Kerap bersin dan hidung tersumbat antara tanda awal menghidap selsema. Apabila berlaku keadaan ini, memang rasa tak selesa baik yang dewasa mahupun kanak-kanak.  Selsema adalah penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Ia biasanya disebabkan oleh virus.

Untuk mengatasi masalah ini terutama kepada anak selesema, selain makan ubat dan buat urutan alternatif, mak² boleh juga cuba buat tip ni.  Petua ini dikongsikan oleh saudari Yatie Eimra.

Saya selalu gak buat cara ni (terutamanya guna bawang) nak² bila tak berkesempatan nak urut dak Fydh ni. Ye ler, dah nama pun mak², banyak lagi urusan lain & kerja rumah nak disetel. Bukannya manjang dok urut anak jer😬

Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

💙Potongan Bawang Sebagai Air Purifier Semulajadi💙

====================================

Saya memang suka gunakan potongan bawang yang diletakkan dalam mangkuk kecil & letak berdekatan dengan anak. Dalam bawang ni ada bahan sulfur & tinggi kandungan quercetin yang berfungsi sebagai antiviral. Selain tu bawang mengurangkan selesema, hidung tersumbat, sakit tekak & batuk.

Bawang ni mempunyai daya penyerapan yang tinggi, sebab tu ia boleh menyerap bakteria & kuman disekitar kita. Dalam keluarga Allium, bawang merah & bawang putih mempunyai aktiviti antioksidan yang paling tinggi tau. Untuk jadikan bawang sebagai air purifier semulajadi –

Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

👉 Bawang merah wajib dikupas kulit & dibersihkan. Sesetengah bawang ni ada lapisan kulat hitam pada kulitnya (disebabkan oleh aspergillus niger iaitu sejenis fungus dalam tanah). Kalau ada kulat tu elok ler basuh bawang dengan air campuran cuka sikit. Kita nak anak sihat, tapi kalau dah sengaja lak bagi bawang berkulat, tak ke lagi teruk jadinya🤦🏻‍♀

👉 Saya tak suka hiris nipis atau letak bawang dekat kipas sebab ia akan sebabkan bawang cepat kering. Saya hanya potong 2 bahagian, kemudian kelar²kan bahagian tengah bawang, picit² sikit supaya jusnya mudah keluar. Tiap kali bawang mula kering, picit/ramas lagi bawang supaya lebih banyak jus keluar (pastikan tangan bersih ye supaya bawang tak serap kuman dari tangan korang pulak 😅)

👉Boleh renjis minyak masak sikit (saya selalu guna minyak bawang putih) untuk elak bawang terlalu cepat kering terutama jika guna aircond/dekat dengan kipas, etc.

IKLAN

👉Letak dalam bekas (sebaik²nya bertutup tapi ada lubang) lebih² lagi yang ada anak kecik tu. Takut anak kutip makan pulak. Saya suka letak bekas bawang ni kat tempat anak tidur/kawasan dia main sebab bau makin kurang bila bawang dah makin kering. So kalau anak hidung tersumbat, susahlah sikit nak bau kalau letak jauh². Kalau letak dalam bekas ni senang sikit, kadang² saya goncang²kan bekas (jus bawang akan tetap keluar sebab pressure dari goncangan tadi) & suruh je anak hidu 3-5x. Senang je keje kan.. Heheh..

👉Bawang ni hanya elok digunakan dalam tempoh semalaman–24 jam jer. Lepas tu sila buang & gantikan bawang baru.

👉Untuk kesan maksimum, boleh campurkan jugak bawang putih yang dah diketuk.

Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

💛Minyak Bawang Putih + Kunyit Hidup💛

====================================

Rasanya ramai yang sedia maklum kunyit hidup memang elok untuk redakan selesema, masalah hingus meleleh mahupun hidung tersumbat. Tapi ramai yang main tenyeh jer kunyit dengan getahnya sekali. Yang kita nak ialah khasiat kunyit dari ekstrak/pati kunyit tu..bukan getahnya🤦🏻‍♀ (lapisan yang melekit² & susah nak tanggal bila kena pisau tu.. 😬)

Sesetengah anak kecil ni kulit sensitif yang amat.. Nak² kalau baby lak tu.. Setiap anak tu kan lain² ketahanan badan & alergi nya.. Kalau takde alergi tu syukurlah, tapi kalau anak yang alergi kandungan getah pada kunyit ni boleh menyebabkan naik rashes & gatal² pulak bila disapu kunyit hidup pada hidung..

IKLAN

Camtu jugak yang letak bawang kat tapak kaki, etc. Bukan semua kulit anak serasi & boleh direct contact dengan herba² ni. Walaupun saya suka gunakan petua & herba, tapi dalam masa yang sama tetap ambil tahu apa risiko, alergi & kesan buruk (sekiranya ada) bila gunakan setiap petua/herba tu. Saya lebih suka ambil sikap berhati² & tak terlalu ikut tip & petua sembarangan. Tip & petua yang saya kongsikan selama ni pun, saya hanya kongsi jika ianya berkesan pada saya/family & tak keterlaluan sangat.

Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

👉Untuk kunyit hidup, lepas dikikis kulitnya, WAJIB rendam dulu dalam air selama 30 min-sejam untuk buang getahnya.

👉Lepas tu barulah ditos & lapkan sedikit dengan tisu/kain bersih supaya tak terlalu basah. Tumbuk kunyit tadi untuk dapatkan patinya. Boleh terus digunakan atau untuk kesan yang lebih efektif, campurkan sikit minyak garlic

👉Sapu kunyit/minyak bercampur kunyit pada hidung, sepanjang batang hidung hingga ke pangkalnya. Kalau anak ada resdung, lajakkan sikit hingga ke separuh dahi & sapukan juga pada kening (frontal sinus) serta sekitar tulang pipi (maxillary sinus).

👉Kunyit/minyak campuran kunyit tadi tu kalau boleh letaklah dalam bekas bertutup supaya tak mudah teroksida & masuk habuk. Gunakan dalam tempoh 24 jam jer. Untuk esok silalah buat yang lain ye.. Tapi kalau banyak balance lagi, simpan dalam fridge & gunakan dalam masa 3 hari (gunakan bekas bertutup sahaja)

Guna minyak & kunyit hidup ni memang muka akan kuning sikit la.. 😆Ekeke.. Sebab tu saya hanya gunakan campuran kunyit ni waktu malam ataupun pada hari yang memang confirm tak keluar rumah.😄

Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

IKLAN

❣Pesanan buat mak²..

Bila gunakan petua & herba ni, kena jaga kebersihan, buatlah berpada² & tak keterlaluan. Kalau ada petua yang baru 1st time nak cuba tu, calit & test sikit dulu pada lengan atau kaki – takut anak tak serasi/alergi.

Bukan ape, benda yang sepatutnya datangkan kebaikan, kalau salah caranya tetap boleh mendatangkan kemudaratan. Yang penting, kaedah alternatif bukanlah pengganti rawatan perubatan. Kalau anak tak serasi atau keadaan lebih teruk, pastikan dapatkan rawatan doktor👨🏻‍⚕

Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

#selesema

#hidungtersumbat

#hingusmeleleh

#potonganbawang

#airpurifiersemulajadi

#kunyithidup

#yatieimra

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI