Bagi keluarga yang memelihara kucing selalunya akan rasa serba salah jika terpaksa meninggalkan kucing di rumah bila bercuti panjang terutamanya di musim perayaan ini.

Andai kata diletak di boarding/hotel kucing pula hati tetap rasa tidak senang, apatah lagi bila selalu sangat dengar pengalaman kurang menyenangkan daripada orang lain. Ada sahaja masalahnya jadi terus ambil jalan selamat dengan bawa bersama kucing pulang ke kampung.

 

 

Orang kata senang, kucing sentiasa ada depan mata!

Bawa Kucing Balik Kampung Ni Tips Bagi Selesa. Confirm Tak Buat ‘Hura Hara’ Sepanjang Perjalanan!
Photo by Alexander London on Unsplash

Jadi buat anda yang mengambil keputusan untuk bawa si bulus pulang ke kampung, bolehlah praktikkan seperti tips yang dikongsikan oleh Klinik Haiwan Dkaz untuk dijadikan panduan bersama.

Ads

 

Tips Bawa Kucing Balik Kampung

  1. Kenali kucing kita sendiri, adakah kucing mudah takut, motion sickness, tenang dan sebagainya. Ini paling penting dalam persediaan untuk membawa kucing menaiki kenderaan demi keselamatan mereka dan kita.
  2. Sebelum perjalanan jauh, bawa kucing beraptai menaiki kenderaan untuk perjalanan jarak dekat seperti pergi ke 7E berdekatan rumah. Mulakan sesi raptai ini lebih awal. Paling kurang pun 3 hari sebelum perjalanan sebenar. Paling baik, 2 minggu sebelum perjalanan sebenar.
  3. Jika kucing jenis sangat penakut, maka jelas sekali kucing memerlukan ‘pertolongan’ untuk membuatnya tenang. Mohon bawa ke berjumpa Vet bagi mendapatkan nasihat yang sesuai.

    Bawa Kucing Balik Kampung Ni Tips Bagi Selesa. Confirm Tak Buat ‘Hura Hara’ Sepanjang Perjalanan!
    Photo by Anatolii Kozhukhar on Unsplash
  4. Paling baik, kucing diletakkan di dalam carrier sepanjang perjalanan.
  5. Tutup sebahagian ruang terbuka carrier supaya kucing lebih tenang.
  6. Seeloknya mulakan perjalanan di malam hari kerana suhu yang lebih sejuk. Kucing mempunyai suhu badan normal yang lebih tinggi dari manusia. Dan, mereka tak mampu membebaskan haba seperti kita. Jadi, mereka lebih mudah terkena strok haba.
  7. Elakkan memangku kucing di atas riba jika terpaksan bertolak pada cuaca panas. Ini akan membuatkan kucing lebih mudah terkena strok haba.
  8. Sebaiknya, seekor kucing, satu carrier. Ini bagi mengelakkan kucing yang mudah upset bila nervous mencederakan kawannya.
  9. Puasakan kucing dari makan dan minum 2 jam sebelum perjalanan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan muntah dengan banyak.

 

Ads

 

10.Sediakan barangan keperluan mereka dengan secukupnya lebih awal. Bawa segala dokumen berkaitan kucing sebagai langkah berjaga-jaga.

11.. Simpan semua alamat dan nombor telefon Klinik Veterinar yang beroperasi semasa Raya yang terletak sepanjang perjalanan balik kampung. Ini akan memudahkan kita jika ada kecemasan berkaitan kucing berlaku dakam perjalanan.

  1. Seeloknya, bawa sekali sangkar kucing yang cukup besar untuk menempatkan kucing di kampung. Elakkan melepaskan kucing bebas di kampung kerana kebanyakan kucing yang tak biasa di tempat baru akan menghilangkan diri tanpa dikesan. Kucing memerlukan 2 minggu untuk menyesuaikan diri dan ‘ingat’ tempat baru.
  2. Jika mahu berhenti untuk makan, berehat atau solat sepanjang perjalanan , elakkan sama sekali meninggalkan kucing di dalam kereta apalagi dalam cuaca panas. Jika terpaksa, cari parking redup dan buka sedikit tingkap kereta.
  3. Tempatkan kucing di tempat paling sejuk di dalam kereta. Elakkan tempat yang tak terkena aircond.
  4. Sediakan leash kucing. Ini penting jika kucing ‘membuang dalam carrier mereka. Pastinya kita ingin cuci carrier dan juga kucing yang terkena kotoran. Pasangkan leash sebelum pintu kereta dibuka atau membawa mereka ke tandas. Pastikan leash kukuh dan dipegang kemas supaya kucing tak mudah terlepas.
  5. Beri kucing minum jika nampak tanda-tanda mereka kepanasan. Contohnya, panting dan air liur meleleh.
  6. Di kampung, elakkan kucing dilatakkan di tempat yang sibuk, di mana ramai yang akan lalu lalang. Mereka yang sudah pun stres akan bertambah stres dengan kehadiran orang baru.

    Bawa Kucing Balik Kampung Ni Tips Bagi Selesa. Confirm Tak Buat ‘Hura Hara’ Sepanjang Perjalanan!
    Photo by Yerlin Matu on Unsplash
  7. Pastikan kucing sudahpun diberikan ubat kutu dan ubat cacing sebelum ke kampung. Walaupun kucing dikurung, ini tidak menjauhkan mereka dari terkena kutu dan sengkenit. Kerap kali kes kucing dihinggapi kutu lembu jenis ticks apabila berada di kawasan yang ada ternakan.
  8. Bawa sekali ubatan mereka dan jangan lupa memberi mereka ubatan mengikut masa yang ditetapkan walaupun kita sibuk dengan urusan persiapan Raya.
  9. Sampai sahaja di kampung, berikanlah kucing makanan yang mereka paling suka untuk mengurangkan rasa stres mereka. Fan, kucing akan rasa seperti diberi reward setelah melalui pengalaman yang mungkin pahit bagi mereka, iaitu berada di dalam kereta.

 

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bawa Kucing Balik Kampung Ni Tips Bagi Selesa. Confirm Tak Buat ‘Hura Hara’ Sepanjang Perjalanan!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI