Masak apa hari ni untuk hidangan keluarga? Tentu menu hari ni istimewa, maklumlah hujung minggu.
Antara menu yang boleh dicuba ialah kelabu bayan brazil. Memang mudah nak buat, rasa pun terangkat. Jom tengok resipi ni.
_______________________________
Pegi rumah kakak.. Kakak buat kerabu bayam brazil.. Ya ampunnn sedap ya amattt
Edit:
Disebabkan ramai tanya resepi, ni kakak saya buat.. Resepi dia bagi ni ye..
Bayam Brazil
Mangga Muda
Cili Padi
Bawang Merah
Gula (ikut rasa)
Air Limau Nipis
Asam Boi di hiris atau di sagat… jangan ambil bijinya.. kang lekat lak kat kerongkong
Paling penting kerisik..
Lebihkan sikit ikan bilis di goreng garing. Tabur last lepas gaul.
Garam tak perlu.. jika ada ikan bilis dan asam boi.
Bunga Kantan sebagai penyedap dan nak bau wangi.Kuantiti bahan ikut sesedap rasa.
Memang enak dimakan begitu aje atau bersama nasi.
Kredit: Nabila Humaira