takziah buat ahli keluarga. Al-Fatihah untuk baby syurga 

Sumber: Nurul Fatehah Sandollah

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, Ibu Kongsi Kronologi

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI