Bawa Empat Orang Anak Buat Umrah, Selain Beribadah Ni Rupanya Pengisian Aktiviti Boleh Follow!

Share

Merancang untuk membawa anak-anak menunaikan umrah di Tanah Suci tentu ada sahaja ibu ayah yang teragak-agak. Bimbang anak-anak tidak dapat menyesuaikan diri untuk sentiasa  melakukan ibadah di Mekah dan Madinan.

Pun begitu, membaca perkongsian daripada pasangan suami isteri ini yang membawa empat orang anaknya yang berusia anggaran 11 tahun hingga 3 tahun, boleh dijadikan panduan.

 

 

Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat sampai. Ada yang tanya tips umrah bersama anak anak. Ini adalah kali ke 2 kami sekeluarga menunaikan umrah bersama anak anak. Bezanya dulu anak 2 sekarang anak 4 dan pengalaman juga berbeza.

MasyaAllah tabarakAllah untuk posting ni saya berkongsi pengalaman umrah bersama 4 orang anak anak yang berumur 11 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Semoga memberi manfaat buat korang semua yaa. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri.

 

 

Bismillah

Alhamdulillah kesihatan anak anak sepanjang umrah baik baik saja, tiada demam. Cuma hari ke 6-7 ada yang start batuk. Suhu di sana Mekah dalam 18°-25°c dan di Madinah dalam 11°-18°c. Di Taif lagi sejuk. Alhamdulillah pengalaman Allah jemput menjadi tetamuNya di musim sejuk. Sepanjang kat sana vitamin anak anak tak tinggal. Setiap hari wajib ambil black eldeberry termasuk dengan nose spray.

Untuk persiapan umrah bersama anak anak kecil ni saya dan suami biasakan mereka dengan berjemaah di Masjid/Surau kawasan rumah dulu sebelum mengerjakan umrah. Time Sabtu Ahad / cuti sekolah bawa berjemaah subuh, waktu bersekolah bawa Asar, Magrib dan Isya. Setiap hari biasakan ke Masjid untuk berjemaah. Alhamdulillah bila di sana anak anak biasa ikut ke Masjid.

Makan pon kena biasakan makan makanan berunsurkan arabbeqq. Alhamdulillah anak anak ni dalam bab makan Allah mudahkan walaupon hakikatnya mereka memilih makanan. Makan je apa yang disediakan. Ada kala disediakan makanan yang terpedas, tertawar, terlebih rempah, indo style, makan jee apa yang ada. Sebenarnya bila ada pilihan anak anak ni memang memilih tapi bila ada ditempat orang, terima dan makan jer. Selalu cakap kat diorang ni rezeki Allah bagi untuk hari ini. Dan siapa sangka, makanan yang paling diorang suka kat Mekah adalah Nasi UNTA. Sampai ke KL minta Nasi UNTA. Mana nak cariiii? Sape tahu bole share yee, nak bawa diorang makan

Fitness. Ini juga penting bila ada anak kecik. Kena tingkatkan stamina. Macam kami, si kecik bila dalam keadaan ramai orang selalu minta nak berdukung. Tawaf berdukung. Saie berdukung. Nak pergi makan berdukung. 90% nak berdukung. Stroller ada tapi untuk di Mekah tak dibenarkan bawa masuk dalam masjid terutamanya dikawasan Mataf.

Safety. Untuk memastikan anak anak tak terlepas jalan sorang di tempat sesak, kami pakaikan kids harness pada anak ke3 dan ke4. Time tawaf di Mataf pon pakai juga. Dan jangan lupa bawa sejadah sekali, kalau anak tidor boleh alas dengan sejadah. Sebab bukan semua kawasan solat ada carpet.

Aktiviti pula. Bila bawa anak kecik kecik dan ramai ni kena plan aktiviti diorang walaupon trip ni focus kepada beribadah. So aktiviti yang anak anak kami buat sepanjang di sana:
-Agihkan gula gula di Masjid. (Bawa dari KL)
-Bagi air zam zam pada orang orang yang sedang mengaji di Masjid.


-Bagi kucing jalanan makan. (Makanan kucing bawa dari KL).


– Melukis dan mewarna. Bawa persiapan dari rumah.

Bila ada masa sikit lepas Isya, kami bawa diorang ke kedai 3riyal. Bila ada masa lepas zohor/ asar bawa makan aiskrim untuk reward.

Aktiviti ziarah juga one of membantu hiburkan anak anak dan dapat mendedahkan anak anak tentang sirah nabi dan juga Islam.

So pendek kata kalau ada yang berhajat untuk bawa anak anak umrah, teruskan jerr.. ambil pengalaman ini. Nikmati moment dengan anak anak di tempat paling keramat di dunia. Dan jangan lupa minta anak anak doakan sepanjang di Tanah Haram, Tanah Suci Yang Aman. Doa mereka tiada hijab dan disana tempat mustajab doa.

Sekian perkongsian saya ini. Untuk bakal dhuyufurrahman bersama anak kecil, semoga penulisan saya dapat memberi sedikit manfaat. Lama tak menulis panjang panjang gini.

ARTIKEL BERKAITAN

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club