Perasan tak kadang-kadang bila ada ahli keluarga kita terjatuh dan mengalami pendarahan, darah yang keluar susah untuk berhenti.Tapi ada juga terjadi, sesetengahnya begitu mudah kering.
Perbezaan cepat atau lambat ini sebenarnya ada kaitannya dengan sel platelet dalam darah kita. Jika kurang itu yang menyebabkan ‘darah cair’.
Namun jika terlalu pekat boleh pula menyebabkan penyakit arteri tersumbat dan sebagainya.Makanya darah tersebut perlu dicairkan untuk pastikan mengalir lancar di dalam tubuh.
Dan ini perkongsian dari seorang saintis buat yang akan menjalani pembedahan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan yang serius. Jom baca moga bermafaat.
KUNYIT DAN BAWANG PUTIH SEBAGAI ‘UBAT’ CAIR DARAH
Ads
Kunyit dan bawang putih boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.
Ads
Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.
Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.
Ads
Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.
Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum
Isteri kepada pelawak Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahaya memaklumkan akan menjalani prosedur membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nur Hasanah atau lebih mesra disapa Anne berkata dia masukkan di wad semalam di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, untuk pemeriksaan lanjut.
“Pertama kali dimasukkan ke wad dan buat pembedahan. Selepas doktor buat pemeriksaan telur saya dan Achey tak ada masalah. Kemudian saya buat ujian hysterosalpingogram atau HSG. Doktor buat imbasan untuk melihat keadaan tiub fallopian Tube.
“Doktor cadangkan untuk buang tiub itu kerana ada masalah tersekat pada tiub. Saya relakan sebab dah lama kami menanti untuk mendapatkan cahaya mata,” tulisnya.
Dalam entri itu, Anne turtu memohon maaf jika ada salah dan silap serta memaklumkan Achey tidak dapat menemaninya di hospital kerana terlibat dengan program Muzikal Lawak Superstar 3.
“Saya minta maaf pada semua andai kata saya ada salah dan silap ya. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sedih berpisah dengan suami sebab dia ada Muzikal Lawak Superstar 3 tak dapat temankan saya,” tulisnya.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Sumber : anne_achey._
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya bila pergi kedai mamak, mesti kita akan makan kari mamak yang pekat dan enak untuk dimakan bersama nasi kandar. Tapi sebenarnya boleh sahaja kalau kita sendiri memasak di rumah sama seperti itu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang isteri yang dikenali sebagai Nadiah Hashim. Menurutnya, kari yang dimasak olehnya menggunakan bahan-bahan yang mudah.
Ini perkongsiannya;
RESEPI KARI MAMAK ISTERI UNTUK SUAMI.
Hai semua. Musim PKP ni ada suami yang dah tak senang duduk di rumah. Rindu mamak agaknya. Nak bungkus, kedai mamak pula lebih 10km. Muka suami dah macam apa ketagih nasi kandar. Adohai nasib badan.. Kecian..
Jadi di sini saya share resepi kari mamak. Boleh eksyen kat suami yang kita pun bolehla jadi mamak. Kacang je.
Tak sepower Deen Maju Jelutong, tak juga sehebat Pelita Nasi Kandar. Tapi mana tahu lepas pekena air tangan isteri, suami dah tak heran dengan mamak. Bahan-bahan mudah. Boleh masak terus untuk lauk tengahari ni. Bagi suami tersandar rasa penangan kari mamak isteri. Kalau dah masak, share lah gambar kat komen.
Langkah pertama :
Ghee = minyak sapi. Nak pakai minyak sapi sepenuhnya pun boleh. Tapi harga minyak sapi mahal. Jadi masukkan minyak masak + ghee dalam sesudu dua pun dah sedap kaw
Langkah ke dua:
Langkah ke tiga :
Bila tambah garam masala, suami kata makin kaw padu. Kalau ada, bolehlah tambah. Kalau takde takpe. Saya gunakan kari ikan sebab rasa lebih subtle, lembut. Kari daging ni ada rasa pahit, susah nak hilangkan walau adjust gula. Nanti manis je lebih, tak berapa kaw.
Langkah ke empat :
Langkah ke lima :
Langkah ke enam :
Siapa yang nak makin padukan lagi kari ni, boleh tambah yoghurt original. Masukkan 2-4 sudu. Terpulang. Dia akan creamy. Nampak berketul-ketul pada awalnya, tapi lama-lama kacau jadi sebati.
Suami isteri bertengkar? Bukan perkara pelik tapi normal dalam sebuah rumah tangga. Bak kata sesetengah orang, ia adalah asam garam dalam membentuk hubungan lebih bermakna dan peluang mengenali pasangan lebih mendalam. Bagaimanapun, hal ini boleh membawa kepada satu situasi yang agak sukar apabila pertengkaran yang berlaku tidak ada sudahnya hingga menjejaskan keharmonian rumahtangga.
Bagaimana untuk jernihkan semula keadaan ini?
Meminta maaf
Semua orang mengakui bahawa perkara paling mudah tapi sukar dilakukan adalah meminta maaf. Namun demi kebaikan bersama, tanpa mengira siapa yang bersalah, hulurkanlah kata maaf. Jika dia yang bersalah, pasti si dia akan berasa bersalah dan kesal setelah anda yang terlebih dahulu menghulukan salam kemaafan. Andai anda kurang yakin untuk meminta maaf secara berdepan, anda boleh juga melakukannya melalu sekeping nota atau kad ucapan. Pasti hubungan anda berdua akan kembali lancer selepas itu.
Mengaku salah
Mengaku salah bukan bererti anda kalah. Rendahkan ego untuk melahirkan rasa kesal secara ikhlas atau kesalahan yang dilakukan andai ia benar-benar berpunca daripada anda. Ia adalah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan selepas terjadi pertengkaran. Tindakan itu juga pasti dapat menyejukkan hati pasangan dan membuat dia segera memaafkan anda.
Bergurau
Gurau senda boleh menjadi penawar mujarab dalam apa jua keadaan. Selepas bertengkar dengan pasangan, biasanya anda memerlukan sedikit masa untuk bersendiri. Tetapi jangan ambil masa terlalu lama. Usah menunggu dia tegur anda dahulu walaupun pada mata anda dia yang bersalah. Tidak rugi anda yang memulakannya dulu demi kebaikan anda berdua. Cuba fikir, apa yang anak-anak fikirkan apabila melihat ibu dan ayah mereka tidak bertegur sapa dan bermasam muka? Tentu ia beri impak tidak baik kepada anak-anak bukan? Jadi, lebih elok jika anda cuba menjernih suasana tegang itu dengan gurauan. Ia akan mencairkan hati yang beku dan membuat anda berdua tersenyum semula.
Solat
Alangkah baiknya jika selepas berlaku pertengkaran, redakan gejolak di hati dengan solat. Mandi dan berwuduk boleh mengurangan amarah. Pasti pasangan anda akan rasa tersentuh apabila melihat anda bersolat selepas bertengkar dengannya. Jangan lupa untuk berdoa agar hubungan anda berdua kembali harmoni.
Nikmati secawan kopi
Kopi boleh memberikan rasa lega di hati yang sedang marah. Aroma kopi yang menyegarkan pasti menusuk deria bau ketika anda membancuhnya. Jangan bancuh untuk diri anda sahaja. Sebaliknya sediakan juga untuk pasangan anda. Perbuatan ini walaupun tanpa kata-kata boleh menjadi jambatan menjernihkan semula hubungan selepas pertengkaran.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.