Bayam Merah Sebesar Telapak Tangan, Begini Wanita Ni Kongsi Nak Dapatkan Tanaman Subur & Segar!

Share

Menanam sayur walau sekadar hobi di masa lapang jika hasilnya subur memang puas hati jadinya. Malah tidak hairan pun jika sebelum ini tanam  sepokok dua, boleh jadi penuh satu laman dibuatnya. Maklumlah makin semangat lihat tanaman yang subur.

Umpamanya kalau menanam bayam merah seperti yang dikongsikan oleh Enkay Nik Mustaffa di group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri. Lihatlah betapa besarnya daun bayam tersebut hingga menyamai telapak tangan.

Menurutnya bayam merah saiz mega tersebut dapat dihasilkan dengan penggunaan baja yang dihasilkan sendiri olehnya, iaitu baja cecair bokashi.

“Saya suka tanam bayam. Sekali saja tanam, biarkan satu pokok matang, nanti akan tumbuh la anak bayam di mana mana tempat. Alihkan saja ke dalam pasu. Diam tak diam, dah 7 tahun produce baja sendiri,”- tulisnya ringkas.

Cara Buat Bokashi

Bokashi yang saya buat ringkas sahaja. Sesiapa saja boleh buat.
Alat :
Tong sampah/tong cat yang ada penutup, dipasangkan paip- senang nak ambil air peraman.
Penapis – menapis sisa supaya paip tidak tersumbat.
Gula merah/bokashi bran
Sisa dapur yang tidak berlemak dan berminyak
Optional bahan booster lain seperti tempe, yakult, belacan boleh add on secara berkala.

Caranya.
1. Basuh sisa makanan yang tidak habis seperti mee goreng, mee rebus dan sebagainya supaya minyak dapat dikeluarkan secara maksimum. Sejatkan sekejap supaya tidak berair.
2. Gaulkan sisa dengan gula merah/bokashi bran dengan ratio 1:1.
3. Masukkan ke dalam tong yang telah siap dipasang penapis.
4. Cecair bokashi boleh dituai selepas tiga hari peraman.
5. Cairkan dengan ratio 1:10 air tanpa klorin dan boleh guna sebagai siraman 2kali seminggu.


Bila tong penuh, peram selama 3 bulan..dan boleh digunakan sebagai media tanaman. Campurkan 1:1 dengan tanah topsoil.

Ekstra tip :

  1. Kalau komposisi antara bahan dan agen peraman cukup, inshaAllah tak busuk. Cuma tak boleh dimasukkan lemak ayam, daging, tenusu, telur.

2. Kalau ada ulat, itu normal asalkan baunya tidak busuk. Bokashi akan berbau manis. Ulat tu adalah ulat bsf yang berfungsi mempercepatkan penguraian sisa makanan. Kalau tak nak ada ulat, kena tutup dengan plastik supaya lalat tidak boleh hinggap.

3.Tong apa pun tak kisah, boleh dgunakan. Yang penting adalah bahan yang digunakan untuk buat bokashi ni. Kalau tak ada bokashi bran, boleh guna gula merah saja. Cuma ratio perlu sama banyak.

Sumber : Enkay Nik Mustaffa