Bawa Keluarga Ke Jepun, Wajib Singgah Sini Sebab Banyak Benda Yang Percuma. Lelaki Ni Kongsi Infonya!

Share

Melancong bersama keluarga pastinya menjadi pengalaman yang istimewa. Apatah lagi jika berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara, dapat kiranya kita anak beranak merasai sendiri keunikan dan keistimewaan sesebuah negara yang dikunjungi.

Menyentuh tentang negara yang memiliki keistimewaan tersendiri dan menarik untuk dijadikan destinasi percutian keluarga,  pastinya negara Jepun tidak tertinggal di dalam senarai negara yang harus dilawati.

Malah menurut perkongsian daripada seorang lelaki Melayu yang juga sudah lama tinggal di sana, katanya ada satu tempat di Jepun ini memberi peluang pelancong merasai budaya Jepun dengan PERCUMA! Rugi jika tidak dilawati.

Wow, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan untuk info sepenuhnya, ini perkongsiannya.

TIPS MERASAI BUDAYA JEPUN PERCUMA

* pakai Kimono – PERCUMA
* pakai Yukata – PERCUMA
* belajar kaligraphi Jepun – PERCUMA
* belajar bungkusan Furoshiki – PERCUMA
* kraftangan kertas Jepun – PERCUMA

Tidak sah anda datang ke Jepun tidak memakai pakaian traditional Jepun iaitu:
– Kimono bagi perempuan
– Yukata bagi lelaki

Pihak pelancongan Jepun (JNTO) telah menyediakan segala perkhidmatan di atas secara percuma kepada pelancong. Apa yang korang harus buat adalah hanya pergi sahaja ke pejabat mereka.

Japan National Tourism Organisation (JNTO) terletak lebih kurang 800 meter dari stesen utama Tokyo dan 300 meter dari metro stesen Hibiya. Boleh cuba dengan google maps.
Alamat:

新東京ビル, 3 Chome-3-1 Marunouchi, 千代田区 Chiyoda-ku, Tōkyō-to 100-0005, Japan


Kimono dan Yukata diberi pakai secara percuma dan korang boleh bawak keluar berjalan-jalan seketika dengan pakaian tersebut tidak kurang dari 1 jam.

Jika di Asakusa, sewa bagi pakai kimono dan yukata paling minimum adalah 3000 ¥ bersamaan RM120. Di JNTO ini, mereka mempunyai 27 pasang kimono bagi setiap masa. Tetapi had limit setiap orang datang adalah 10 orang.

JNTO juga menyediakan tour secara percuma kepada pelancong yang ingin ke Emperial Palace iaitu istana kepada Maharaja Japan dimana maharaja masih lagi tidur di situ.

Tips ini hanya untuk pengembara dan pelancong untuk ke Jepun SAHAJA bukan kepada travel agent yang jual pakej untuk jimat.

Arigato Gozaimas

Sumber : Jeroong Wia