Melihat harga pasaran untuk bawang merah pada hari ini memang cukup tinggi harganya. Hal ini merunsingkan fikiran, apatah lagi jika kita selalu memasak menggunakan bawang merah dalam ramuan. Tentu akan lari bajet untuk belanja dapur dibuatnya.
Jadi sebagai satu langkah untuk berjimat, apa kata kita cuba untuk menanam sendiri bawang merah di laman rumah. Andai tidak tahu caranya, ini dikongsikan langkahnya untuk info bersama.
Jom semak perkongsian ini.
TANAM SENDIRI BAWANG MERAH
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir =2 bahagian campur tanah berkebun=1bahagian.
Ads
Tanam di tempat terbuka.
Musim panas,siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
.
Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
Ads
.
Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dalam 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Ads
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain2 baja yg di fikirkan baik.
.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yg siap diguna.
sumber : Azlina Mat Lazim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali tiba hujung bulan, pasti ramai yang tersenyum gembira kerana dah sampai masanya untuk dapat gaji. Namun kegembiraan itu tidak lama, selepas ditolak hutang dan perbelanjaan itu ini, hanya tinggal suku sahaja baki yang ada. kadangkala tidak mencukupi untuk membayar semua hutang.
Inilah yang membuatkan ramai mengeluh kerana bukan sahaja tidak mampu membeli barangan yang dihajati, malah untuk menyimpan pun tak boleh. Bayangkan kalau yang bergaji 5-6k sebulan pun tidak mencukupi apatah lagi yang lagi rendah kan.
Tetapi jika kita bijak dalam membuat kiraan dan bajet, pasti tidak akan timbul masalah. sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian. Cuma kena guna formula yang betul.
berikut adalah perkongsian dari Nur Aliah Mohd Nor dengan berpandukan Formula 30:60:5:5.
Caranya mudah, cuma ikut kita buat perbelajaan dan simpanan mengikut apa yang telah ditetapkan
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu: Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)
> Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
#No.3 Bocor (5%) Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh: > ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
#No.4 Sampah (5%) Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.
Contoh: > Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan. > Lindung harta dengan baik > Labur harta untuk masa depan. > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tip mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki kan.
Pengorbanan seorang isteri. Inilah contoh isteri dan ibu mithali yang sanggup berkorban segalanya demi yang tersayang. dek kerana tidak mahu mengganggu tumpuan sang suami yang sibuk sebagai orang nombor satu Negara, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sanggup menyembunyikan berita yang dirinya mempunyai kanser payudara.
Semalam Tun Hasmah berkongsi pengalamannya sebagai seorang ‘survivor’ kanser payudara dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.
Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.
Menurutnya, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser payudara pada Mac lalu ketika usianya 92 tahun.
“(Ketika itu) apabila saya rasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, saya disahkan mempunyai ketumbuhan kecil.
“Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan (kesihatan).
“Saya adalah survivor’ kanser payudara, bersyukur kerana melakukan pemeriksaan awal dan terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan seminggu kemudian.
“Sebelum itu saya buat sedikit kesilapan kerana tidak memaklumkan kepada suami membuat ujian berkenaan. Ketika itu Tun Mahathir sibuk dan beliau baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.
“Saya hanya maklumkan kepada anak-anak, namun lima hari kemudian doktor pakar datang ke rumah memaklumkan keputusan ujian berkenaan.
“Tun terkejut tetapi dia sendiri sarankan buat pembedahan secepat mungkin. Syukur saya dapat ceritakan kepada anda mengenai kisah dan pengalaman ini.
“Saya ingat lagi hari Isnin dapat keputusan, selepas itu tunggu sampai hari Jumaat masuk wad, petang periksa lagi sekali nak sahkan betul-betul ada ketumbuhan di situ, Sabtu pagi saya masuk bilik bedah, petang selesai pembedahan dan keesokannya saya dibenarkan pulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Siti Hasmah berkata rata-rata wanita takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kanser payudara kerana stigma takut dan malu masih menebal selain kurang pengetahuan.
“Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.
“Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kanser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.
“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa KL Pink October 2019, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam berkata kempen yang bermula sejak semalam sehingga Sabtu ini menyasarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam di 10 kawasan Parlimen sekitar ibu kota.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu seramai 913 wanita disaring, 104 wanita masih mendapat pemeriksaan lanjut, sebahagian mereka masih dalam temu janji dan 27 rumah pesakit kanser telah dilawati.
“Bagaimanapun daripada jumlah itu, kurang 30 peratus wanita yang telah diberikan temu janji hadir ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut walaupun ditawarkan pengangkutan percuma dan ini sangat membimbangkan kami kerana mereka adalah berpotensi menghidap kanser,” katanya.
Beliau berkata bilangan kes pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dan 18 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser adalah kanser payudara.
“Lebih malang apabila lebih 40 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit pada peringkat ketiga dan keempat.
“Justeru, kempen ini bukan sahaja memastikan golongan sasar membuat saringan dan pemeriksaan tetapi juga menerapkan maklumat penting tentang penjagaan kesihatan, bantuan dan peranan agensi terlibat dalam membantu mereka meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara,” katanya.
Sumber: Bernama & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waktu-waktu tidak terduga bila berlaku bekalan elektrik terputus di tengah malam dan di rumah tidak ada pula lilin, memang kalut juga dibuatnya. Lagi-lagi bila ada anak yang takut bergelap. Memang nak tak nak, perlu diusahakan untuk adakan cahaya dalam rumah.
Paling mudah mungkin yang terlintas difikiran kita on kan ‘flishlight’ telefon, namun risau juga jika mengambil masa yang lama untuk bekalan elektrik dapat disambungkan semula, mahu habis pula bateri telefon tersebut.
Oleh itu, usah runsing ada trik yang boleh anda lakukan dengan menggunakan cotton bud untuk dijadikan lilin. Menariknya cara ini menurut Anisah Connie, ia dapat bertahan berhari-hari. Hebat bunyinya bukan?
Nak tahu detail dikongsikan di sini untuk manfaat semua.
LILIN COTTON BUD
Bahan-Bahan :
Gelas
Air
Minyak Goreng
Cotton Bud
Cara-cara :
1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.
2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibagian tengah.
3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.
4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.
5. Nyalakan guna mancis atau lighter,
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.