Setiap kali posting berkenaan kes penderaan adik Bella dimuatnaik di media sosial, pasti terdapat komen yang meninggalkan kata-kata kesat terutama berhubung keadaan fizikal pengasas Rumah Bonda itu.
Tidak bersetuju dengan cara tersebut, pelakon Ika Nabella tampil menasihati warganet supaya tidak mengaitkan faktor saiz fizikal wanitai tu walaupun dalam keadaan beremosi.
Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, yang sepatutnya ditegur adalah perbuatan yang dilakukan dan bukan menyalahkan saiz badannya.
“Bila korang sangat marah pada Bainun, tolong jangan berkata pasal saiz fizikalnya. Ia menggambarkan betapa rendah tahap mentaliti korang.
“Jangan terasa, saya cuba tegur secara umum sahaja sebab yang jahat itu dia bukan saiz badan dia. Bayangkan orang bersaiz macam Bainun.
“Apa mereka rasa? Mereka akan rasa teruk padahal tak minta pun hidup dengan saizbadan begitu,” tulisnya dikapsyen.
Dia turut mempersoalkan kesan buruk terhadap segelintir individu sekiranya orang ramai melakukan perbuatan mengata saiz badan atau ‘body shaming’.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu meminta pengikutnya tidak salah anggap kononnya dia berpihak kepada Siti Bainun sebaliknya dia hanya menegur agar tidak menghina ciptaan Allah.
“Korang jangan salah faham. Saya tak sokong apa Siti Bainun buat yang sudah tentunya salah. Tapi tolong baca satu persatu, mesej disampaikan adalah tentang kita. Kita ni nak jadi generasi yang menghina kejadian Allah? Nauzubillah.
“Kita semua kecewa dan emosi pasal kes itu tapi boleh tak kita bertenang, bukan suruh sokong si Bainun. Orang kejam je sokong perbuatankejam,” ujarnya lagi.
Baru bergelar ibu dan ayah, pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dilihat cukup bahagia malah kedua-duanya berjaya menjalankan tugas menjaga si kecil itu dengan baik.
Bagi Kamal Adli, tempoh dua bulan bergelar bapa terasa begitu pantas malah dia teruja puteri kesayangannya, Hawra Uqaira membesar dengan sihat.
Biar pun begitu, Kamal mengakui rutin berjaga malam menjadi cabaran terbesarnya kini namun cukup seronok melalui pengalaman bergelar bapa.
“Hawra Uqaira sudah masuk dua bulan. Alhamdulillah dia sihat. Kami terkejut kerana sekejap sahaja dia membesar.
“Pada awal kelahiran memang sukar sedikit. Saya saling bertukar shift dengan Uqasha. Dia menjaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.
“Tapi malam pun Uqasha bangun juga. Susah rupanya berjaga malam ni sebab Uqaira macam nak tidur tapi tak nak tidur,” katanya berkongsi.
Tambah Kamal lagi, dia memuji sifat keibuan yang ditunjukkan Uqasha dalam menjaga buah hatinya malah tidak pernah mengeluh biarpun keletihan menjaga anak mereka.
“Alhamdulillah Uqasha baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha dengan caranya menjaga anak kami.
“Saya sendiri tak sekuatnya. Pada pukul 3, 4 pagi boleh bangun dodoikan anak. Saya tengok Uqasha seorang ibu yang ‘sebenar’ kerana sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu. Dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” katanya.
Malah kata Kamal lagi, dia dan Uqasha setakat ini tidak menggunakan pembantu malah mahu menjaga sendiri permata hati mereka tanpa bantuan orang luar.
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Emas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup menabung duit setiap bulan demi memiliki barang kemas.
Namun, wanita kena ada ilmu emas sebelum membelinya supaya tidak salah memilih. Nak jual balik dalam tempoh waktu terdekat memang emas akan susut nilai.
Memang ada emas kosong nampak besar tapi dari segi ketahanannya tidak lama. Sebalik dengan emas padu.
Namun, pemilik kedai emas ini mempunyai pandangannya tersendiri mengenai emas kosong dan padu.
Ikuti nasihatnya.
EMAS KOSONG DAN EMAS PADU
Tahan ke tak tahan? “Baru je beli dua tiga hari, dah rosak, putus, hancur”…
Harga emas sekarang dah la mahal. Takdan puas pakai, rosak pulak.
Eh, emas dari zaman nenek moyang kita memang sedia MAHAL la gaisss. Bila kita dah beralih zaman kepada 5 hingga 10 tahun, baru la kita akan sedar emas dulu murah daripada harini.
INI CARANYA
Pemakaian EMAS ni tak kira la dia KOSONG atau PADU, kita sendiri kena tengok balik macam mana cara kita pakai. Bila dah terjadinya kerosakkan pada emas kita pakai tu, memang kita TAK AKAN mengaku punya salah kita. Kita akan salahkan apa saja yang ada disekeliling pada waktu tu. Ataupun kita akan terus salahkan penjual, menjual barang yang tak berkualiti. Sedih je si penjual. Esoknya penjual tu terus resign serta merta kerana dicerca dan dimaki bertubi-tubi..
EMAS KOSONG :
TAK BOLEH pakai lasak, basahan, lenjan setiap masa. macam mana dikatakan lasak?
– kalau tidur jenis memang tak berapa nak sedar melibas sana sini, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. dikuatiri tersangkut kelambu, selimut, kain dan bebenang.
– kalau suri rumah, bila buat segala aktiviti harian seperti basuh pinggan mangkuk, cuci tandas, mop lantai, main merangkak-rangkak dengan anak kecik, bercucuk tanam di halaman rumah, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. semua aktiviti tu sedikit sebanyak akan beri kesan pada emas dipakai. contoh akan kemek, patah, bengkok dan lagi teruk putus jahanam terus.
sudahnya asyik buka je, bila boleh pakai? pakai la bila dah bersiap2 nak keluar pergi dating atau makan malam diluar bersama suami atau rakan-rakan. pakai la bila ada majlis port-luck dengan jiran tetangga. pakai la bila masa anda rasa, tak berbuat apa-apa pada hari tu, duduk saja goyang kaki lagak orang kaya. duk saja pun putus, patah? tak tau la saya nak cakap apa lagi. emas tu tak suka atau ‘taktahan’ la kot ada kat badan anda rasanya. kah kah kah..
EMAS PADU :
Boleh pakai belasahan harian, lenjan setiap masa. Tapi kalau sama je jenis kat atas tu, dinasihatkan buka la. jangan terkejut, EMAS PADU 10gram pun ada yang pakai seminggu, putus. dah, penjual jugak disalahkan lagi.
Jadi.. nasihat saya selaku LELAKI yang menjual emas dan tak boleh pakai emas..
EMAS TU TAHAN ATAU TIDAK?
tengok balik diri kita sendiri sesuai ke tidak nak pakai emas pada waktu dan ketika tu. kalau rasa2 ia akan mendatangkan kemudaratan pada emas kita pakai, BUKA LA. tak payah pakai. tapi kalau nak lenjan pakai jugak, PAKAI jela. rosak beli lain.. asalkan jangan bising
Tapi ada lagi satu nasihat saya.. walaupun emas tu dah rosak, simpan la dalam masa 5 tahun ke atas sekiranya anda nak lihat keuntungan. Sekiranya baru je beli seminggu dua, nak jual semula.. sesungguhnya memang anda kerugian. Tak kisah la baru beli sehari ke dua hari, sekiranya emas sudah rosak, tidak akan ada manusia nak beli balik seperti harga semasa baru dibeli. Tapi, mujur la jugak emas ni laku walaupun hancur lebur sekalipun kan.
Saya nasihat ni sebab saya simpati kepada pembeli yang alami masalah seperti di atas. Ye saya tahu, susah kumpul duit untuk beli seketul EMAS. MAHAL pulak tu. Baru je beli rosak pulak. Ralat tak habis-habis. Rujuk kembali nasihat saya seperti di atas. Boleh ikut kiranya bermanfaat.
Dan akhir kata.. EMAS tak salah. saya dan kita semua yang salah. tolong jangan kecam saya, saya hati tisu .
Beberapa hari lalu menyaksikan banyak plaza tol sesak teruk awal pagi Isnin akibat pengguna yang menggunakan laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Situasi sesak itu sekali gus membuatkan ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial masing-masing.
Masing-masing memberitahu pelekat RFID tidak berfungsi dengan sempurna hingga membuatkan palang besi tidak dibuka yang mengakibatkan kenderaan terpaksa berundur untuk mengubah lorong lain.
Ekoran itu, ada warganet turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut terutama cara-cara untuk memasang tag RFID pada kereta dengan betul.
Sebagaimana perkongsian saudara Solihin Razali, yang memberitahu cara yang betul bagi memudahkan kelancaran perjalanan ketika mengunakan lorong RFID.
Katanya, pelekat dipasang oleh pekerja tol dengan menggunakan pengimbas RFID manual.
RFID pasang di toll, diorang test guna scanner RFID manual:
– pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi) – pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)
End up diorg pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula2 tu ragu2 jugak, boleh detect ke idak ni.
Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yg paling BEST adalah palang buka lebih awal.
Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati! Siapa lagi geng RFID tepi plat?
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara