
Bila ada teknik yang boleh diguna pakai bagi menjimatkan dan memendikkan tempoh pembiayaan rumah, kenapa tidak kita praktiskan?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Nak Cepat habis bayar pembiayaan rumah?
Contoh buat pembiayaan rumah RM300,000 untuk tempoh pembiayaan 35 tahun . Monthly instalment bulanan adalah RM1,420 selama 420 bulan @ 35 tahun . Dengan bayar extra sebulan RM250 , pembiayaan rumah tersebut akan habis 120 bulan @ 10 tahun lebih Awal dari tempoh sebenar 35 tahun .
Kita keluar bayaran extra RM250 x 300 bulan = RM75,000
Kita jimat bayaran kehadapan RM1,420 x 120 bulan = RM170,400
Tak mampu banyak , kita mula dulu dengan extra RM50 . Ia akan memberi impak besar pada principal baki pembiayaan .
Sumber : Khairul Ezuwan
Ubah Mindset Jika Nak Elak Ketagih Gula. Barulah Sihat Menanti!

Menjaga kesihatan adalah penting untuk setiap orang. Begitulah mengenai penjagaan tahap kandungan gula dalam darah.
Sebagaimana perkongsian oleh lelaki ini yang berkongsi mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri untuk mengelak kencing manis. Moga jadi iktibar bersama perkongsian lelaki ini Muhammad Hassan di laman facebooknya.
Saya ada satu group whatsaapp KENCING MANIS. Group ini di bina oleh sahabat saya diatas kesedaran beliau tentang bahaya kencing manis,dan bahaya ambil pelbagai ubatan dan produk untuk jangka masa panjang.
Jadi setiap hari mereka akan kongsi bacaan gula,diet dan aktiviti.
Kesannya cukup hehat. bacaan gula yang sebelum ini tidak pernah kurang dari 10 mml/L. Sekarang ramai selepas 2 jam makan bacaan gula rata-ratanya 6.2 mml/L ke bawah.
Tanpa produk,tanpa ubatan mahal mahal. Hanya dengan Diet yang betul,bersenam setiap hari,ada yang jogging,ada yang kayuh basikal. Tapi saya bagi syarat stop gula putih,stop teh tarik,stop makan berat (nasi,roti canai,mee goreng) waktu malam selepas jam 8 pm.
Sebelum ini ramai terkejut bila suruh stop dan kurangkan gula dan wajib habiskan air mineral 2 L sehari. Ramai yang kata nanti takut hypo. Saya kata nak berjaya untuk sihat kena follow. Sebab dalam Nasi ada gula,dalam lauk ada gula,dalam buahan pun ada gula. Ambillah gula dari sumber yang lebih sihat.
Sekarang semua faham bila dah sihat. Pergi jumpa doktor pun,doktor dah mula kurangkan dose ubatan,doktor gembira bila tengok bacaan gula,tekanan darah makin baik. Semua kata makin rasa cergas,sihat walaupun tak ambil teh tarik waktu pagi. Bila terminum air yang banyak gula mula cakap tak sedap dah,mesti tak minum dah.
Ubah mindset kita. Tak ambil gula putih,teh tarik nanti hypo,sebenarnya bukan sebab hypo,tapi kita dah ketagih dengan gula putih. Kita sedia maklum gula puteh menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak.
Jika tak mampu berhenti gula putih,sekurangnya ambil tahu bahaya apabila gula berlebihan dalam darah. umur 29 dah kena kencing manis,umur 38 dah berada atas kerusi bersama mesin dialisis.
Sekarang kita cuba mula. Dalam apa apa minum tak perlu gula putih. Kopi O tanpa gula,tea o ais tanpa gula. Jus buah tanpa tambahan gula. Tak perlu air gas,air pewarna dan air dalam tin. Insyaallah diet kita akan berjaya.
Ini Sebabnya Kenapa Kerja Suri Rumah Sangat Memenatkan Tetapi Orang Tidak Nampak. Deep!

Isi Kandungan
ToggleTidak mudah menggalas tanggung jawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Mungkin secara zahirnya, ada yang melihat rutin suri rumah tidak penat dan tak perlu bebankan otak dengan masalah kerja. Namun , maka anda silap.
Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Inilah antara sebab kenapa kerja suri rumah cukup memenatkan, tetapi orang tidak nampak. Jom kita semak sama-sama!
1.Pening Fikir Menu
Mungkin remeh bagi sesetengah orang tetapi tidak pada suri rumah. Bayangkan celik mata sahaja, yang difikirkan ibu-ibu adalah nak masak apa ya hari ini? Jika tanya pada sang suami, jawapan selamat masak lah apapun abang okey je. Janji balik saja ke rumah, makanan semua telah terhidang.
Jika setiap hari menu yang sama, suami dan anak-anak bosan pula kan. Sebab itu kalau boleh ibu-ibu mahu sediakan menu berbeza dan itulah yang memeningkan mereka. tambah lagi jika ada anak kecil, kenalah sediakan menu yang sesuai. Takkan nak kasi sama dengan orang dewasa.
2. Hantar Anak Ke Sekolah/Taska
Awal-awal pagi orang lain masih berdengkur, si ibu sudah bangun jam 4-5 pagi untuk siapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Baju sekolah siap kemas bergosok. Beg sekolah diisi dengan buku yang mengikut jadual hari tersebut.
Begitulah rutin harian si ibu. Siap anak-anak kemudian hantar ke sekolah. Kemudian tunggu waktu pulang untuk ambil anak-anak pula. Orang nampak kerja suri rumah macam mudah tetapi sebaliknya. Penat hanya yang melaluinya sahaja tahu.
3. Mengingati Aktiviti Anak
Ibu ibarat ‘setiausaha’ untuk anak-anak terutama dalam menyusun aktiviti mereka.Segala bab berkaitan pakain sukan, kelas tambahan, perjumaan dengan guru dan ibu bapa, hari suakn dan sebagainya, ibu orang yang pertama tahu.
Pendek kata segala hal berkaitan anak-anak si ibu orang yang cepat tahu. Tak kisahlah digelar mak cik bawang atau sebagainya, namun bab anak mereka memang alert. Kalau boleh dengan cikgu-cikgu pun mereka boleh berkawan baik.
Bayangkan kalau ada 3-4 orang anak, tapi mereka dapat ingat dengan jayanya. Hebatnya seorang ibu, segala data tentang anak sudah tersimpan dalam otak mereka persis sebuah komputer.
4. Mengingati Temujanji Doktor
Bukan itu sahaja, bab-bab kesihatan juga ibu-ibu cukup alert terutama tarikh tarikh temujanji dengan doktor sekiranya anak-anak atau suami sakit.
Itu belum bab temu janji untuk kehamilan, vaksinasi anak, pergigian atau check-up bulanan. Kadang-kadang masa mereka dihabis dengan perkara-perkara seperti ini.
5. Membeli Barang Dapur/Rumah
Zaman sekarang, orang cakap segalanya dihujung jari. Hanya klik dan anda boleh dapat apa jua barang. Tetapi bagi yang masih mengamalkan konsep membeli di pasar raya, bab ini agak memeningkan juga. Lebih-lebih lagi jika yang membeli adalah sang suami.
Suami mungkin anggap terlupa sesuatu barang adalah benda yang remeh padahal sudah diberi list panjang. Tapi berbeza dengan isteri, jika ada barang yang tak cukup, si isteri akan pening kepala nak ubah menu. Jadi, janganlah dicatu senarai barang tadi.
Selain itu, perasan atau tidak, bila barang seperti tisu, sabun, penyembur nyamuk dah nak habis, si isteri akan menggantikannya dengan yang baru. Lihatlah betapa pekanya mereka.
6. Mengemas Rumah
Jika anda jenis pembersih orangnya, memang bab ni sangat partikular. setiap hari entah berapa kali agaknya si ibu menyapu. Ada sahaja habuk atau sampah yang menyakitkan mata bukan?
Geram pula apabila baru sahaja mengemas, sudah ada tangan-tangan yang menyepahkannya. Aduh, sakit hati bukan. Sebab itu, bab mengemas ni memang memeningkan kepala si ibu. Walaupun mungkin pada pandangan suami tidak payah beratkan kepala, boleh saja kemas kemudian. Tetapi tidak bagi ibu-ibu yang tidak suka rumah bersepah.
7. Merancang Sambutan Perayaan
Waktu ini memang tiada siapa boleh mengatasi kesibukan seorang suri rumah. Tiap kali menjelang musim perayaan, memang ibu orang yang paling rajin dan sibuk. Baik bab keperluan anak-anak sehinggalah kepada kediaman. Baik bab membuat atau membeli kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan cari baju untuk anak-anak, semuanya mereka yang uruskan. Suami a.k.a ayah hanya tahu hulurkan wang 😀
8. Merangka Jadual Anak-anak Di Rumah
Biarpun bergelar suri rumah, ibu-ibu yang akan berperanan sebagai cikgu di rumah. Sudah ada jadual khusus untuk waktu anak-anak belajar dan bermain. Itu belum bab menyemak dan memberi latihan pada anak-anak.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa.
Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memakankan tenaga banyak dan mental yang kuat. Sebab itu, kalau sentuh soal ‘kerja’ mereka dia rumah, mereka cepat tersentuh.
Cuba bayangkan sehari tanpa isteri di rumah, haru biru hidup anda. Oleh itu, hargailah usaha isteri anda setiap hari, walaupun mereka kelihatan macam ‘tak buat apa-apa’.
Suami Take Note! Jangan Culas Buat Ni Supaya Rezeki Melimpah.

Pelbagai cara nak buat rezeki melimpah ruah. Jika selama ini kita asyik memikirkan kenapa tak cukup aje duit, tentu ada yang kita culas lakukan.
Sebagaimana perkongsian ini moga ia menjadikan kita muhasabah diri untuk menjemput rezeki.
7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.
1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.
2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk ‘bersama’ jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.
3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.
4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.
5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.
6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.
7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!
Kredit: Syakirah Kapli