
Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memohon Pengeluaran i-Lestari dan berjaya mendapatkan kelulusan, bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula esok hingga 18 Mei ini.
Ahli KWSP yang permohonan pengeluarannya diluluskan akan dimaklumkan mengenai pengkreditan itu menerusi laman sesawang i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
“Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.
“Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, KWSP sudah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.
“KWSP mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.
“Kami kemudian bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.
“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal,” katanya.
KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.
“Kami berharap ahli sudah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka.
“Ini kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan,” katanya.
“Hanya 4,311 Waris Menghantar Permohonan…”-Waris Pesakit Covid-19 Diminta Mohon Bantuan One-off RM 5,000

Dalam keadaan ditimpa musibah wabak COVID-19, telah ramai ahli keluarga menjadi korban. Lebih menyedihkan dengan sekelip mata telah ramai anak-anak kecil menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu, dan tentunya kehidupan yang dilalui menjadi sukar bilamana insan tempat bergantung pergi buat selamanya.
Lantaran itu inisiatif yang ditawarkan perlulah diuruskan permohonan oleh waris pesakit Covid-19. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung. Ini berikutan permohonan bagi bantuan khas untuk individu yang terkesan dengan COVID-19 dilihat masih rendah berbanding jumlah kes baharu dan kematian yang dilaporkan meningkat setakat ini.
Memetik laporan Harian Metro, setakat ini, hanya 4,311 waris atau kira-kira 25.07 peratus yang memohon untuk bantuan khas itu berbanding korban Covid-19 dicatatkan semalam, yang berjumlah keseluruhan 17,191 kematian.
Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, permohonan untuk bantuan itu adalah rendah.
“Hanya 4,311 waris yang menghantar permohonan untuk Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19.
“Maksudnya ada 12,880 (74.93 peratus) waris yang belum hantar permohonan. Nadma menyeru waris supaya membuat dan menghantar permohonan untuk bantuan yang sudah disediakan kepada warganegara sahaja ini.
“Saya dimaklumkan, ada juga waris yang merasakan tak perlu memohon bantuan ini sebab ahli keluarganya yang meninggal dunia (akibat Covid-19) di hospital, diuruskan kemudian dihantar oleh ambulans atau pun aset kerajaan hingga dikebumikan dengan tiada kos yang dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media maya Tabung Covid-19, Anda Tanya Nadma Jawab menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac 2020 untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik.
Dana Tabung Covid-19 adalah sumbangan daripada kerajaan, institusi Diraja, anggota pentadbiran, sektor korporat dan individu prihatin yang disalurkan kepada pemohon Bantuan Khas Hilang Pendapatan dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian.
Mengulas lanjut, Dr Aminuddin berkata, bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19, RM16.2 juta sudah disalurkan membabitkan 3,235 waris.
“Sementara itu, RM22.2 juta Bantuan Khas Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 16,722 pemohon. Ia insentif bantuan RM100 sehari bagi pesakit terjejas punca pendapatan.
“Apa pun, secara keseluruhannya, permohonan adalah sangat kecil berbanding jumlah kes baharu serta kematian harian yang dicatatkan dalam negara,” katanya.
Garis Panduan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus layari laman web https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/08/11/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19-nadma/
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK: Masak Tomyam Thai Sayur Mesti Letakkan Susu Cair. Rasanya Lagi Padu Dari Tomyam Biasa!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jarang Anak Bujang Menempel Dengan Bapa.” Suka Habiskan Masa Bersama, Netizen Puji Bonding Johan & Anak-Anak!

Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Johan dan Ozlynn. Setiap kali pasangan ini memuat naik momen bersama keluarga di media sosial, ada sahaja yang membuatkan netizen terhibur. Tak kurang juga yang memuji akan cara pasangan ini mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.
Terbaru, Ozlynn memuat naik foto Johan bersama anak bujangnya, Ari yang memperlihatkan betapa akrabnya hubungan anak beranak ini.
Biarpun sudah besar panjang, tetapi Ariq tetap mesra dan tidak malu mempamerkan sikap mahu bermanja dengan Johan.
Anak suka menempel
Menurut Ozlynn, boleh dikatakan kesemua anak-anaknya, baik yang lelaki atau pun perempuan memang sangat akrab dengan ayah mereka
“Lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tgk bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak2 aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram..
“Sebab bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nnt jd kebiasaan.. dia akan pelok aku n trus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar.. nnt dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u.. “ bila fikir balik betul jugak kan.
Anak adalah rezeki
Mengkui anak adalah rezeki untuk suami isteri, jujur mengakui dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu berkorban.
“sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak2 memerlukan pengorbanan besar ibubapa.. setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org xde anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek n kena positif..
“Anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak2.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran.. kami juga pernah melalui fasa yg sukar.
Jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha.. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.
‘Please pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.. kpd mak ayah yg bg anak2 hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kt fon korg.. zaman canggih ni sgt menakutkan.
“Kalau tgk instagram yg dm aku byk bdk bwh umur.. selagi terdaya aku cuba bantu dorg dr segi nasihat.. bg semangat.. rata2 yg dm sume bgtau kurang mendpt perhatian mak ayah.. aku tidak menyalahkan memane pihak.
Rajin berbual dengan anak
Berkongsi tip dalam mendidik anak-anak, menurut Ozlynn dia dan suami mengambil pendekatan rajin berbual dengan anak-anak.
“Tapi cukup apa yg aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorg jadi anak yg baik soleh dan solehah.. dan aku harap korg.. yg ada anak2 plsss rajin la berbual.. amik tau ttg apa yg anak2 “RASA”.. bukan ikut “MASA” yg korg ada.. moga yg baik2 saja utk keluarga kita semua aamiin
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Sumber: jozlynnhanania
‘17 Tahun Lagi Pegang Skrol & Pakai Jubah Betul Pula.” Tomok & Isteri Kongsi Kisah Kejayaan Anak Sulung Berjaya Dapat Sraight A.

Isi Kandungan
ToggleIbu bapa mana yang tak gembira kan dengan kejayaan anak-anak. Walaupun masih kecil, namun penghargaan harus diberikan supaya mereka lebih bersemangat untuk lebih berusaha kelak.
Demikian juga dengan Tomok dan isterinya yang memuat naik kisah kejayaan anak sulung mereka, Arrian Shah Akid memperoleh 10A dalam mata pelajarannya baru-baru ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Tomok dan isteri mengharapkan anak sulungnya itu akan mengulangi kejayaan tersebut apabila sudah besar kelak.
Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Ayah bangga dengan anak ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
View this post on Instagramayah bangga dengan anak ayah ?
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Manakala di dalam instagram miliknya, isteri Tomok, Ayu atau nama sebenar Rahayu Abbas turut meluahkan rasa yang sama atas kejayaan anak sulung mereka.
Congratulations anak dibu!!!!!?
I hope & wish for next another 17years from now u will hold real scroll & and wear a real robe for your university convocation…
Thank you so much to all teachers who are involve with arrian growing & never give up to teach and give him a lesson for any single things…teacher chris,teacher wawa, teacher rinuka, teacher lina, teacher dila & all teachers that resign earlier,”tulis Ayu di instagramnya.
Sebagai ibu, pasti Ayu mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anak-anaknya. Selain kejayaan di dunia, Ayu juga mengharapkan anaknya seimbangkan antara ilmu dunia dan juga akhirat.
“Dibu doakan arrian berjaya dalam apa sahaja bidang yang arrian ceburi….dan berjaya juga dalam ilmu akhirat…hidup mau balance!!!hope all your wish will come true too….?
“Bermula satu chapter yang baru yang lebih serius lebih fokus lebih segala-galanya…dibu,ayah & andra will always love you forever & ever…”.
View this post on InstagramA post shared by @ ayu_abas on
Dalam masa yang sama, para pengikut di laman instagram Ayu turut menghulurkan ucapan tahniah.
waniearabella Congrats, arrian, dibu dan ayah tom…. Suka tgk arrian since rockstar junior… Rindu keletah arrian… Arrian mmg budak yg bijak… Alhamdulillah teruskan usaha yg baik dibu utk didik dan bimbing arrian… Moga kejayaan ini dpt disambung andra juga…. Moga bahagia keluarga dibu dan ayah tom hendaknya….
babypija90 Congrats handsome boy.semoga sntiasa berjaya di dalam apa jua bidang yg di ceburi..make ur family proud of you arrian..
norhazzatulatika92 Congratulations arrianshah akid…jadilah ank soleh yg membahagiakan dibu dan ayah k @ayu_abas ??
itsme_fai Alhamdullilah…tahniah arrian & dibu.Perjalanan masih jauh..njoy life dan belajarlah berniat kerana Allah Ta’alla..In Syaa Allah segalanya di permudahkan,Aamiin
maitimoyuni Tahniah Arrian sayang kesayangan Aunty Yuni ni ???. Dibu @ayu_abas adalah dibu yang sangat luar biasa dan hebat, di sebalik kepandaian ada dalam diri Arrian itu semua karena didikan dibu @ayu_abas. the power of dibu @ayu_abas ????????
eisyaamardhiyaa Sejuk mata tgok dibu ☺️ Tahniah arrian, dr kecik dah stalk dia
Sumber: igtomokofficial & ayu_abas