Berita

Bayaran On Call RM10? Dr Dedah Realiti Cabaran Doktor Kerajaan

Share

Kerjaya doktor bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai pengorbanan yang harus dilakukan termasuk masa bersama keluarga dan diri sendiri. Sebagaimana perkongsian Dr. Sakina Sulung membuka mata ramai tentang realiti sebenar kerja sebagai doktor kerajaan di Malaysia. Dengan bayaran oncall serendah RM10 sejam, pastinya bukan calang-calang doktor sanggup berkhidmat begitu tanpa mengira masa.

Perkongsian beliau adalah rentetan influencer mendedahkan rate yang agak tinggi! Ia satu perbandingan yang agak mencetuskan pelbagai persoalan apabila seorang influencer mendedahkan kadar bayaran untuk views content mereka yang mencecah lebih RM100K.

Ini bukan soal siapa lebih layak mendapat bayaran tinggi, tetapi ia mencerminkan realiti dunia hari ini. Sebagaimana dalam penulisan ini, Dr. Sakina berkongsi pengalaman dari sudut perspektif beliau dengan lebih mendalam.

Kerjaya Doktor Kerajaan Bukan Calang-Calang

Terbaca post kawan menyebut, doktor kerajaan dibayar oncall RM10 sejam.
Ya, lebih kurang begitulah.

Belajar bertahun-tahun, kena jadi HO 2 tahun, lepas tu ada rezeki sambung jadi Pakar lagi 4-5 tahun. Bila dah jadi Pakar pun, kerja macam takde anak bini kat rumah. Tiap kali oncall memang stress dan penat. Siapa yang tak pernah merasa, baik tutup je mulut.

Sebab kita pun sedia maklum, doktor kat hospital dan klinik kerajaan memang tak cukup nak tampung bilangan pesakit yang makin bertambah hari demi hari. Perkhidmatan, kalau boleh, nak makin canggih dan mesra rakyat. Pantang ada aduan, banyak masa staff yang akan dipersalahkan.

Jarang benar staff dibela walaupun aduan tu kadangkala tak berasas dan di luar logik manusia. Sebab kalau boleh, KKM ni, nak zero aduan. Tak logik, kan?

Tanggungjawab pula bukan setakat kerja klinikal. Banyak masa, doktor Pakar dan MO dipertanggungjawabkan menjaga dan menyelia kerja doktor-doktor muda yang bekerja bersama mereka.

ebarang kesilapan doktor-doktor muda ni, akan dikembalikan kepada doktor yang menyelia. Kalau tak diajar, nanti doktor muda takkan dapat belajar. Tapi kalau nak mengajar, takleh garang-garang juga, nanti dapat surat aduan pula

(Tapi pengalaman saya, yang garang itulah yang banyak beri kesan kat saya, ingat sampai sekarang apa yang dipesan/dimarah)
Itu faktor yang menolak dari dalam institusi.

Faktor yang menarik dari luar pula, of course, GAJI. Gaji Doktor Pakar kat hospital swasta, boleh mencecah 3-10 kali ganda berbanding rakan sejawat di hospital kerajaan tanpa ada tanggungjawab menyelia doktor HO/MO. Tak perlu juga hadir meeting yang diperlukan oleh pihak pentadbiran. Stressnya kurang. Pesakit pun banyak masa, lebih mesra dan kurang komplen yang bukan-bukan. Bilangan pesakit??

Pastinya tak seramai berbanding hospital/klinik kerajaan. Kalau buat round pun, tak sempat sejam dah habis.

Bukan saya cakap, kerja kat hospital swasta tak stress, tapi stressnya berbaloi sebab mereka dibayar setimpal. Sekali pesakit panggil doktor Pakar tengok kat wad, RM200 untuk konsultasi.

Kalau kat hospital kerajaan, doktor Pakar dibuat jadi kuli. Silap-silap pesakit dan keluarga pun selamba je maki. Yelah, konon mereka yang bayar cukai.

Sebab tu, ramai sangat doktor-doktor muda, baik Pakar mahupun tidak, yang hantar notis berhenti. Sapa yang tahan, kerja teruk tapi gajinya tidak sebanyak kawan yang kerja swasta. Kami pernah buat lawak, kalau pegi seminar, kalau tengok kereta mewah kat tempat parking, itulah kereta doktor swasta. Yang berkereta nasional tu, biasanya doktor kerajaan.

Dan doktor-doktor muda ni, bila resign, siapa yang akan monitor mereka? Hampir tiada. Semuanya bergantung kepada integriti dan iman mereka sendiri. Kalau nak jalan singkat nak kaya, jadilah pengeluar produk punah, burukkan KKM atau aktif kat TT, beri nasihat sana sini tak ikut guideline yang ada.

Tanpa title Pakar pun boleh kaya raya tukar kereta mewah, buat rumah banglo. Integriti ditolak ke tepi. Maaflah, membebel pagi-pagi.
Sebabnya terkesima sekejap tengok rate influencer cantik ni letak. Memang boleh pegi Haji balik hari.

Sumber: Sakinah Sulong