Bayi 30 hari meninggal dunia di pusat jagaan berpantang lepas diberi minum susu oleh jururawat. Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga mangsa di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang Lepas Diberi Minum Susu Oleh Jururawat
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.
“Mangsa kemudian dibawa ke Kota Bharu Medikal Center (KBMC) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.
Mohd Rosdi berkata, susulan itu, suspek yang juga jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan ditangkap pada jam 6 petang, Selasa.
Jururawat terbabit telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari pada Isnin.
Perintah tahanan reman bermula Rabu sehingga Selasa depan terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Sinar Harian Kosmo
Baca artikel lain juga: Kes Bayi Maut di Taska, Pegawai Tentera Dan Guru Terima Bantuan Percepat Penempatan Semula
Meruntun Jiwa Bayi Meninggal Dunia Dalam Bas, JKN Sarawak Bertindak Cari Ibu Bapa
Bayi Meninggal Dunia Diberi Minum Air Herba Dan Kencur Untuk Rawat Jangkitan Kuman
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my