Biarpun dipasaran banyak dijual bawang goreng ‘ready made’, namun ramai ibu-ibu memilih untuk buat sendiri.
Sebab apa? Lain tak bukan kerana keaslian rasanya, ternyata yang dibuat sendiri lebih sedap. Itu hakikatnya!
Rasanya lebih fresh, ranggup dan menyelerakan. Pun begitu, tak semua percubaan membuat sendiri bawang goreng rangup di rumah menjadi.
Bagi yang tak pernah buat, dan ingin mencuba kali pertama menyediakan bawang goreng ada yang terhangus atau mungkin juga terlembik dan tidak sedap rasanya.
Di sini dikongsikan petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup.
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Ads
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Ads
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Ads
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik makan nasi berlauk tentu boleh buat rasa bosan kan.
Apa kata berbuka pula dengan menu ringkas seperti mee goreng.
Antara mee goreng yang popular sudah tentu mee goreng mamak. Jadi tak perlu pergi kedai mamak, buat je di runah.
Nak tahy caranya ikuti perkongsian ini. Rasanya memang macam kedai mamak.
Jom , tengok caranya.
Resepi Mee Goreng Mamak Viral
Bahan-Bahan:
600g Mi kuning
1 Bawang besar
5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
1 Tomato dihiris
3 biji telur saiz besar
2 cili hijau dihiris
2 tauhu dipotong kecil
10 fish ball dipotong separuh
Sawi
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah gorend dan dikisar kasar
2 cawan air (cawan pengukuran)
Garam secukup rasa
Bahan-Bahan Untuk dikisar:
8 Ulas bawang putih
1 bawang saiz kecil
15g ikan bilis
5g udang kering
5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)
Cara Memasak:
· Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.
· Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.
· Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
· Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.
· Masak sampai pecah minyak.
· Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih
· Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
· Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
· Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak
· Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.
· Mee Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Baju sekolah anak yang putih dah comot macam nak ke penghujung November. Dengan kesan makananlah, air manislah, kesan tapak kaki dan daki berjemaah pada baju yang putih. Ni yang buat dok geram rasa macam nak belikan 365 baju helai hehe”–Farah
Mungkin perasaan yang sama juga ibu-ibu rasakan pada waktu ini. Apa tidaknya, belum pun penghujung tahun, baju sekolah anak sudah nampak begitu kusam sekali. Bukannya kita tidak mencuci dengan bersih, tapi seakan warna putih baju sekolah sudah tidak dapat dikembalikan lagi seperti mana di awal-awal tahun pemakaiannya.
Untuk itu, apa kata ibu-ibu praktiskan petua untuk kembalikan semula warna putih asli baju sekolah anak-anak. Hal ini juga turut dikongsi oleh Puan Farah di akaun miliknya Farah Arfah Yusof.
Perkongsian petua oleh Farah
“Meh Farah share petua ringkas untuk kekalkan keputihan baju tanpa perlu ganti baru hanya guna resepi eo je!”
Campurkan kedua bahan dan spray pada tompok kotoran dan terus dibasuh.
Insyallah baju anak-anak akan sentiasa putih dan bersih.
SELAIN ITU ADA 2 CARA LAIN YANG BOLEH PUTIHKAN BAJU SEKOLAH
CUCI SECARA BERASINGAN DENGAN PAKAIAN LAIN – Elak cuci baju putih dengan pakaian lain terutamanya tuala, baju berwarna gelap dan sebaiknya baju putih hanya dicuci dengan baju sama warna. Jika bercampur akibatnya baju putih menjadi kusam.
2. RENDAM DENGAN AIR SUAM -Rendam baju putih dalam air suam, kemudian parutkan sabun mandi dan biarkan seketika sebelum dicuci seperti biasa. Kesannya baju putih menjadi lebih putih bersih!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada di antara kita masih berbaki pemberian daging korban yang diterima ketika Hari Raya Aidiladha yang lalu. Tidak tahu menu apa lagi yang ingin dihidangkan untuk keluarga, apa kata kali ini sediakan menu special Nasi Daging Daging.
Oleh itu, bagaimana hendak masak Nasi Daging yang power? Ada petuanya, dan paling penting yang anda perlu tahu, nak masak Nasi Daging memang tersangatlah mudah dan ringkas. Campak-campak saja namun hasilnya memang hebat.
Cuba tip atau petua ini ketika memasak.
Mesti ada rempah 4 sekawan
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.
Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik dalam air asam
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
5 cawan beras
2 sudu makan rempah kurma
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 sudu makan marjerin
1 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
10 biji tomato kecil – dipotong dua
Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -dihiris
3 ulas bawang merah -dihiris
3 biji cili padi -dihiris
Sedikit asam jawa
1 sudu makan kerisik
3 batang cili merah *
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan bertanda * di atas.
Satukan kesemua bahan hiris.
Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.