Sekarang ni ramai yang menggunakan kemudahan internet secara WiFi di rumah. Maklumlah anak-anak setiap hari menggunakan untuk PdPR. Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja di rumah.
Namun pernah kita mengalami situasi apabila prestasi WiFi anda terasa perlahan pada waktu-waktu tertentu membuatkan aktiviti harian menjadi sukar.
Tahukah anda ia berlaku barangkali dikatakan berkaitan dengan ‘pencerobohan’ line internet. Siapa yang tak geram, bayar mahal-mahal ada yang guna secara percuma.
Nak tahu cara kesan pencuri WiFi tersebut, menerusi pengguna TikTok @hafizi.zain, menunjukkan cara untuk kesan pencuri WiFi di rumah yang menyebabkan internet menjadi perlahan.
Langkah pertama: Muat turun aplikasi Fing yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.
Langkah kedua: Settings Fing mengikut terma dan syarat
Ads
Langkah ketiga: Selesai settings, ‘scan for device’
Langkah Ke empat: Paparan skrin dikatakan menunjukkan beberapa nama yang mencurigakan. Klik peranti berkenaan.
Langkah kelima: Klik ‘remove divice’.
Ads
Nota: Aplikasi ini dapat membantu anda mengenal pasti peranti yang daripada terus mengakses rangkaian WiFi ini. Jadi cara yang sebaiknya adalah menukar ‘password’ untuk mengelak kejadian sama berulang.
Terdapat begitu banyak spesis orkid yang terlihat cantik dan unik malah pelbagai warna bunga-bungaanya. Bunga orkid ini juga walau tidak mempunyai bau yang harum, namun orkid punya tarikannya yang tersendiri hingga berjaya mencuri tumpuan ramai.
Jadi tidak hairanlah, buat peminat pokok bunga akan ada sepasu dua pokok orkid ini sebagai penyeri laman kediaman. Tambahan pula dikatakan menanam pokok orkid ini mudah dan aspek penjagaannya juga tidak memerlukan penjagaan rapi.
Contohnya untuk memastikan pokok bunga lebih subur dan berbunga lebat, di sini dikongsikan tip yang boleh dibuat dengan cara yang cukup ringkas, malah modalnya juga cukup murah.
Nak tahu bagaimana tips tersebut, ini dikongsikan oleh Saudara Roslan Sidek untuk manfaat bersama. Jom semak.
Tips murah untuk penjagaan orkid gantung agar hidup subur dan In sha Allah mampu mengeluarkan bunga yang sihat,cantik dan berseri.
1. Gunakan tisu dan bubuh 1 sudu baja khususnya baja organik ( Silicon Fire 70 ) ke atas tisu tersebut. Bungkus baja tu pun ok guna tisu tu. Ia berfungsi mengekalkan kelembapan.
2. Siram 2-3 hari sekali ( jika musim hujan ) dan siram 2 kali sehari dimusim panas. Pastikan baja tidak terpelanting masa siram.
3. Disamping itu gunakan racikan sabut kelapa berserta arang untuk dijadikan medium tanaman.
In sha Allah selamat mencuba.Pokok orkid saya hidup subur dan gemok gemok.Tunggu bila ia berbunga nanti
Menyediakan menu berasaskan kari tidak akan lengkap tanpa daun kari sebagai penambah aroma hidangan. Walau digunakan sedikit, memadai untuk membangkitkan keenakan rasa sesuatu hidangan.
Pun begitu, kebiasaannya bila kita hendak membeli daun kari mana mungkin dibeli setangkai dua tetapi dijual seikat. Tentunya akan banyak lebihan daun kari setelah digunakan untuk menyediakan juadah enak untuk keluarga. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, lebihan daun kari tersebut akhirnya akan kering, rosak dan dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada beberapa petua untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama dan aromanya kekal segar walau disimpan lama. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Emma Zam, menurutnya dengan cara menjemur terlebih dahulu daun kari dan kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara adalah sangat berkesan untuk pastikan daun kari kekal elok dan beraroma untuk jangka masa yang lama hingga berbulan-bulan.
Untuk itu ikuti tip yang dikongsikan olehnya, semoga bermanfaat.
“Hi semua, selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada di buang baik simpan
jemur dahkering masuk toples (balang) Nak masak cekup je, bau kekal sama.”
Cara-caranya:
Daun kari dicuci bersih dan kemudian jemur di bawah cahaya matahari.
2. Bila sudah kering boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Bila hendak masak ambil sahaja.
Meninjau di ruangan komen, warganet turut berkongsi info ekstra untuk memudahkan lagi proses menjemur daun kari tersebut.
Info Ekstra.
Jemur daun kari dengan tangkainya sekali, jadi daun-daunnya tidak berterbangan sewaktu dijemur. Bila sudah agak kering, barulah lurutkan daun kari dari tangkainya.
Cara menjemur ini juga boleh dipraktikkan untuk daun limau purut, daun kunyit dan daun kesum.
Selain dijemur di bawah cahaya matahari, boleh juga dibakar sekejap di dalam oven. Cara ini lebih mudah dan cepat.
Bila hendak menyimpan di dalam bekas, disarankan jangan padat atau penuh satu bekas. Kena ada ruang agar daun kekal kering dan tidak rosak. Selain itu bila isi terlalu padat daun akan mudah rosak.
Daun kari yang disimpan boleh diletakkan di dalam suhu bilik sahaja tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Boleh beli bekas kedap udara secara online dengan promosi menarik di sini
Sumber : Emma Zam via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Siapa yang tak kenal dengan hero Malaya bernama Remy Ishak ini. Penampilan dan pembawaan watak baik drama mahupun filem cukup dikagumi ramai.Tak hairanlah ramai yang cukup meminatinya. suami kesayangan Ezza Yusof ini tidak banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga.
Sah bergelar suami lima bulan yang lalu, tumpuan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini lebih kepada dunia lakonan.
Terbaru, Remy berkongsi gambar dia sedang melipat pakaian Dan mengemas wardrobe. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah lipatan baju oleh anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini cukup kemas.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.