Bila kita memasak menggunakan bawang putih, pasti sama ada bawang putih tersebut diketuk, ada pula dihiris, dan paling tidak pun dikisar halus untuk dijadikan ramuan yang enak dalam masakan.
Tapi tahukah anda, perbezaan cara tersebut sebenarnya mempunyai kesan pada khasiat bawang putih tersebut.
Ini dijelaskan oleh Pakar saintis ini.Jom semak.
KENAPA BAWANG PUTIH PERLU DIKETUK DAHULU DAN DIBIARKAN 10 MINIT?
1. Kerana TEMPOH 10 MINIT selepas diketuk, enzim akan keluar dari sel dan bertindak balas untuk hasilkan bahan antikanser kuat – ALLICIN
2. MADU TULEN boleh ditambah kerana ia mengandungi enzim semulajadi yang akan tingkatkan khasiat.
3. Jika bawang putih terus dibakar, dipanaskan atau digoreng pada suhu tinggi (tanpa diketuk), ALLICIN belum sempat dibentuk dan akan rosak dengan suhu tinggi.
4. BAHAN ALLICIN (anti kanser payudara, prostat, usus besar, kulit, rahim, pundi kencing dan paru-paru) akan tukar bentuk lain iaitu AJOENE, jika dicampur minyak.
5. AJOENE adalah antikanser LEUKEMIA.
6. Caranya – ambil 1@2 ulas bawang putih, buang kulit, ketuk, biarkan 10 minit dan panaskan dengan sedikit minyak (2 sudu). Jangan masak lama pada suhu tinggi kerana akan merosakkan khasiat.
6. Sila rujuk tindak-balas kimia di bawah
Sumber : DrSuriRoowi
Principal Scientist
Rujukan:
a. Naznin et al. (2015).Advances in Applied Agricultural Science
Volume 03 (2015), Issue 04, 16-25
b. Kooti et al. (2017). J Evid Based Complementary Altern Med. 22(4): 982–995.