Musim perayaan ini mungkin telah banyak kita menjamah pelbagai menu berasaskan pulut, antaranya seperti lemang, ketupat palas, pulut kuning, kuih lopes dan sebagainya. Bila ini yang banyak dimakan, tentu perut juga akan terasa berangin dan sebu.
Jadi untuk meredakan rasa tidak selesa itu, elok sangat untuk diamalkan makan bawang putih.
Bagaimana caranya?
Melalui perkongsian Normah Bahari via MAHN, cara yang ditunjukkan cukup mudah. Ini katanya,”Sebelum ini saya tak boleh nak makan banyak , 2 ketul saja kepala akan rasa pening , perut dan dada rasa penuh dengan angin , tapi bila saya makan bawang putih ni , saya dah tak ada masaalah lagi , dah boleh makan sebanyak mungkin tanpa ragu-ragu.
Setiap kali sebelum atau selepas makan pulut, akan makan 1 sudu bawang putih dan minum dengan air suam.”-Normah.
Namun jika cara Puan Normah sedikit sukar untuk sesetengah antara anda menelannya, ada satu lagi perkongsian yang juga dapat merawat angin dengan bawang putih ini dan caranya cukup menyelerakan untuk dimakan.
Apakah itu?
Ini telah dikongsikan oleh Eyta Umairah via MHN dan menurutnya Crunchy Garlic ini sangat sesuai untuk yang tak boleh telan bawang putih bakar atau bawang putih letak dalam nasi. Kalau rajin boleh buat gini je ye.
Manfaat sama je, untuk buang angin, panaskan badan, lancarkan aliran darah. Ni bab buang angin ni boleh gerenti sebab saya amalkan.
Cara penyediaan :
- Bawang putih dibuang kulit dan disagat halus.
2. Setelah disagat, goreng di dalam minyak yang banyak hingga garing.
3. Bila telah garing angkat dan toskan. Kemudian taburkan garam dan serbuk lada hitam.
Ekstra info : Selain untuk dimakan bersama nasi ia juga sesuai dan boleh dimakan begitu sahaja.