Bawang Merah Ibarat Magnet Tarik Kuman & Bakteria. Sebab Tu Tak Boleh Simpan Lepas Kupas. Doktor Ni Terangkan Sebabnya!

Share

Kebiasaannya, ibu-ibu yang memasak di dapur selalu terlebih mengupas bawang dan akhirnya tidka digunakan. Lalu disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan lain. Rupa-rupanya cara itu tidak elok untuk kesihatan. Baca perkongsian ini.



JANGAN SIMPAN BAWANG MERAH YANG SUDAH DIKUPAS KALAU TAK BERTUJUAN UNTUK MEMASAK.

Alasannya :
Ketika virus influenza merebak di seluruh dunia, seorang doktor menyatakan
"Ada keluarga yang tidak pernah dijangkiti oleh demam influenza".

Ketika berkunjung, beliau dapati keluarga ini setiap hari meletakkan bawang merah yang telah dikupas di piring dan meletakkannya di setiap bilik di rumah itu.

Ketika dia ambil sepiring untuk mengkaji, dia dapati seluruh permukaan bawang itu penuh virus influenza yang sudah tidak aktif. Bawang merah itu menarik atau menyedut virus dan mematikannya.

Bukan hanya virus saja, tapi juga bakteria semuanya terkumpul di situ dalam keadaan sudah inaktif atau mati.

Beberapa kedai yang mendedahkan bawang merah di sekitar kedainya juga bebas dari serangan kuman dan mendapati pekerjanya lebih sihat.

Letakkan beberapa ulas bawang merah yang telah dikupas/kopek di setiap bilik rumah anda.

Tukar setiap hari, anda akan bebas dari virus dan bakteria. Buang bawang yang didedahkan dan digunakan, jgn dimakan bawang itu yang telah menyedut kuman dan bakteria.

Seorang penderita radang paru2 yang parah (pneumonia) menjalani rawatan bawang merah seperti berikut :

Ambil seulas bawang merah yang sederhana besar, hiris kedua hujungnya.
Salah satu hujungnya dicocok dengan garpu yang sebelah pemegangnya dimasukkan ke dalam botol supaya tegak.

Letak di tepi katil pesakit selama semalaman. Kita akan dapati bawang merah berubah jadi kehitaman kerana dipenuhi kuman.

Kemudian buang bawang itu ganti baru.

Pengidap akan lebih cepat sembuh.
Apa kesan dari semuanya ini?
Bawang merah mentah yang telah dikupas/kopek adalah magnet kuat bagi menarik/menyedut kuman dan bakteria bawaan angin.

Jangan simpan bawang merah mentah yang sudah dikupas/kopek, walaupun dalam peti sejuk. Jika hendak disimpan juga, masukkan kedalam bekas tertutup rapat. Jika keadaannya terdedah dalam peti sejuk, ia akan menyerap semua kuman dan bakteria, kemudian anda makan kuman dan bakteria itu.


Begitu juga ubi kentang, setelah dikupas, dipotong atau dihiris, mudah dijangkiti kuman dan bakteria. Oleh itu jangan sesekali mendedahkan ubi kentang yang telah dikupas/dikoyak kulitnya.

Kerana itu seeloknya kupas/kopek bawang merah hanya jika hendak segera dimasak.

Jangan jadikan penyedut kuman kemudian dimakan.

Semoga bermanfaat.