
Andai pokok Bayam Brazil yang ditanam diserang serangga perosak, jika dibiarkan pasti sahaja lama kelamaan akan mati.
Tidak mahu hal itu terjadi ada baiknya lakukan sepertimana yang dikongsikan oleh Noor Aina ini.
Jom semak untuk manfaat bersama.
Assalamualaikum. Saja nak share macam mana saya ‘pulihkan’ bayam brazil yang diserang binatang hitam kecik2 tu.
Down sangat sebab bayam brazil ni subur tapi dalam masa 2 hari je, binatang tu kenduri daunnya
Tipsnya:
Satu sudu besar cengkih. Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.
Dah sejuk masukkan dalam botol spray. Spray hari2 pagi petang. Tips ni dari fb juga. Nanti saya edit dan kredit tuannya.
Mulanya macam ya tak ya je. Sebab spray racun serangga dan cuka kayu pun tak jalan, apa lah sangat cengkih ni. Tapi why not cuba kan, bukan mahal pun.
Rupanya superfood ini juga super pada tanaman. Spray tanpa cabut daun2 rosak. Boleh tengok hasilnya dia recover.
Gambar pertama tu selepas kenduri mereka.
Gambar ke 2 dan ke 3 progress nya. Air hujan membantu juga untuk terus subur
Terima kasih banyak2 kepada saudara yang bagi tips.
Semoga bermanfaat.
*edited.
Sudu plastik tu untuk elak kucing lepak. Lepas letak, dia tak masuk dah. Ada jugak letak garfu atau chopstick.
Credit to owner tips Rosdi Bin Ahmad
sumber : Nor Anna Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Lipatan Cadar Nak Nampak Kemas & Seragam Dalam Almari, Wanita Ni Kongsi Tip & Stepnya. Boleh Follow!

Sebagai seorang isteri tugas kita di rumah memang pelbagai dan sudah menjadi lumrah orang perempuan sukakan kecantikan dan kebersihan. Kalau boleh bab mengemas dan melipat pakaian pun nak juga nampak cantik dan kemas. Barulah sedap mata memandang tiap kali pintu almari dibuka.
Menyusun pakaian di dalam almari mungkin ada yang merasakan begitu mudah untuk dilakukan, tapi untuk pastikan setiap lipatan seragam dan tersusun rapi itu ada cabarannya dan perlukan skil yang tersendiri. Apatah lagi jika melipat cadar yang mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding pakaian lain.
Umumnya cadar ada pelbagai saiz seperti single, quen mahu pun king yang sudah tentu sahaja sangat besar dan akan menimbulkan rasa kepayahan untuk dilipat kemas. Oleh itu, bagi memastikan setiap lipatan cadar adalah seragam di dalam almari bolehlah jadikan teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip ini sebagai panduan.
Menurut perkongsian kisah daripadanya, cara yang dipraktikkan ini turut diminta oleh ibunya untuk diajarkan kepada bibik ibunya itu. Bahkan Puan Muhaszlina ada menyatakan sebenarnya dalam melipat cadar ini apa-apa cara pun boleh, tiada yang betul mahu pun salah. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Namun pada sesiapa yang ingin tahu dan mengikuti cara yang dikongsikan ini, dipersilakan. Begini Langkah-langkahnya :
Step 1 : Temukan bucu ke bucu
Mula-mula, temukan bucu ke bucu.
Step 2 : Kemaskan
kemaskan bucu lagi satu juga.
Step 3 : Jadikan segi empat
Sampai jadi segiempat camni.
Step 4 : Masukkan lipatan ke bahagian dalam
Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah tu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.
Step 5 : Lipatkan bahagian bawah
Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar single boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan lipatan bahagian bawah tu.
Step 6 : Lipatkan bahagian atas
Lipatkan bahagian atas pula. Sampai jadi camni. Kemaskan.
ARTIKEL MENARIK :Pembuka Pintu Rezeki, Buat Ni Rezeki Makin Berlipat Ganda. Rugi Tak Buat Kalau Dah Tahu!
ARTIKEL MENARIK LAGI :Sidai Kain Yang Berlambak, Sekejap Je Ibu Ni Siapkan. Begini Triknya!
Step 7 : Lipat lagi & letakkan sarung bantal
Lipat lagi..dan susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar.
Step 8 : Siap!
Ini contoh susunan dalam almari. Cadar akak ni ada banyak size. Ada size Queen dan Super Single. Apa yang penting, size lebar lipatan cadar tu kena sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok jer dan tak tumbang.
Sumber : Muhaszlina Sanip
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tahun Ni Sambut Di Sini Tapi Alam Kita Berbeza.” Suami Bawa Bayi Sambut ‘Anniversary’ Di Pusara Isteri!

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi dia yang menentukan segalanya.
Kegembiraan bergelar ibu dan ayah hanya seketika bila mana isteri tersayang pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan, arwah tidak sempat menatap wajah si kecil.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh saudara Izrul Mat Taib apabila isteri tersayang tidak sempat melihat anak sulung mereka membesar kerana di jemput Ilahi selepas 40 hari melahirkan.
Allahyarhamah Norehan Zainal dikatakan meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung tanpa melihat anak mereka, Annur Ayesha.
Baru-baru ini (8 September ), pasangan ini sepatutnya menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat kali kedua.
Namun, mereka hanya mampu merancang, biarpun tidak dapat menyambut bersama isteri tersayang, saudara Izrul membawa anak kecil mereka ke pusara arwah isterinya.
Hari ni ulang tahun perkahwinan kita syggg yg ke 2thun..sdih xdpt smbut ngan awk tahun lpas pon kita smbut biase2 je awk ckp xpe tahun dpn kita smbut bertiga meriah skit sbb ade ank tapi tahun ni kita smbut at sni je cme alam kita berbeza…
Kadang hati ni rasa redha kdg x sy sygggg awk sngt2 trbyang2 awk ade lagi ngan sy…da lame nk mlwat awk tapi hari ni sy ambk cti nk bwak ayesha jmpe awk sbb hari ni ulang tahun perkahwinan kita…..
kdg sy rasa down sngt2 tapi hdup prlu dtruskan hrap awk damai la dsana dan smga awk dtmpatkn dklngan org beriman smga suatu hari nnt kita dpt berkumpul kluarga kcik kita nnt d syurga……
Sy ngan ayesha syggg awk sngt2….awk sntiase dhati sy love u sygggg
#8-9-18
#8-9-2020
#ulangtahunperkahwinanke2
#sytetapsygggawk
“Hilangnya Sebutir Permata Agama.” Pendakwah Terkenal, Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

Perkhabaran duka. Hilang satu lagi permata yang mendidik kita tentang agama. Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Menurut EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah.
Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian paru-paru.
Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
“Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan As-Sobirin, pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online