
Seorang bayi berusia 16 bulan dari Bekasi, Indonesia mengejutkan wargamaya apabila mempunyai berat sebanyak 27 kg. Ianya bukanlah sesuatu yang normal bagi perkembangan bayi seusia dengannya.
Bayi yang bernama Muhamad Kenzie Alfaro ini mengalami obesiti kerana ibunya telah memberi minum susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu formula sejak dilahirkan.
Dilaporkan Kenzie kini terpaksa dirujuk ke beberapa hospital kerana situasinya itu tidak normal bagi bayi seusianya dan bimbang terdapat kesan dari penyusuan susu pekat yang diberi kepadanya.
Menurut laporan, ramai ibu bapa yang memberikan susu pekat kepada bayi kerana menganggap fungsinya sama dengan susu formula. Lebih-lebih lagi harganya jauh lebih murah berbanding susu formula.
Lebih-lebih lagi, susu pekat juga mudah disimpan dan tahan lebih lama.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
SAJI Terima Kasih Malaysia, Rai Perajurit Dapur. Jom Serbu Lot 10 Hujung Bulan Ogos!

Dapur adalah ibarat medan untuk bertempur. Sama ada di rumah, gerai kecil atau restoran, rakyat Malaysia kental mempertaruhkan masa, kudrat dan kepakaran yang mereka ada demi menghidangkan air tangan terbaik, yang digaul sebati dari hati.
Pengorbanan mereka yang menyediakan masakan ini mungkin tidak begitu terasa, namun mereka inilah sebenarnya yang menjadikan kita kaya dengan kepelbagaian rasa. Merekalah hero yang ada di sekeliling kita, sanggup bergelut menahan bahang membara tanpa berputus asa.
Lantas besempena bulan kemerdekaan kali ini, SAJI ingin meraikan para PERAJURIT DAPUR yang telah berjuang demi selera rakyat Malaysia dengan memberi penghargaan yang cukup istimewa melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia.
Jumpa Di Sana
Jadi sudah pasti ramai tertanya-tanya apa agaknya program, aktiviti atau mungkin tawaran menarik sempena kempen SAJI Terima Kasih Malaysa ini. Maklumlah kita sebagai isteri dan ibu ini juga adalah Perajurit Dapur dan sekali gus menjadi antara insan yang diraikan. Rasa bangganya itu hanya kita ni sahaja yang tahu. Betul tak?
Jadi apa kata sebagai bukti seisi keluarga meraikan insan hebat di dapur, jom kita bawa anak-anak memeriahkan lagi kempen SAJI Terima Kasih Malaysia dengan berkunjung ke Lot 10, Bukit Bintang bermula pada 26 hingga 31 Ogos 2023.
Meriah Dengan Pelbagai Acara!
Kempen kali ini bukan biasa-biasa ye, memang wow sangat! Memandangkan sepanjang 6 hari SAJI berkampung di Lot 10, akan ada macam-macam aktiviti yang cukup istimewa. Antaranya bila anda anak beranak berkunjung ke sini, berpeluang mencuba rasa produk SAJI secara percuma!
Tidak dengan itu, turut digamatkan dengan pertandingan Teh Tarik dan Pertandingan Menebar Roti Canai. Jadi jika ada sesiapa yang berbakat, jangan lepaskan peluang ke sini untuk tunjukkan skil yang anda ada. Mana tahu, anda akan dinobatkan sebagai juara yang dicari.
Namun jika tidak berbakat sama ada untuk menyertai salah satu pertandingan tersebut, kita hadir sebagai penonton sekali pun pasti terhibur dan teruja. Jika tidak percaya kenalah datang ke sini dan rasai pengalamannya.
Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga berpeluang untuk turut serta di dalam sembang santai bersama dengan selebriti popular seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam, Artu dan lain-lain pengaruh media sosial. Pasti gamat hari anda sekeluarga!
Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Lot 10 pada 26-31 Ogos ini! Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook SAJI (https://www.facebook.com/SajiMalaysiaOfficial)
Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.
‘Bukan Jenis Mengelak Tukar Lampin Anak.” Netizen Puji Sikap Alif Satar Yang Teruja Ada Nappy Room Di Tandas Lelaki

Kebiasaannya, kerja menukar lampin anak ini pasti akan dilakukan oleh ibu kerana kemudahan yang disediakan lebih terarah kepada kaum ini. Jadi secara automatik, tugas ini harus digalas oleh kaum ibu.
Tanpa disedara, perkara ini adakalanya menjadi beban buat kaum lelaki yang dilihat seakan cuba mengelak dari melakukan tugas ini. Namun hakikatnya kerana tiada kemudahan untuk kaum lelaki bagi memudahkan mereka menukar lampin anak lebih-lebih lagi apabila berada di mall.
Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar baru-baru ini telah memuatnaik gambar beserta kapsyen yang menunjukkan beliau sangat teruja apabila terdapat nappy room dalam tandas lelaki sewaktu beliau berkunjung ke mall tersebut.
[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh
“Paling happy bila nappy room kat mall..senang untuk bapak-bapak. Kalau tak, most places letak tempat nappy change in the ladies WC. Good job IPC”
Menerusi posting ini, ramai yang memuji sikap Alif Satar kerana tidak ramai lelaki yang akan berbuat begitu kerana selalunya ianya akan dilakukan oleh si isteri lebih-lebih lagi dia merupakan selebriti terkenal.
Dalam kalangan warganet pula, ramai yang berkongsi kelegaan yang sama seperti Alif Satar apabila pasaraya besar menyediakan kemudahan ‘nappy room’ di tandas lelaki juga. Ini amatlah penting supaya menyedarkan tanggapan orang ramai bahawa tugas menukar lampin bukan hanya kerja si ibu sahaja.
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Saf Terputus Jika Bercampur Dengan Budak Belum Berkhatan? Ini Jawapan Dari Mufti Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Isu ini menjadi perdebatan sejak dari dulu lagi apabila ramai jemaah menzahirkan teguran apabila kanak-kanak yang masih belum baligh menyertai saf mereka.
Apa yang menjadi kebimbangan adalah saf akan terbatal jika ianya turut disertai oleh kanak-kanak ini.
Malah perkara ini pernah menjadi perdebatan apabila teguran secara terbuka diberikan oleh jemaah di laman sosial kepada kariah masjid.
Pelbagai komen diberikan oleh netizen dan ada juga berpendapat seawal usia inilah ibu bapa harus mengajar dan mendekatkan anak-anak dengan masjid tetapi jika ianya mendatangkan masalah bagi jemaah lain, bagaimana anak-anak ini mahu mendekati masjid dan mendalaminya.
Bagi anda yang masih ragu-ragu untuk bercampur solat bersama jemaah kanak-kanak, ini adlaah jawapan dari Mufti Selangor.
Mesti Baca :
Sebahagian besar ulama tidak pernah pun memisahkan kanak-kanak secara khusus daripada saf lelaki dewasa sebagaimana difahami kebanyakan masyarakat ketika ini.
Demikian penjelasan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) menerusi slot Taudhih Al-Ahkam disiarkan laman sesawang rasmi agensi berkenaan bagi merujuk kemusykilan status saf solat.
“Malahan andaian segelintir pihak tertentu konon kehadiran kanak-kanak boleh menyebabkan saf terputus atau pahala jemaah sebaris berkurangan adalah tidak benar,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun ujar JMNS, dalam situasi saf pertama di belakang imam pula, keutamaan jemaah hendaklah diberikan kepada orang yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak mumaiyiz.
Gelaran ini merujuk golongan cilik tersebut yang sudah pun dapat membezakan sesuatu baik dengan buruk, kelazimannya berusia tujuh tahun ke atas sama ada berkhatan atau belum lagi.
Artikel Berkaitan
Langkah ibu bapa membawa anak mereka ke masjid atau surau bahkan dapat menyemaikan dalam diri perasaan cinta rumah Allah selain solat berjemaah dan mengimarahkan premis itu.
“Untuk kanak-kanak yang belum mumaiyiz, mereka tidak digalakkan turut serta dalam jemaah kerana tidak lagi dipertanggungjawabkan atau difardukan menunaikan solat,” terang JMNS.
Namun jelas agensi itu, sekiranya ada budak tersebut turut serta dalam saf, solat mereka yang berhampiran dengannya adalah tetap sah dan tidak pula dilucutkan fadilat ibadah berjemaah.
Sementara bagi kanak-kanak yang mumaiyiz, kedudukannya adalah di mana-mana bahagian saf tetapi bukan di belakang imam yang memang dikhususkan bagi orang baligh dan berakal.
Jika kanak-kanak ini datang awal dan berada di saf pertama, tempatnya tidak boleh diambil untuk digantikan oleh orang dewasa kerana budak tersebut memiliki hak ke atas tempat tersebut.
Hujah ini ada diterangkan Imam al-Khatib al-Syirbini berdasarkan hadis diceritakan Ibn Umar apabila Rasulullah SAW melarang seseorang meminta orang lain bangun bagi digantikannya.
“Apabila jemaah datang serentak, kanak-kanak yang tiba awal, janganlah dikebelakangkan demi memberi tempat kepada lelaki dewasa kerana budak itu yang lebih berhak,” tambah JMNS.
Justeru, agensi itu menegur tindakan oleh individu lelaki dewasa hadir lewat apabila mengambil pula tempat kanak-kanak lelaki mumaiyiz yang datang lebih awal ke dalam saf berkenaan.
Berhubung isu budak yang belum lagi berkhatan, dia tidak dianggap konon menanggung najis kerana hukum asalnya seseorang tidaklah bernajis berdasarkan pandangan Imam al-Syirazi.
Ulama itu dalam kitab al-Majmu’ jelas JMNS, merujuk insiden Nabi Muhammad SAW pernah mendukung Umamah Abi al-As ketika baginda solat yang menunjukkan hukum sah solatnya.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club